Penyanyi dan pelakon Bella Astillah pada Sabtu berkongsi video pendek di Insta Stories yang merakamkan pertemuannya dengan isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Meski tidak dinyatakan tujuan pertemuan tersebut, namun video terbaharu itu sekurang-kurang memaparkan perkembangan terkini Shuhada kepada peminat.
lbu kepada sepasang cahaya mata itu menjadi sorotan susulan kecederaan di bahagian pipi sehingga menerima 10 jahitan, dipercayai ditumbuk oleh suaminya.
Ads
Shuhada bagaimanapun telah melaporkan insiden yang berlaku kepada pihak berkuasa dan ia kini dalam siasatan.
Ads
Dalam pada itu, di dalam video terbabit, mereka dilihat saling memeluk di antara satu sama lain dan saling menguntum senyuman.
Malah Shuhada turut berkongsikan kembali video sama sambil meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan mereka yang baik hatinya.
Ads
“Terima kasih Ya Allah, Kau temukan aku dengan insan yang baik baik hatinya” tulis Shuhada Ringkas.
Sumber : Instagram @shushukriii
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang kata pengalaman dan kepayahan hidup itulah guru sebenar, dan dari pengalaman itu juga mendidik seseorang menjadi matang.
Ini sebagaimana yang dilalui oleh Natrah, anak pesakit kanser. Diusia kanak-kanaknya sudah pandai mengurus diri, hidup berdikari hatta memasak hidangan tidak menjadi beban buatnya.
Ayuh ikuti perkongsian ibu ini, bercerita tentang anaknya itu.
Assalammualaikum… Saya nak cerita sikit pasal Nur Ain Natrah. Pengorbanan Natrah bermula dari saya disahkan kanser.
Cerita disebalik periuk kosong…
Di saat saya terbaring lemah setelah menjalani rawatan kemoterapi Natrah datang bawa periuk nasi yang kosong. Natrah lapar. Natrah merayu saya ajar dia masak nasi. Luluh hati seorang ibu…anak berusia 10 tahun merayu jangan beli makanan di luar sebab dia sudah muak setelah berbulan-bulan makan makanan yang dibeli.
Pengorbanan Natrah semasa usia 10 tahun selalu buat saya menangis. Natrah sepatutnya masih bermain bersama rakan-rakan seusianya. Namun atas desakkan hidup sebagai anak pesakit kanser Natrah mengalah mengorbanan keriangan zaman kanak – kanaknya dengan memilih menjaga mama di rumah.
Malam hari Natrah akan tidur lewat menjaga saya yang sakit.
Pernah saya diberitahu oleh guru Natrah yang Natrah selalu tidur dalam kelas. Natrah nampak penat sangat. Guru tersebut membiarkan Natrah tidur kerana faham keadaan yang sedang Natrah lalui.
Sebagai anak tunggal Natrah terpaksa meminta ihsan jiran tetangga menumpang kasih sepanjang saya sakit. Natrah lebih banyak menguruskan diri sendiri kerana Papa lebih perhatian kepada Mama yang sedang sakit.
Hikmahnya sekarang Natrah lebih berdikari. Di usia 11 tahun dah boleh masak untuk diri sendiri…
Alhamdulillah…
Sumber : Noorazziah Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang kata nak tengok isteri itu bahagia, tengok wajahnya. Betul atau tidak, hanya empunya badan sahaja yang tahu jawapannya. Bak kata orang, pakai solek tebal mana pun jika tak bahagia, tak terpancar pun ‘glowing’ tu.
Sebenarnya erti bahagia seorang wanita itu bukan hanya wang ringgit semata tetapi setia seorang suami dan terima diri seorang isteri seadanya.
Buktinya sudah nyata. Bukan untuk menabik dada kebahagiaan yang dikecapinya kini, tapi kehidupan pasangan bahagia ini sering meraih perhatian. Biarpun mempunyai gelaran terhormat, pasangan ini tetap humble dan ‘simple’ dengan kehidupannya. Orang kata, bahagia cara kita!
Itulah pasangan bahagia, pelakon, Datuk Fizz Fairuz dan isterinya Datin Almy Nadia. Baru-baru ini, Datin Almy Nadia atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah sekali lagi meraih perhatian ramai apabila tampil dengan wajah ‘glowing’ yang membuatkan ramai netizen kagum.
Menerusi hantaran di laman TikTok Bintang Kecil, kelihatan Almy menghadiri sebuah program anjuran Majalah Keluarga bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Almy menjadi salah seorang panel di majlis berkenaan tampil ceria sehingga membuatkan ramai terpesona melihat penampilan terkininya.
Wajah cantik Almy Nadia yang juga isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz menjadi tanda tanda buat peminatnya. Lebih teruja, pada usia 36 tahun ibu kepada empat orang anak ini ‘maintain’ cantik.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
PEMINAT TERUJA WAJAH GLOWING DATIN ALMY NADIA
RUPANYA FIZZ FAIRUZ PENYEBAB, KAGUM!
Rata-rata memuji penampilan terkini Datin Almy Nadia. Team majalah KELUARGA sempat menemubual Datin Almy rahsia kebahagiaan dirinya.
Menerusi perkongsian ringkas bersamanya, Almy memberitahu dirinya adalah seorang yang ‘simple’ . Bahkan pesanan suaminya, Fizz Fairuz sentiasa menjadi penguat dirinya.
“Saya kena berpijak di bumi yang nyata. Suami selalu berpesan, ‘kita ukir baju di badan sendiri. Jangan ukur baju di badan orang lain dan kita cuba pakai di badan kita sendiri. Jangan ye. Itu saya.”
Biarpun menyedari ada kata-kata yang kurang sedap mengenai bentuk badannya, ia tidak menjadi ‘gangguan’ dalam hidupnya.
Katanya tidak sikit pun sedih dengan cemuhan, namun Almy tidak menafikan pada awal kelahiran anak pertama perasaan begitu ada dalam diri , namun ia berlalu apabila kelahiran seterusnya. Dia meluahkan rasa syukur mempunyai suami yang menerima seada dirinya.
“Tahun seterusnya perasaan saya gembira. Sebab dikurniakan suami yang ‘happy’, suami yang membahagiakan isteri, keluarga.”
“Saya happy. Saya tak kisah, orang nak cakap apa pun.”
Nyata, terjawablah rahsia kecantikan Almy Nadia. Kasih sayang suami yang tulus ikhlas telah terpancar menerusi wajah Almy. Kecantikan sebenar akan terpancar daripada hati yang gembira dan fikiran tenang sekali gus rasa bahagia.’Glowing’ dari hati seorang isteri. Biarpun dengan solekan nipis, wajah bahagia Almy Nadia tetap terserlah!
Betul ke anak degil hanya disebabkan mak ayah masih tidak melunaskan majlis akikah? Persoalan ini diajukan kepada seorang ustaz di laman Tiktok @fitrahummah apabila ada yang menyatakan bahawa anak-anak mereka degil kerana tidak menjalankan ibadah aqiqah.
Dengarkan penjelasan ini agar tidak sebarang kekeliruan.
Mula-mula dahulu kita kena faham aqiqah ini menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala waktu lahirnya.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari. Menurut istilah hukum syarak aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.” Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.
Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”– (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi) Ibnu Al-Qayyim.
Ini menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tersebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.
Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.”– (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.
Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.
Menurut Fitrah Ummah, terdapat beberapa fadhilat yang baik apabila mak ayah membuat korban aqiqah kepada anak-anak iaitu:
-Anak-anak anda akan membesar dengan baik dan sama seperti anak orang lain.
-Anak-anak yang diaqiqahkan itu akan terhindar daripada gangguan syaitan daripada ingin membuat kebaikan.
-Anak-anak yang diaqiqahkan itu dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya di akhirat kelak.
Jadi dengan kenyataan 3 fadhilat itu memberi penerangan jelas bahawa membuat aqiqah untuk anak sedikit sebanyak dapat bantu mendoakan kesejahteraan anak anda. Sekali seumur hidup sudah memadai!
Wanita TTC 10 tahun mohon doa agar dikurniakan zuriat pada 10 malam terakhir Ramadan menarik perhatian ramai apabila komen penuh kasih daripada TokTi mengundang sebak warganet.