Ads

“Cukuplah Seseorang Yang Setia” Bella Astillah & Syed Saddiq Pilih Tarikh 10.10

Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya mengesahkan tarikh pernikahan mereka selepas desas-desus mengenai hari bahagia pasangan ini menjadi perhatian ramai. Mereka bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober 2026.

Tarikh cantik 10.10 itu dipilih sebagai hari bahagia mereka, manakala Tingkat 118, Menara Merdeka 118 bakal menjadi lokasi bersejarah untuk majlis pernikahan pasangan berkenaan.

Pengumuman itu dibuat menerusi siaran langsung program MeLETOP, sekali gus menjawab persoalan ramai yang selama ini ternanti-nantikan perkembangan seterusnya hubungan mereka.

“Cukuplah Seseorang Yang Setia” Bella Astillah & Syed Saddiq Pilih Tarikh 10.10

Bella Astillah dan Syed Saddiq Pilih Tarikh Cantik 10.10

Menurut Syed Saddiq, bukan sahaja tarikh 10 Oktober dipilih untuk majlis akad nikah, pasangan ini juga merancang mengadakan majlis persandingan di Kuala Lumpur, Muar dan Sabah pada bulan yang sama.

“Nikah pada 10 Oktober dan sanding di Kuala Lumpur, Muar dan Sabah pada bulan sama. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Menara Merdeka 118 kerana beri keizinan untuk kami bernikah di sana.

“Ini akan menjadi majlis pernikahan pertama yang diadakan di Tingkat 118,” katanya.

Majlis tersebut difahamkan bakal mengetengahkan tema serba putih dengan elemen Arab, diinspirasikan daripada kenangan pasangan ini ketika menunaikan umrah.

Pemilihan Tingkat 118 turut menjadikan hari bahagia Bella Astillah dan Syed Saddiq lebih istimewa apabila lokasi berkenaan bakal menyaksikan majlis pernikahan pertama diadakan di tingkat tersebut.

“Cukuplah Seseorang Yang Setia” Bella Astillah & Syed Saddiq Pilih Tarikh 10.10

Ads

“Saya Tidak Mencari Yang Sempurna”

Dalam satu perkongsian di Instagram, Syed Saddiq turut memuat naik video manis bersama Bella dengan kapsyen ringkas, “10.10”.

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah bait perbualan mereka mengenai cinta dan kesetiaan dalam memilih pasangan hidup.

“Setiap orang sering mencari kesempurnaan dalam diri seseorang untuk dijadikan pasangan,” ujar Syed Saddiq.

Bella kemudian membalas dengan kata-kata yang cukup menyentuh hati.

“Saya tidak mencari yang sempurna… Cukuplah seseorang yang setia, sampai bila-bila.”

Syed Saddiq turut menegaskan bahawa dia tidak mampu menjanjikan kehidupan tanpa cabaran, namun berjanji untuk terus mempertahankan hubungan mereka.

Ads

“Saya tak berani menjanjikan hidup tanpa susah, tapi saya berjanji saya takkan mudah menyerah pada kita, selamanya.”

“Itu sudah cukup,” balas Bella.

Ungkapan ringkas itu menggambarkan harapan pasangan ini untuk membina rumah tangga berlandaskan kesetiaan, komitmen dan sikap saling menghargai.

“Cukuplah Seseorang Yang Setia” Bella Astillah & Syed Saddiq Pilih Tarikh 10.10

Bella Astillah dan Syed Saddiq Bertunang Mac Lalu

Untuk rekod, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah sah bertunang dengan Syed Saddiq dalam sebuah majlis sederhana di Kuala Lumpur pada 28 Mac 2026.

Ads

Pertunangan itu menjadi satu lagi fasa penting dalam hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq sebelum pasangan berkenaan kini mengesahkan rancangan untuk melangsungkan pernikahan pada Oktober.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Singapura, Aliff Aziz pada 2016 sebelum mereka bercerai kali kedua secara rasmi pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan terdahulu, Bella dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.

Majlis Persandingan Dirancang Di Tiga Lokasi

Selepas akad nikah pada 10 Oktober, pasangan ini turut merancang majlis persandingan di tiga lokasi berbeza iaitu Kuala Lumpur, Muar dan Sabah pada bulan yang sama.

Perancangan itu menjadikan Oktober sebagai bulan yang cukup bermakna buat pasangan tersebut. Selain Kuala Lumpur, Muar mempunyai kaitan rapat dengan Syed Saddiq, manakala Sabah pula merupakan negeri kelahiran Bella.

Dalam pada itu, konsep serba putih dengan elemen Arab yang dirancang untuk majlis mereka turut membawa nilai sentimental tersendiri kerana diinspirasikan daripada kenangan ketika menunaikan umrah.

BACA LAGI : Bella Astillah & Syed Saddiq Bertemu Tun Dr Mahathir, Terima Nasihat Rumah Tangga

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Pengorbanan Ibu Jadi Kekuatan, Lovely Sabana Raih PNGK 4.0 & Bakal...

Lovely Sabana Augustine raih PNGK 4.0 STPM meskipun hidup sederhana. Bakal ke UPSI, kisah pengorbanan ibunya cukup menyentuh hati.