Ramai yang ingin membeli kereta baru dengan pelbagai alasan. Ia termasuk sudah bertambah kereta kecil sudah tak muat, kereta lebih 15 tahun atau asyik rosak.
Namun akibat kewangan yang tidak kukuh, hasrat itu hanya impian sahaja. Tapi ada yang nekad untuk menggunakan pendapatan apa yang ada. Akibatnya menjejaskan simpanan, tabung kecemasan dan keperluan anak-anak dan keluarga.
Sebenarnya cara kita belanja sama juga dngan orang kaya berbelanja. Cuma orang kaya berbelanja tanpa mengurangkan harta tetapnya. Sebaliknya berbelanja atas hasil daripada harta tetapnya.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian saudara Mohd Zulkifli. Moga jadi panduan untuk kita lebih gigih untuk mencari pendapatan tambahan untuk keluarga hidup lebih selesa.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, moga kita usaha lebih gigih untuk tahun 2023! Ayuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kita berbelanja, orang kaya juga berbelanja.
Orang kebanyakkan, mereka berbelanja dengan duit hasil penat lelah mereka bekerja (pendapatan aktif), dan tarah harta kekayaan yang ada. Makin banyak dia berbelanja, makin kurang kekayaannya.
Tapi lain cara orang kaya berbelanja.
Mereka berbelanja tanpa mengurangkan harta kekayaannya. Mereka membelanjakan hasilnya, bukan mencantas pokoknya…
Bina Harta Terlebih Dahulu
Ads
Duit yang mereka dapat hasil penat lelah bekerja (i.e. pendapatan aktif), mereka hanya guna sekadar keperluannya sahaja, dan menyimpan sebahagian besar pendapatannya.
Fokus mereka ialah bina harta dulu. Mereka mahu ada harta yang cukup sampai dapat keluarkan hasil tanpa perlu lagi penat bekerja.
Bila ada simpanan yang cukup (lebih 6 bulan pendapatan), mereka beli hartanah yang boleh mendatangkan hasil (sewaan), dan meningkat nilainya dalam jangka panjang.
Dapat hasil sewaan, itulah mereka gunakan untuk berbelanja. Tanpa perlu tarah sedikit pun pokok hartanah mereka.
Tempat Orang Kaya Simpan Harta
Orang kaya dan hartanah memang tak dapat dipisahkan.
Tapi apa yang banyak orang tak tahu ialah, majoriti orang kaya melabur dalam membangunkan bisnes milik mereka sendiri lebih daripada hartanah yang mereka miliki.
Bisnes itulah harta terbesar mereka.
Mereka hidup biasa-biasa sahaja selagi bisnes yang mereka bangunkan belum lagi menjadi seperti ladang yang boleh dikutip hasilnya secara berterusan.
Bila bisnes dah kukuh dan menjana pendapatan berterusan (pendapatan pasif), itulah waktunya mereka akan sentuh dan menikmati hasilnya.
Cara Orang Kebanyakkan Berbelanja
Ads
Mereka berbelanja tanpa perlu tarah sedikitpun bisnes (harta) milik mereka sendiri.
Contohnya nak beli kereta.
Dari perspektif kekayaan, kereta adalah BEBAN (liabiliti), bukan harta (aset).
Ia membuatkan duit keluar dari poket kita, dan tarah harta kekayaan kita – hanya semata-mata untuk membeli dan membelanya…
Beli satu kereta, kita hilang kemampuan menyimpan RM1,000 sebulan. Ia mengurangkan cashflow bulanan kita.
Bahkan dalam jangka panjang, nilai kereta semakin lama semakin menyusut yang menyebabkan nilai bersih kekayaan (nett worth) kita juga turut berkurangan.
Dengan kata lain, ia mengurangkan kekayaan kita.
Orang biasa beli kereta. Orang kaya juga beli kereta.
Tapi orang kaya tak akan beli kereta dengan cara mencantas pokok kekayaan mereka.
Ads
Sebaliknya mereka membayarnya dengan buah yang dikutip hasil dari harta-harta yang mereka ada, tanpa perlu mencantas pokoknya.
Cara Orang Kaya Berbelanja
Mereka beli kereta tanpa perlu keluarkan duit dari poketnya sendiri.Dengan membeli kereta itu, mereka dapat jimat puluhan malah ratusan ribu ringgit daripada membayar cukai kepada kerajaan!
Kereta itu bukanlah beban bagi mereka!
Pendek kata, kalau bercuti setahun atau hilang upaya untuk bekerja sekalipun, kereta itu tetap miliknya juga.
Tapi bagi siapa yang terpaksa hilang segalanya hanya lepas beberapa bulan diberhentikan kerja, maka kereta itu bukanlah “harta” namanya.
