Tak dinafikan, sekarang ni beli secara online lebih menjadi pilihan orang ramai kerana lebih jimat wang dan masa. Hanya perlu memilih, bayar dan tunggu sahaja barang sampai, settle!

Bila dah dapat barangannya tu, ada sesetengah orang sanggup tunggu buka di rumah bungkusannya, malah ada pula yang tak sabar buka di merata-rata termasukah di tempat awam. Yang penting isi dalamnya, dah buka memang masuk tong sampah terdekatlah plastik bungkusannya tu. Betul tak? Yang selalu buat tabiat macam ni, baik elakkan! Nak tahu kenapa?

Pihak polis mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila membuang sampul surat atau bungkusan mengandungi maklumat peribadi pelanggan yang membeli dan menerima barangan.

Malah, pelanggan atau penerima barangan juga disaran membuang bungkusan yang mempunyai butiran peribadi dengan cara selamat bagi mengelakkan maklumat berkenaan digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan.

Beli Barang Online, Bungkusan Tu Jangan Buang Merata Tempat! Elak Maklumat Peribadi Disalah Guna ‘Scammer’

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata mana-mana pihak membuat pembelian barangan secara dalam talian untuk dihantar ke rumah juga disarankan untuk lebih berhati-hati semasa menerima barangan berkenaan.

IKLAN

“Sebagai contoh, sila pesan kepada ahli keluarga atau wakil penerima yang berada di rumah untuk tidak sewenang-wenangnya membuat pembayaran ke atas barangan dihantar sebelum mendapat pengesahan daripada ahli keluarga membuat pesanan.

“Masyarakat juga digesa untuk membuat laporan polis sekiranya pernah menjadi mangsa penipuan yang menggunakan modus operandi agar siasatan sewajarnya dapat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Zainuddin berkata, kaedah pembelian secara dalam talian sememangnya menjadi trend masyarakat masa kini kerana menjimatkan masa dan harga ditawarkan pula lebih murah.

IKLAN

“Walaupun sehingga kini masih tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kes sedemikian, pihak polis memberi jaminan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat akan dilaksanakan sekiranya kes sebegini dilaporkan,” katanya.

Beli Barang Online, Bungkusan Tu Jangan Buang Merata Tempat! Elak Maklumat Peribadi Disalah Guna ‘Scammer’Beli Barang Online, Bungkusan Tu Jangan Buang Merata Tempat! Elak Maklumat Peribadi Disalah Guna ‘Scammer’

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu video tular mengenai cara pihak tidak bertanggungjawab melakukan penipuan dengan menggunakan maklumat peribadi mangsa terutama nombor telefon bimbit yang diperoleh melalui bungkusan pembelian barangan secara dalam talian.

IKLAN

Dalam video berkenaan, penjenayah memperoleh maklumat peribadi mangsa seperti nama, nombor telefon dan alamat rumah daripada bungkusan kiriman barangan dibuang mangsa ke dalam tong sampah di tempat awam.

Penjenayah akan mula menghubungi dan mengganggu mangsa dengan menggunakan nombor telefon berlainan bertujuan untuk mendapatkan wang termasuk pergi ke rumah mangsa dengan menyamar sebagai pekerja syarikat penghantaran.

Penjenayah memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa yang berada di rumah untuk membuat pembayaran terlebih dahulu disebabkan barang yang dihantar masih belum dibayar.

Beli Barang Online, Bungkusan Tu Jangan Buang Merata Tempat! Elak Maklumat Peribadi Disalah Guna ‘Scammer’

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI