Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dalam Perutusan Khas Kita prihatin mengumumkan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.
Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah
seperti berikut:
Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;
Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;
Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan
Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang
Ads
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021.
Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.
Ads
“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini”, kata beliau dalam sidang media sebentar tadi.
Ads
Jelasnya lagi, bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.
“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga,” tambahnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah tentu, semua ibu bapa inginkan anak-anak berjaya dalam hidup, kan? Untuk mencapai kecemerlangan pendidikan, banyak usaha ibu bapa lakukan untuk memastikan anak berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah di masa hadapan.
Namun, kadang kala, anak tetap juga tidak cemerlang dalam pelajaran hingga berada dalam kedudukan kelas belakang. Ibu bapa mana yang tidak kecewa. Akhirnya ibu ayah pasrah setelah segala usaha gagal.
Bagaimana pun perkongsian ini sungguh inspirasi apabila anak yang sering berada kedudukan kelas belakang, telah berjaya dengan cemerlang sehingga bergelar pelajar terbaik atas usaha seorang guru. Nyata, tugas guru bukan sekadar mengajar tetapi berusaha untuk menjadikan anak muridnya seorang yang cemerlang.
Justeru, ibu bapa jangan bimbang, setiap perkembangan anak-anak berbeza. Sabar dan berdoa dan pastinya kilauan kejayaan anak anda pasti datang!
Ikuti perkongsian ini.
Rahsia murid kelas belakang jadi professor. “Dia berubah kerana seorang guru”. Terima Kasih kepada guru saya kerana berkongsi cerita ini. Sangat dalam kesannya.
1. Murid kelas belakang
Siapa yang pernah jadi murid kelas belakang je tahu bagaimana perasaannya. Perkataan pedas dan sindiran selalu hinggap dicuping telinga. Dah jadi makanan harian. Bila selalu hadap kata-kata yang sama, telingapun dah jadi tebal, hati dah jadi kering, adab dan akhlak tak usah cakap, memang jauh panggang dari api. Rasa diri tidak bermanfaat, malah risau kehadirannya hanya menyusahkan orang lain terutama ibu ayah.
Mak ayah susah, kerja membanting tulang empat kerat membesarkan anak-anak. Mata saya masuk habuk masa dengar kesusahan hidup yang dialaminya.. Susah sangat.
6 tahun iaitu dari tahun 1 hingga 6 lalui rutin yang sama, bayangkan ia bukan satu tempoh yang singkat. Keperitan dan kesusahan hidup, tambah lagi masalah dalam pelajaran, tiada sudut yang boleh buatkan dia rasa bahagia dan bangga dengan dirinya.
Tanpa sedar… Ujian besar inilah yang mematangkan dia, mengajar dia tentang kehidupan. Senang itu tidak mudah untuk dicapai tanpa usaha yang setimpal.
Dulu, dia cemburu melihat kawan-kawannya yang hidup senang, bijak dalam pelajaran, keluarga berada dan miliki segalanya. Tapi hari ini dia bersyukur, kerana susah dia jadi kuat.
2. Sekolah menengah
Masa tingkatan 1 dan 2 masih lagi menyandang title murid kelas belakang.
Tingkatan tiga… Bermulanya episod baru dalam kehidupan. Percaya atau tidak, dia berubah kerana seorang guru.
Kerana semangat dan kesungguhan guru ini dia malu jika gagal dalam subjek berkenaan. Setiap hari gurunya masuk kelas, mengajar dengan bersungguh-sungguh. Guru yang ikhlas akan dapat dirasai oleh murid.
Kesungguhannya jelas, Lengan baju dipenuhi kapur papan hitam. Mengajar murid tanpa melihat keadaan dan kekurangan yang ada, tetap berazam menjadikan muridnya seseorang yang hebat pada masa hadapan.
Subhanallah.. Maha suci Allah.. Kurniakanlah kudrat dan keinginan yang sama kepada semua guru di Malaysia ini.