Seronoknya apabila memilik dapur yang kemas dan cantik. Lagi suka jika mempunyai kabinet dapur. Macam-macam barang boleh letak dengan mudah. Dapur pun kelihatan lebih bersih.
Namun untuk upah orang membuatkan kabinet dapur memerlukan modal yang banyak.
Bagaimana pun ada kemahiran bertukang boleh buat seperti apa yang dilakukan oleh saudara, Mohd Zakri ini untuk isteri tersayang.
Bagi yang newbie boleh tengok langkah demi langkah cara buat kabinet dapur. Lelaki ini siap sediakan lukisan plan bagaimana membuat kabinet. Lengkap dan detail!
Projek Mega PKP. Memasang Pintu Kabinet Dapur.
Cerita dia macam ni. Anak aku yang hero baru setahun lebih tu asyik dok punggah barang-barang kat dapur. Bini aku dok mengeluh tak larat nak kemas balik. Dia minta aku cari tukang mai buat.
Aku servey harga nak buat dengan bagi ukuran. Anggaran kos lebih kurang RM1500 dan kalau nak tambah drawer kena topup lagi RM200. Total dekat RM1700 juga la nak kena stanby. Duit tu cukup dah tapi masalah dia kawasan Daerah aku PKPD. Tukang tak boleh nak mai.
So aku study cara-cara nak buat kat dalam blog dan youtube. Nampak senang ja. So aku offer kat bini aku nak buat sendiri.
Alhamdulillah siap juga akhirnya. Aku buat makan masa dekat sebulan juga sebab dengan komitmen kerja sekali tak boleh nak tumpu. Tapi bagi yang pakar aku ingat dalam 3 atau 4 hari boleh siap dah.
Dekat bawah ni aku kongsikan barang-barang nak kena beli. Jangan pm aku nak suruh buat pulak. Aku hanya buat kat rumah sendiri ja na. hehehehe
Langkah demi langkah
Gambar sebelum. Bini aku letak tirai jenis plastik.
Keadaan bila buka tirai tersebut. Kes ni la anak aku dok kerap mai dapur nak punggah barang.
Sebelum nak bina apa-apa kita buat pelan dulu. pelan ni bukan apa supaya kita senang nak kira barang yang nak beli nanti.
Kos jimat RM1000
Ni senarai barang termasuk harga masa aku beli. Mungkin kat tempat hampa boleh dapat harga lagi murah dari ini. Sebelum ni aku ada buat servey untuk nak pasang pintu kabinet ni. Anggaran tukang tu bagi RM1500. Tu baru pintu. Kalau nak buat drawer kena tambah dalam RM200. So total akan jadi RM1700. Ni kalau buat sendiri lebih kurang jimat dekat RM1000 juga la.
Ni contoh barang yang diperlukan untuk nak pasang pintu kabinet ni. Cuma takdak gambar Soft Close Hinge ja pasang dah pasang semua dah tak sempat nak masuk gambar kat sini.
Ni barang aku beli bawa balik sendiri. Sebab dalam daerah aku PKPD. Kebetulan aku kerja di daerah lain. So, beli minta kedai tolong potong bagi jadi saiz yang boleh masuk dalam kereta.
Barang-barang ni kena lapik bagi elok. Takut calar kat cermin dan dashboard.
Antara tool aku aku gunakan. Ada lagi yang tak masuk ni seperti Measuriang Tape dan Apit G. Lepa malu nak ambik gambar so aku ambik yang ni ja la.
Benda ni sangat membantu. Hampa nak potong sudut 90 darjah dan 45 darjah mudah. Dan potongan lebih tepat.
Ni meja mini bengkel aku. Dok belakang rumah. Kecik ja. Beda aku sorang nak bertukang.
First sekali kita kena buat kerangka kabinet dulu.
Proses menyiapkan kerangka kabinet
Alhamdulillah. Siap dah kerangka. Boleh start buat pintu pulak.
First time buat pintu ni memang kekok wei. Dua tiga kali gak potong nak bagi dapat ukuran tepat.
Tinggal 1 pintu lagi. Bahagian lain nak buat drawer.
Ok. Proses nak buat drawer.
Siap dah drawer kita cuma nak buat laci ja letak kat situ.
Siap dah 2 laci. lagi 2 lagi. laci aku palai kayu pallet. Bahagian bawah laci aku pakai Aluminium Composite Panel.
Alhamdulillah. Siap dah semua.
Keadaan bila dah tutup semua pintu dan laci. Belum koyak plastik lagi.
Tadaa. Bila koyak plastik akan jadi macam ni. Asal nak boh kaler putih. Tapi kedai tu ada stok kaler ni ja. Ok la masuk dengan table top hitam.
