Perkongsian info bermanfaat daripada Dr. Hamid Arshat ini wajar dipertimbangkan oleh En suami  jika mengalami masalah ketidaksuburan. Manakala bagi isteri pula, bantulah suami untuk lakukannya agar masalah ketidaksuburan ini dapat diatasi dengan segera dan impian untuk menimang cahaya mata menjadi nyata.

Ikuti perkongsian ini

Di sini saya ingin memberi sedikit panduan kepada suami yang mengalami masalah  kurung subur atau benihnya kurang aktif atau pun banyak yang abnormal. Kita lihat 20% hingga 30% ketidaksuburan berpunca daripada lelaki.

Benih Suami Kurang Subur, Isteri Segera Bantu Lakukan Ini Untuk Segera Hamil!

Jadi apa langkah-langkah yang boleh diambil?

  1. Rehat kena lebih daripada segi fizikal, mental dan emosional.
  2. Tidur awal jangan terlalu lambat tidur hingga lewat malam.
  3. Makan daripada makanan yang elok dan berkhasiat
  4. Berhenti merokok
  5. Kurangkan minum kopi
  6. Jauhkan minuman bersoda

Satu lagi faktor yang mungkin mengganggu benih lelaki, sebagai mana kita maklum benih lelaki  sentiasa berubah maknanya bila dah keluar, kilangnya akan keluarkan lagi benih-benih baru dalam tempoh 24 jam tapi masa 48 jam untuk aktif untuk kebolehan untuk bercantum dengan telur.

IKLAN

Sikit panduan bagi lelaki Yang kurang subur. Benih kurang bilangan, kurang aktif dan abnormal. Cuba ikut tips ini.

Posted by Dr Hamid Arshat on Friday, 17 August 2018

Faktor yang saya nyatakan tadi  adalah faktor kepanasan. Contohnya kalau kerja ditempat yang terlalu panas, benih pun berkurangan. Orang yang pergi naik bas atau keretapi dan menggunakan  laptop di atas riba, haba  yang dikeluarkan  oleh laptop ini boleh mengganggu dan mengurang benih lelaki, oleh itu jauhkan amalan tersebut.

Langkah seterusnya

IKLAN

Jadi panas badan juga terjadi kalau guna pakaian seperti seluar dalam yang terlalu ketat, seluar jin yang ketat.Telur akan melekat pada badan yang panas sebab aktiviti kita bekerja. Oleh sebab itu, siapa yang mengalami masalah benih ini elok guna boxer untuk beri telur tergantung tidak melekat pada badan.

Satu lagi langkah adalah dengan menyejukkan buah zakar atau telur pada waktu petang. Khususnya bila isteri subur antara hari ke 12 hingga ke 20. Jadi petang selepas Asar letakkan ice pack di bawah buah zakar. Ice pack boleh di beli di farmasi dan letakkan di freezer dan bila nak guna letak di bawah telur antara 30 hingga 45 minit.

Benih Suami Kurang Subur, Isteri Segera Bantu Lakukan Ini Untuk Segera Hamil!

IKLAN

Penyejukkan ini akan meningkatkan pergerakan benih-benih dan bila amalkan sekiranya pada waktu malam bila hendak bersama, benih akan lebih kuat lagi dan kemungkinan bercantum dengan telur dan menghasilkan kehamilan lebih tinggi disamping makan multivitamin, vitamin E, Folic Asid, herba, madu dan telur.

Sekian selamat mencuba.

Sumber : Dr. Hamid Arshat

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI