Menatap wajah sang ayah ini yang baharu sahaja kehilangan 3 orang anak dalam satu masa, sungguh pilu dan sebak dirasakan.
Sungguh berat sekali ujian yang ditanggung, semoga didoakan ayah ini terus tabah dan reda menerima ujian hidup.
Terdahulu membaca perkongsian daripada El Haura Esha, turut berkongsi kedukaannya yang pernah merasai kehilangan seorang anak dua tahun lalu.
“Tatap muka sang ayah ni . YaAllah sebaknya rasa . Aku pernah rasa kehilangan seorang anak dua tahun yang lalu . Kita kalau anak sakit pun dah tak senang duduk kan .
Tapi sang ayah dibawah ni . Kehilangan 3 anak sekaligus . Membesarkan anak dengan kudrat sendiri . Isterinya dah meninggal 10 tahun lepas .Sedihnyaaaa.
Ads
Manakala merujuk paparan akhbar Sinar Harian berkenaan tragedi hiba menimpa keluarga ini, ia dilaporkan tiga beradik lelaki tersebut lemas ketika mandi di muara Sungai Telemong, Hulu Terengganu.
Mayat Khairil Firdaus Mohd, 17, ditemukan pasukan penyelamat tidak sampai dua jam selepas penemuan mayat pertama, Umar Iskandar Mohd, 21, pada jam 11.36 pagi. Mayat pelajar Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang itu ditemukan kira-kira 150 meter daril okasi mangsa dilaporkan hilang manakala mayat adiknya, Khalif Naim Mohd, 16, ditemukan hanya dalam tempoh sejam lebih selepas penemuan mayat kedua, iaitu pada jam 12.43 tengah hari tadi.
Ads
Kisah Khalif Naim yang juga pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, yang berjaya menamatkan hafazan 30
juzuknya pada 10 Mac lalu menjadi perhatian dan tular di laman sosial selepas tragedi mereka diketahui umum sejak malam tadi.
Terdahulu, mayat abang mereka, Umar lskandar ditemukan sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai, kira-kira empat meter dari tebing sungai, jam 9.50 pagi
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam, ketiga-tiga beradik tersebut, Khalif Naim Mohd, 16, Khairil Firdaus Mohd, 17, dan Umar Iskandar Mohd, 21, dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telenmong di sini.
Ads
Menurut bapa mangsa pada mulanya dia tidak menganggap permintaan berbaju melayu sedondon itu suatu
yang pelik kerana hubungan akrabnya dengan ketiga-tiga anaknya adalah biasa.
Memang janggal sikit apabila
mereka ajak bergambar sebab
kebiasaan raya, kami akan bersama keluarga tetapi saya tidaklah anggap
pelik.
Mereka juga minta saya peluk.
Cuma saya tidak sangka kini saya kehilangan ketiga-tiganya.
sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hakikatnya kita sering diuji daripada pelbagai sudut, dan ujian-ujian ini jugalah menyebabkan kita rasakan sesuatu yang menyakitkan hati. Ada yang berasa sedih, marah, benci dan pelbagai emosi negatif lainnya.
Pun begitu, dalam berdepan dengan ujian sebenarnya saat dan ketika itulah banyak menuntut kita bukan hanya untuk bersabar tetapi mendidik hati lebih terbuka berdepan dengan masalah. Andai terus diikut rasa hati, bimbang juga akhirnya badan rosak binasa.
Jadi bagaimana cara sewajarnya untuk seseorang itu segera bangkit daripada melalui saat-saat kepayahan dalam hidup agar diri dan hati tidak terus dirundung duka.
Hal ini dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun untuk panduan bersama.
Berfikir berlebihan tentang perkara yang telah berlaku sangat merugikan masa, tenaga, emosi dan akal kita. Bahkan ia boleh menjejaskan kesihatan. Kita tak boleh sesekali mengubah apa yang telah berlaku walau dengan air mata darah sekali pun. Apa yang boleh kita buat saat ini,
➡Kesat air mata tu,
➡Tarik nafas,
➡Zikir, Ya Qawiyy (40x atau sebanyaknya), sudahi dengan doa – Ya Allah Ya Qawiyy Yang Maha Kuat, berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian ini.
➡Zikir, Ya Fattah (40x atau sebanyaknya), sudahi dengan doa – Ya Allah Yang Maha Membuka, bukakanlah jalan keluar daripada kesulitan, keresahan dan kesempitan ini.
➡ Lepas tu cepat-cepatlah buat kerja, atau apa-apa aktiviti fizikal, yang suri rumah kemas rumah atau buat operasi ke, yang berniaga buat cara orang berniaga, yang di pejabat jaga masa dan kualiti kerja.
