Barang emas adalah salah satu aksesori yang sering diperagakan oleh wanita. Bukan sahaja cantik untuk dipakai, malah menjadi antara barangan terpenting yang boleh dijual jika terdesak suatu hari nanti.
Namun, dalam mengumpul barangan hiasan tersebut, nak membeli kenalah pada kedainya. jangan sewenang beli konon murah harganya, tetapi rupanya tak tulen! Seperti yang dikongsikan oleh pemilik kedai emas ini. Jom tengok cara mengesan ketulenan emas tersebut.
Cara-cara nak tahu ketulenan emas
Masalah akan mula timbul apabila barang emas tersebut ingin dijual atau digadai di kedai-kedai emas. Sudah tentu pihak kedai mempunyai cara untuk mengesan sama ada emas itu tulen atau tidak.
Menerusi video yang dimuatnaik, ketulenan emas dikatakan boleh diuji dengan menggunakan cecair asid terlebih dahulu.
Emas tersebut akan dikikis sedikit dan seterusnya akan dicampurkan dengan asid. Jika warnanya luntur, mungkin ia bukan emas tulen.
Tidak cuma itu, barang emas juga akan boleh dibakar dan direndam dalam asid.
Ads
“Bila kita bakar dan rendam dalam asid, jika warna bertukar jadi emas, maka itu adalah emas tulen,” kata kedai emas itu.
Manakala, jika barang emas itu palsu, ia akan bertukar menjadi warna hitam.
Untuk melihat dengan jelas mengenai caranya, boleh tonton video di bawah ini.
Meninjau di ruangan komen, untuk mengelak perkara ini berlaku, simpan resit kedai adalah penyelesaiannya. Malah, ada juga yang menasihati supaya berjaga-jaga membeli secara atas talian dan bermain kutu.
Isteri, pengurus kewangan terbaik dalam rumah tangga. Dalam sesebuah rumah tangga, pengurusan kewangan memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan dan kesejahteraan keluarga.
Isteri, Pengurus Kewangan Terbaik Dalam Rumah Tangga
Tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab kewangan sering dikongsi antara suami dan isteri. Namun, isteri sering kali dilihat sebagai pengurus kewangan yang terbaik dalam sesebuah rumah tangga, bukan sahaja kerana mereka lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kewangan, tetapi juga kerana mereka mempunyai naluri yang kuat dalam menguruskan perbelanjaan harian keluarga.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa isteri dianggap sebagai pengurus kewangan terbaik dalam rumah tangga:
1. Kebijaksanaan Dalam Merancang Belanjawan
Isteri biasanya lebih bijak dalam merancang belanjawan bulanan keluarga. Mereka memahami keperluan sebenar rumah tangga seperti perbelanjaan makanan, pakaian, pendidikan anak-anak, dan keperluan kesihatan. Dengan sifat semula jadi yang cermat dan teliti, isteri mampu menyusun belanjawan dengan seimbang dan mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan.
2. Keprihatinan terhadap Masa Depan
Isteri sering kali lebih prihatin terhadap masa depan keluarga, terutamanya dari segi pendidikan anak-anak dan kesihatan. Mereka cenderung untuk menyimpan dan melabur demi jaminan kewangan di masa hadapan. Naluri keibuan mereka yang sentiasa memikirkan kebajikan keluarga menyebabkan mereka lebih cenderung untuk menyimpan dalam pelbagai bentuk, sama ada simpanan di bank, pelaburan, atau tabung kecemasan.
3. Pengurusan Keperluan Rumah Tangga Yang Efisien
Isteri juga memainkan peranan besar dalam menguruskan keperluan rumah tangga secara efisien. Mereka bijak memilih barangan keperluan dengan harga yang berpatutan tanpa mengabaikan kualiti. Pengurusan kewangan yang berhemah dalam pembelian barangan runcit, pakaian, dan peralatan rumah tangga membantu mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.
4. Pengurusan Hutang Yang Teratur
Dalam situasi di mana rumah tangga mempunyai hutang seperti pinjaman rumah, kereta, atau kad kredit, isteri sering kali memainkan peranan utama dalam memastikan hutang-hutang ini diuruskan dengan teratur. Mereka biasanya membuat jadual pembayaran yang konsisten dan menguruskan dana keluarga untuk memastikan tiada kelewatan atau masalah kewangan yang tidak dijangka.
5. Sikap Berhemah Dan Teliti
Sikap isteri yang lebih berhemah dan teliti dalam setiap aspek kehidupan juga diterjemahkan dalam pengurusan kewangan. Mereka cenderung untuk meneliti setiap perbelanjaan dan memastikan tiada pembaziran berlaku. Sikap ini membantu keluarga mengawal kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan masalah kewangan jangka panjang.
