Berbaju Sedondon & Bergambar Berpelukan, Rupanya Itu Yang Terakhir

Share

Menatap wajah sang ayah ini yang baharu sahaja kehilangan 3 orang anak dalam satu masa, sungguh pilu dan sebak dirasakan.

Sungguh berat sekali ujian yang ditanggung, semoga didoakan ayah ini terus tabah dan reda menerima ujian hidup.

Terdahulu membaca perkongsian daripada El Haura Esha, turut berkongsi kedukaannya yang pernah merasai kehilangan seorang anak dua tahun lalu.

“Tatap muka sang ayah ni . YaAllah sebaknya rasa . Aku pernah rasa kehilangan seorang anak dua tahun yang lalu .

Kita kalau anak sakit pun dah tak senang duduk kan .

Tapi sang ayah dibawah ni . Kehilangan 3 anak sekaligus . Membesarkan anak dengan kudrat sendiri . Isterinya dah meninggal 10 tahun lepas .Sedihnyaaaa.

Manakala merujuk paparan akhbar Sinar Harian berkenaan tragedi hiba menimpa keluarga ini, ia dilaporkan tiga beradik lelaki tersebut lemas ketika mandi di muara Sungai Telemong, Hulu Terengganu.

Mayat Khairil Firdaus Mohd, 17, ditemukan pasukan penyelamat tidak sampai dua jam selepas penemuan mayat pertama, Umar Iskandar Mohd, 21, pada jam 11.36 pagi. Mayat pelajar Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang itu ditemukan kira-kira 150 meter daril okasi mangsa dilaporkan hilang manakala mayat adiknya, Khalif Naim Mohd, 16, ditemukan hanya dalam tempoh sejam lebih selepas penemuan mayat kedua, iaitu pada jam 12.43 tengah hari tadi.

Kisah Khalif Naim yang juga pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, yang berjaya menamatkan hafazan 30
juzuknya pada 10 Mac lalu menjadi perhatian dan tular di laman sosial selepas tragedi mereka diketahui umum sejak malam tadi.

Terdahulu, mayat abang mereka, Umar lskandar ditemukan sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai, kira-kira empat meter dari tebing sungai, jam 9.50 pagi

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam, ketiga-tiga beradik tersebut, Khalif Naim Mohd, 16, Khairil Firdaus Mohd, 17, dan Umar Iskandar Mohd, 21, dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telenmong di sini.

Menurut bapa mangsa pada mulanya dia tidak menganggap permintaan berbaju melayu sedondon itu suatu
yang pelik kerana hubungan akrabnya dengan ketiga-tiga anaknya adalah biasa.

Memang janggal sikit apabila
mereka ajak bergambar sebab
kebiasaan raya, kami akan bersama keluarga tetapi saya tidaklah anggap
pelik.

Mereka juga minta saya peluk.
Cuma saya tidak sangka kini saya kehilangan ketiga-tiganya.

sumber : Sinar Harian

IKLAN