Jatuh itu biasa. Bangkit setiap kali jatuh itu luar biasa. Jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana allah. Dia sentiasa ada dekat dengan kita. Sangat dekat!
Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita.
Ada 4 langkah semuanya;
1) Buka akaun Tabung Haji.
2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB
3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung.
4)
a)Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.
b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).
c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil.
d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.
e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda.
Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya.
Nota cara menabung secara ringkas:
1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?
2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).
Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.
BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?
Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Isi kandungan surat rayuan:
Nama penuh
Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
Tujuan rayuan
Tandatangan
Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut. Dan ini Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H.
Rogayah binti Mokhtar
Lot 1234, Jalan Sinar
Kampung Harapan
84000 Muar
Johor
18 Disember 2015
Kepada,
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Tuan/Puan,
RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1437H/2016M
NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR
KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678
Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016 Masihi.
Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.
Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.
Sekian, terima kasih.
Yang Mengharap,
(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)
No K/P: 450101-01-0400
sumber : Muhammad Yaakub Yusra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Azmi Zainal atau lebih dikenali sebagai Boss Susu sangat sinonim dengan jenama susu terkenal tempatan, Farm Fresh. Baru-baru ini Majalah Keluarga diberi kesempatan untuk bertemu dengannya di Ladang Farm Fresh, UPM.
Figura ini biarpun seorang yang cukup dikenali dan menyandang jawatan yang tinggi di syarikat pengeluaran susu terkenal, namun sebenarnya yang seorang yang merendah diri dan berwawasan.
Bertemu dengannya buat pertama kali, bagaikan berjumpa dengan seorang pakar motivasi. Kata-kata yang dilontarkan acap kali mengandungi kata-kata dorongan kejayaan.
Cakna dengan trend generasi sekarang dikatakan sanggup mengabaikan pelajaran semata-mata mahu bergelar TikTokers, Majalah Keluarga sempat mengajukan persoalan kepada boss susu.
“Saya tengok trend anak-anak muda ramai yang tak nak belajar.”
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.Katanya lagi, ada mempunyai pelbagai content media sosial termasuk menjadi tiktokers. Namun tidak ramai yang berjaya.
Baginya untuk berjaya dalam hidup kena ada usaha dan kerja keras di samping kreativiti. Dia meluahkan rasa bimbang pengaruh media sosial itu membuatkan generasi muda menjadikan ia jalan mudah untuk berjaya.
“Mak saya pesan, untuk berjaya kena kerja keras. Baru boleh berjaya. Jangan harapkan tiktok. Yang tergedik sana tergedik sini. Ia habit yang tak baik. Kita ada ibu bapa, saudara mara. Tidak elok bersikap begitu. “
KENA ADA ILMU
Tambahnya untuk menjadi tiktokers juga harus mempunyai ilmu yang akan membuatkan content media sosial itu akan lebih berilmu dan berkualiti.
“Tak semestinya kita belajar tinggi kita akan berkerja di bidang kejuteraan atau perniagaan. Anggaplah apa yang kita belajar itu bekalan ilmu. Apabila kita mempunyai ilmu, baru kita tahu bagaimana untuk menggunakannnya apabila nenghadapi masalah, nak buat macam mana dan nak majukan diri kita.”
POPULARITI BUKAN JAMINAN MASA DEPAN
Menyedari bahawa ilmu itu penting, beliau sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada anak-anaknya. Siapa sangka dua orang anak lelakinya kini sudah bergelar doktor.
“Anak saya dulu boring dengan saya. Saya sering memberi kata-kata motivasi. ‘Jadilah yang terbaik’.”
Dalam pada itu, dia juga turut menasihati agar golongan muda tidak menjadikan tiktokers sebagai cita-cita. Lantaran hanya beberapa orang sahaja yang bersahaja berjaya. Nyata populariti bukan jaminan untuk berjaya.
Katanya lagi, populariti bukan jaminan untuk masa depan. Jadi amat penting untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Ilmu yang diperolehi itu bukan untuk mendapat pekerjaan tetapi untuk mengendalikan masalah dengan cara berhemah. .
“Banggakan ibu baya yang susah mencari duit. Yang nak sekolahkan kita. Masuk universiti ‘score’ , bila jadi pekerja jadilah yang terbaik supaya kita ada nilai dan harga.”
Padu nasihat boss susu ini. Semoga ini menjadi inpirasi untuk ibu bapa dan juga generasi muda untuk mengubah haluan hidup untuk lebih berjaya dalam hidup.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.