6. Peranan Emosi Dalam Pengurusan Kewangan
Sebagai seorang isteri dan ibu, mereka sering mempunyai hubungan emosi yang mendalam dengan perbelanjaan yang dibuat, terutamanya berkaitan dengan anak-anak. Hal ini menyebabkan mereka lebih peka dan cermat dalam menentukan keutamaan kewangan keluarga. Mereka memahami bahawa setiap sen yang dibelanjakan perlu memberi manfaat kepada keluarga dan tidak boleh digunakan dengan sia-sia.
7. Penasihat Kewangan Kepada Suami
Selain itu, isteri juga sering kali menjadi penasihat kewangan kepada suami. Mereka berkongsi pendapat, memberi cadangan, dan membantu suami membuat keputusan kewangan yang penting. Dalam sesetengah keadaan, isteri juga mengambil alih pengurusan kewangan sepenuhnya untuk membantu suami yang mungkin sibuk dengan tanggungjawab kerjaya.
Secara keseluruhannya, peranan isteri sebagai pengurus kewangan dalam rumah tangga tidak boleh dipandang remeh. Kebijaksanaan, sikap berhati-hati, dan keprihatinan mereka terhadap kesejahteraan keluarga menjadikan mereka pengurus kewangan yang terbaik. Melalui pengurusan kewangan yang berhemah dan teratur, isteri dapat memastikan keluarga hidup dengan lebih selesa, bebas dari masalah kewangan, dan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran kewangan yang tidak dijangka di masa hadapan.
Setiap rumah tangga memerlukan pengurusan kewangan yang baik, dan isteri adalah tulang belakang yang memainkan peranan besar dalam memastikan kelangsungan dan kebahagiaan keluarga melalui kebijaksanaan mereka dalam menguruskan kewangan.
Sangat beruntung dapat anak macam Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ni kan. Walaupun dia dikenali dengan mulut laser dan sangat berterus terang terutama dalam isu semasa, namun layanannya pada ibu sangat baik dan lembut.
Ada sahaja video mahupun gambar ibunya dimuatnaik dalam laman instagramnya yang kadang kala menimbulkan kelucuan. Ada saja benda yang hendak disakatnya pada ibu tersayang.
Tak kurang juga yang terharu melihat layanan Chef Wan pada ibunya yang sangat mesra dengan panggilan Cik Ani. Terserlah kasih sayang seorang anak yang tiada penghujungnya buat “syurga dunianya” itu.
Selain itu, Dato’ Chef Wan turut memuat naik video yang menunjukkan ibunya sudah bangun dari tidur dan bersedia untuk sarapan bersama.
Rata-rata pengikut di instagramnya memuji layanan Chef Wan terhadap ibunya. Tidak kurang juga yang kagum dan memuji kepetahan Cik Ani berbahasa Inggeris selain memiliki kulit yang lembut dan cantik.
Buat keluarga penggemar menu laksa mahu pun masakan asam pedas, dirasakan perlu kiranya menanam sepasu dua pokok kesum. Bukan apa, andai teringin menyediakan menu tersebut, mudahlah kiranya dipetik segar daripada hasil tanaman di laman rumah.
Pun begitu selalu juga kita mendengar orang mengeluh bab menanam kesum ini. Katanya bukan senang, apatah lagi kalau jenis ‘tangan panas’ memang tidak pernah berhasil usaha menanam dilakukan.
Pun begitu, usah putus asa apa kata ikut teknik tanaman yang dikongsikan oleh Euis Maemunah ini, katanya hanya ada satu syarat sahaja nak pastikan tanaman kesum ini dapat hidup subur. Jom semak perkonsiannya itu.
Hari ni nak kongsi cara tanam kesum yang paling mudah, dan Insya Allah hidup. Syarat utama guna keratan batang yang fresh. Jadi tiada istilah tangan panas untuk tanam pokok, bila tau ilmunya.
Ok, ini adalah media tanam. Saya guna tanah nursery biasa dan digaul lagi dengan cocopeat 1:1. 1 kampit tanah nursery dan 1 kampit cocopeat. Tambah lagi sedikit baja tahi ayam. Siram bagi basah.
Potong bahagian pucuk kesum ±4-5 inchi.
Buang daun bahagian bawah. Tinggalkan beberapa helai daun saja.
Semai dalam pasu. Buat banyak sikit.
Ini adalah setelah 3 hari ditanam. Daun akan menguning. Jangan risau, ini adalah perkara biasa. Jangan pandai-pandai nak buang pula.
Setelah 6 hari.
Setelah sebulan lebih. Dah boleh ambil atau bila tak guna, potong dan semai lain.