Ok la tu baru pertama kali buat.
Pandangan depan dapur.
Pandangan depan sinki.
Saja nak promote baju tu. Sambil-sambil tu ampa boleh masuk dalam Youtube search AYAH IZZ CHANNEL. Banyak juga video-video DIY yang member aku tu buat.
Bagi yang ingin mencuba DIY buat ikuti panduan yang dinyatakan ini. Selamat mencuba!
Membuat pembelian dengan menggunakan kad debit memang mudah, tidak perlu lagi membawa wang yang banyak jika ingin berbelanja. Cukup sekadar layangkan sahaja pada mesin di kaunter, sudah selesai proses jual beli. Memang mudah zaman sekarang ini.
Pun begitu, siapa sangka kemudahan tersebut juga menyebabkan seorang wanita ini berasa terkilan dan terkejut bila wang di dalam akaun hanya berbaki RM23 sahaja gara-gara kadnya digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Bahana Paywave
Baru-baru ini tular perkongsian video dari seorang pemilik akaun Tiktok @lizashely87 menceritakan pengalaman peribadi apabila duit di dalam akaunnya lesap garap-gara tidak menyedari kad debitnya hilang.
Menurut perkongsiannya itu, orang tersebut telah melakukan 8 transaksi dan termasuklah membeli barang kemas menggunakan kad debit miliknya.
Bercerita lanjut tentang kejadian itu, dia sebenarnya ada menerima mesej pemberitahuan namun tidak mengindahkan kerana menganggap pesanan tersebut adalah daripada MKN untuk memaklumkan berkaitan SOP dan sebagainya.
Sementara itu dia juga telah membuat laporan polis berkenaan kejadian itu dan turut memberi peringatan kepada wargamaya untuk menghadkan jumlah perbelanjaan kad untuk mengelakkan perkara yang sama terjadi pada orang lain.
Meninjau di ruangan komen ada juga yang bertanya cara untuk off paywave untuk mengelakkan kejadian ini berlaku pada diri mereka dan merasakan lebih selamat menggunakan pembayaran menggunakan pin nombor sahaja.
Menjawab pertanyaan tersebut, Yaya berkongsi cara yang boleh dilakukan di ruangan komen :”Paywave tak boleh off. Tetapi boleh login dekat website, pergi dekat setting > account > card > set limit 0 terus, sebab limit asal 250, selamat mencuba”.
Intan Juan juga berkongsi pengalamannya yang telah pun 2 tahun off paywave. Ujarnya “Amount sikit pun tekan-tekan pin rasa lebih selamat”
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kesusahan hidup yang dialami memaksa enam beranak ini tinggal di dalam rumah dengan sebahagiannya berlantaikan tanah pasir, tiada berdinding dan ditutup dengan kain sahaja.
Norazila Mohd Saleh dan suami, Indra Sahril Mohd Daud masing-masing berusia 42 tahun yang tinggal di Kampung Parit Lubok Utara, Parit Sulung, Johor ini sedar keadaan itu berbahaya, namun mereka tidak mampu membaikinya.
Norazila bekerja di kantin sekolah manakala suaminya pula bekerja di kilang papan terpaksa bercuti ketika ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kos membaiki dapur lebih RM2,000. Saya dan suami tinggal bersama-sama empat anak berusia sembilan, 11, 15 dan 18 tahun yang masih bersekolah. Anak sulung belajar di Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah).
“Disebabkan sudah tidak bekerja, bahagian dapur tidak dibaiki. Makan pun, apa yang ada sahaja. Kalau ada beras tapi tak ada lauk, saya buat nasi goreng sahaja,” katanya.
Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan wakil Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia (Permata), Nor Aisyah A Rahman dan Mastura Onn yang menyampaikan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu di rumahnya, pada Selasa.
Norazila berkata, sebelum ini bahagian lain rumah mereka dibaiki sendiri suaminya mengikut kemampuan.
Katanya, mereka tidak pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi sebelum ini pernah cuba memohon bantuan Baitulmal secara dalam talian tetapi tidak berjaya.
Sementara itu, Presiden Permata, Faridah Hamzah berkata, pihaknya sedang mencari kontraktor untuk membaiki kerosakan dapur rumah keluarga Norazila yang tidak selamat dan tidak selesa terutama semasa hujan.
“Mereka juga makan di atas lantai tanah pasir itu. Jadi mana-mana pihak yang mahu membantu keluarga ini amat dialu-alukan,” katanya.
Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan boleh berhubung dengan 03-61278906 atau 013-7065553 (Faridah), sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Permata Baiduri Malaysia 551128630934.