3. Malu pada cikgu jika tidak berjaya
Bermula dari sinilah, murid kelas belakang ini mula berubah dan berusaha untuk membantu gurunya mencapai objektif pengajaran. Dia mula rajin bertanya, belajar tanpa mengira masa dan tempat.
4. Diberi tanggungjawab
Antara faktor lain yang menyebabkan dia makin positif dan bermotivasi ialah diberi kepercayaan oleh guru untuk memegang jawatan di sekolah.
Seperti tidak percaya.
Murid kelas belakang akhirnya menyandang Best student SPM. Mengejutkan semua orang.
Dan kini dia membuatkan gurunya bangga kerana miliki segalanya, jawatan, pendidikan, kekayaan.
Gurunya..
Tetap seperti dulu, yang penting usahanya membantu anak bangsa membuahkan hasil.
Pelawak dan pelakon, Achey atau nama sebenarnya Nor Nasir Hamzah berkongsi perkembangan terkini mengenai proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalani oleh isterinya, Nor Hasanah Yahaya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Achey di laman Instagramnya, dia mendedahkan isterinya telah menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakannya.
“Bismillah bermula dari Ogos dan kini, proses penting telah tiba… memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya.
“Mudah-mudahan berjaya, doakan proses ini berjalan dengan baik. Tak mudah proses ini, positif kita jalani, positif la kita dapat. Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat.
“Allahuakhbar, bismillah, tiada daya dan usaha hambaMu ini tanpa keizinanMu Ya Allah. Doakan Anne kuat dan hari ini bermula fasa penting,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa keterujaan mereka untuk menantikan berita gembira hasil daripada keputusan IVF tersebut. Malah, mereka juga turut mendoakan agar urusan Achey dan isteri sentiasa dipermudahkan selepas 11 tahun menanti kehadiran zuriat dan berharap pasangan itu akan kuat dalam menempuh segala dugaan.
Terdahulu, Nor Hasanah Yahaya telah menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.
Sumber: Instagram @acheykintangkintung
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi Ayu Damit, 33, meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah buat kali kedua untuk menunaikan ibadah umrah.
Mengakui ini adalah rezeki dari Yang Maha Esa tatkala dunia masih lagi berdepan pandemik Covid-19, dia bagaimana pun bersyukur kerana suami memahami dan mengizinkan untuk pergi.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana saya sekali lagi dijemput untuk tunaikan umrah bersama rakan-rakan.
“Selepas beberapa kali hajat ke sana tertunda, saya anggap ini adalah rezeki walaupun tanpa ditemani suami.
“Meski suami tidak dapat pergi bersama kerana ayah mertua tak sihat dan kebun cili serta kacang panjang sedang membuahkan hasil, tapi saya mendapat izinnya juga. Bertuah dikurniakan suami memahami.
“Bagi saya, saham akhirat lebih utama, apatah lagi beberapa kali hasrat ini (umrah) terpaksa ditunda. Apabila diberitahu sudah dapat tarikh tetap daripada pihak agensi, saya amat teruja.
“Saya pun sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya negatif. Sekali lagi, inilah namanya rezeki. Saya pun memang dah lama pasang niat dan tak mungkin menolaknya,” ujar pelantun lagu Hanya Di Mercu ini lagi.
Menurut Ayu, walaupun tarikh umrah bertembung dengan beberapa tawaran persembahan nyanyiannya, namun dia menolak secara baik.
“Walaupun terpaksa menolak tawaran persembahan kerana umrah ini, tapi apabila pulang nanti saya dah ada beberapa tawaran undangan lain yang menanti.
“Inilah rezeki saya dan aturan Allah itu sudah sedia cantik. Sekarang, peluang saya tumpukan perhatian kepada ibadah dan saya akan doakan yang baik-baik buat kita semua, insyaAllah,” katanya.
Perjalanan TTC Taufik Batisah dan Sheena Akbal menyentuh hati ramai apabila pasangan ini berkongsi usaha IVF, pengalaman keguguran dan sokongan penuh seorang suami sepanjang ikhtiar mendapatkan zuriat.