Jika kita singgah ke pasar-pasar i kampung, pasti akan kelihatan makcik atau pakcik yang meniaga sayur dekat pasar tanpa mengguna meja dan hanya beralaskan kain di tapak meniaga.
Itu adalah pemandangan biasa terutama pada orang kampung yang menjual hasil kebun demi sesuap nasi. Mungkin ada yang tak sampai hati melihat orang tua yang sudah berusia tetapi masih mencari rezeki untuk kelangsungan hidup, tetapi mereka tiada pilihan lain demi mencari rezeki halal buat keluarga. Namun, apabila melibatkan mereka berjualan sebegini membuatkan hati rasa sayu dan sebak. Demikian perkongsian daripada seorang pengguna Facebook bernama Hanapiah Hanapiyang memuat naik dua keping gambar seorang wanita berjualan di pasar.
Ads
Kisah tersebut dikongsikan menerusi group Group Gabungan Anak Terengganu mengenai ketabahan wanita ini meniaga mencari rezeki walaupun keadaan serba kekurangan. “Sesiapa yang sentiasa ke pasar pagi Sabtu di pekan Manir, bila ternampak kakak ini jual apa-apapun, beli je. Tak payah banyak tanya, Insyaallah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan dimurahkan rezeki untuk semua peniaga pasar Manir.” Perkongsian ternyata mendapat reaksi ramai yang rata-rata meluahkan rasa sebak dan kagum dengan kegigihan wanita tersebut.
Ads
Ads
Emeszamri Sidik semoga Allah permudahkan segala urusan kakak ini..Aamiin Khairi Tahar Ya, beli je. Tny org2 situ ye kabo da duk sorg tu. Sian sungguh. Beli x pyh ambil balance pun ok. Jual tu utk cr singgit samah wat blanje seminggu Amin Joq semoga dipermudahkan dan rezki sentiasa berlimpah ruah mengalir sesama kita..insyaallah. FbiMtb Okgo semoga d permudahkan segala urusan n d murah kan rezeki kakak ni..Aamiinnn
Yang mana sebelum ini anak-anak mengadu beg berat, atau ibu bapa kesian tengok beban beg berat anak ke sekolah, ini berita baik buat semua!
Permasalahan ini mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sekakigus mengeluarkan tujuh inisiatif yang bakal meringankan beban pelajar.
Antara tujuh inisiatif KPM bagi isu ‘beg sekolah berat’ ialah :-
7 inisiatif KPM sebagai solusi bagi isu beg berat
1. Penyediaan Lokar
KPM akan menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa. Fasa I akan melibatkan penyediaan lokar untuk murid Tahap I, iaitu Tahun I, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan ini akan melibatkan 10,662 kelas dengan 323,186 orang murid. Jumlah anggaran peruntukan tahun 2022 untuk Fasa 1 adalah sebanyak RM37.3 juta.
Bagi Fasa 2 pula, penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid Tahap 2, iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan dijangka pada tahun 2023.
Bagi sekolah satu sesi pula, murid akan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing.
2. Penyusunan Semula Jadual Waktu
Melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari, mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.
Di samping itu, sekolah akan diberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan oleh sebilangan sekolah bawah KPM.
[TERKINI]
Selepas hampir 40 tahun isu beg berat murid ke sekolah:
1. Kepada sekolah 2 sesi; KPM akan menyediakan lokar untuk murid di Sekolah bermula tahun ini.
2. Penyusunan semula jadual waktu sekolah murid yg mengandungi 3 hingga 4 matapelajaran sehari.
Bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu satu masa. Setiap buku latihan hendaklah tidak melebihi 80 muka surat.
4. Buku Aktiviti dan Buku Kerja
Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP).
5. Buku Teks Digital
Penerbitan baharu buku teks dalam format digital secara berterusan. Sehingga kini, sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Murid yang mempunyai peranti boleh mengakses buku teks digital melalui pelantar DELIMa.
6. Pendekatan PdP
Guru digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.
7. Kerjasama Dengan JAKIM
Kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) juga diadakan dari aspek penyelarasan uniform agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan KAFA.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekali sekala bila anak-anak ada hal dan suami pula ada kerja pada hujung minggu, mesti kita rasa malas hendak masak nasikan? Bukan apa, biasanya kita akan memikirkan siapa pula yang akan makan nasi yang dimasak seperiuk tu. Bimbang juga nanti akan membazir sahaja.
Tapi tahukah anda, sebenarnya ada cara tertentu yang boleh anda lakukan untuk memasak dalam kuantiti yang sedikit (anggaran seorang makan). Istimewanya juga cara ni, nasi yang dimasak tidak akan berkerak. Oleh itu, memang menjimatkan dan memudahkan anda!
Nak tahu bagaimana caranya itu?
Ini telah dikongsikan oleh Puan Amalina Aziz untuk menyediakan hidangan nasi yang dimasak untuk dua orang. Dan siapa sangka dengan sekali percubaan sahaja memang hasil masakannya sempurna.
Langkah demi langkah :
1- Basuh beras macam biasa
2- Isi dalam mug, anggarkan dalam separuh mug, masuk air secukupnya jangan penuh.
3- Masuk air dalam periuk lebih kurang separuh
4- Masak macam biasa
sumber : Amalina Aziz via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau sudah namanya kreatif, buat apa pun menjadi. Barangan terpakai yang mungkin dianggap tidak berguna oleh orang lain, namun dengan kreativiti boleh ditukar kepada tempat meletak pokok bunga.
Apa yang menariknya, hasil kreativiti bekas botol sabun tersebut diolah simple tapi nampak cantik kan. Daripada dibuang begitu sahaja, ada juga manfaatnya. Perkongsian ini dimuat naik oleh puan Cik Siti Noor Aziera
A crazy cute way to upcycle your empty drink can. *oh. Lupa mention. Tin ada yg wonda je. Sbb husbn tiap hari beli wonda. Nescafe pulak jiran yg minum, i kutip tin yg dia buang.
Serius cantik giler & simple kan ! Guna tin terpakai je pun. Jom buat nak? Hehe
So creative ! 😍
Kredit: Cik siti noor aziera
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.