Bagi yang meminati lagu-lagu balada Zaman 80-an pasti kenal dengan Azian Mazwan Sapuan, pelantun lagu Rumah Kecil Tiang Seribu ini.
Kerinduan peminat terhadapnya sedikit terubat setelah empunya diri menyertai Gegar Vaganza musim ke-7 sebelum ini.
Terbaru, Azian memuatnaik gambar bersama anak perempuannya, Nur Athirah Hanim ketika menghadiri majlis konvokesyen Athirah yang bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.
Rupa-rupanya, Athirah baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Sultan Zainal Abidin ( UNISZA ). Dia mengambil jurusan dalam bidang Bachelor Of Sosial Work With Honoured. Wah bukan biasa-biasa anak Azian ini. Sudahlah cantik, bijak pula orangnya.
Menerusi kapsyennya, Azian mahu meraikan hari istimewa anakandanya ini. Ibu mana yang tak gembira kan, melihat hasil usaha anak sudah tercapai kini. Pasti tak sabar tu untuk melihat anak tersayang memegang ijazah.
24.01.2022 MAJLIS IDUL ILMI KONVOKESYEN UNIV.SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) 2022 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), Kuala Terengganu.
ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Ilahi🤲 ..hari yang ditunggu oleh mereka semua & kita ibu bapa ni juga turut menunggu😁..akhirnyaa tiba. Setelah melalui proses PKP dan sbgnya, ini adalah moment yg sgt ditunggu2..(masyaallah sesiapa yg ank tgh bljr mesti akan rasa apa yg sy rasa nii..eksaiited gaiss😂😂). TAHNIAH anakanda kami ATHIRAH❤️ & para Graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Upacara Konvokesyen pada hari ini. TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH Kakak❤️. Tahniah di atas kejayaan cemerlang, Alhamdulillah.
Ads
Semoga akan terus berjaya dan mencipta kecemerlangan di dunia dan akhirat hendaknya..aamiin. CONGRATULATIONS Kak, Mama so excited for your success and definitely be proud of your hardwork and achievement💯💯💯..aarghh sayuuu😭😭🤩🤩🤩..kita je yg tahu how struggle you are. CONGRATS Kakakk🥰🥰..lavviuuuuu…
Kebanyakan daripada kita hanya memberikan perhatian kepada tarikh luput pada barang-barang tertentu sahaja seperti makanan kerana ia mudah rosak. Kita tak pernah terlepas pandang untuk menyemak tarikh luput susu atau roti. Bahkan, setiap kali membeli barangan tersebut, kita akan menyemak tarikh terlebih dahulu. Sedangkan untuk barangan lain, kita sering terlupa, atau mungkin kita tak tahu, bahawa peralatan rumah lain juga mempunyai tarikh luput.
Berikut beberapa barangan dan peralatan lain di dalam rumah yang mempunyai tarikh luput.
1. Bantal (2-3 tahun)
Mungkin ramai yang tak tahu, atau tidak kisah, selagi bantal tersebut boleh dipakai, kita akan pakai. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai ‘bantal busuk’ sejak kecil. Sebenarnya bantal mempunyai jangka hayat selama 2 hingga 3 tahun. Bantal akan menjadi rumah kepada hama, yang akan memberikan banyak masalah kepada kesihatan kita. Bantal lama juga akan menyebabkan kesakitan pada leher kerana kehilangan bentuk asalnya disebabkan penggunaan melebihi jangka masanya.
2. Tuala (1-3 tahun)
Pernah tengok orang memakai tuala sehingga nipis dan gelap warnanya? Ia bukanlah disebabkan kualiti tuala itu tidak bagus, tetapi kerana penggunaan sesebuah tuala untuk jangka masa yang terlalu lama. Jika anak-anak anda tinggal di asrama, cuba periksa tuala anak anda. Sama ada ianya masih elok atau tidak. Disebabkan tuala sentiasa basah, ia adalah tempat yang paling baik untuk pertumbuhan bakteria, dan akan menjadi punca kepada pelbagai penyakit kulit.
Walaupun kerap dibasuh, tuala akan tetap tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Sentiasa tukar kepada tuala yang baru, setiap 1-2 tahun.
3. Berus gigi (3 bulan)
Ya, kebanyakan di antara kita hanya akan menukar kepada berus gigi yang baru hanya apabila bulu-bulunya sudah tercabut atau rosak. Doktor gigi mengesyorkan agar kita menukar berus gigi setiap 2 atau 3 bulan. Berus gigi yang rosak dan keras akan menyebabkan hakisan pada gigi.
4. Span mandian / Loofah (2-3 minggu)
Span mandian atau loofah akan mula membiakkan bakterian dan kuman hanya dalam beberapa minggu. Disebabkan ia sentiasa dalam keadaan basah, ini akan mempercepatkan lagi proses pembiakan tersebut. Loofah yang diperbuat daripada plastik dan berjaring seperti gambar di atas adalah lebih selamat dan tahan lebih lama, kira-kira 8 minggu kerana ia mempunyai ruang antaranya yang lebih besar berbanding span mandian biasa.
Untuk memastikan span anda tahan lebih lama, sentiasa bilas dan keringkan span dan loofah anda selepas setiap kali digunakan. Gantikannya selepas beberapa minggu.
5. Produk pencuci / pembersih
Pernah tak anda mengalami situasi ini, anda baru berpindah ke rumah baru, dan terdapat produk pembersih atau pencuci seperti pencuci lantai atau sabun basuh baju. Berasa rugi untuk buang barang-barang ini anda pun gunakannya untuk mencuci lantai dan baju anda. Pernah?
Ini adalah kerana kita mengganggap produk-produk ini tidak mempunyai tarikh luput, dan berasa rugi jika membuangnya. Menurut Good Housekeeping, keberkesanan produk-produk ini akan berkurangan selepas tempoh tertentu dan bekas plastik produk itu juga akan memberi kesan kepada formula produk itu. Kami sertakan tarikh luput bagi produk-produk pembersih yang mungkin ada di rumah anda.
Sabun basuh baju : 6 hingga 12 bulan
Pelembut pakaian : 1 tahun
Pembersih lantai / sinki : 2 tahun
Pembasmi kuman (Dettol) : 3 bulan
Sabun basuh pinggan : 12 hingga 18 bulan
6. Minyak wangi (1-3 tahun)
Minyak wangi dan eau de parfum boleh tahan selama 3 tahun jika tidak dibuka dan digunakan, dan tahan untuk 2 tahun jika digunakan. Manakala eau de toilette pula boleh bertahan selama 4 tahun jika tidak dibuka, dan 2 tahun jika dibuka. Jadi sebelum anda membeli minyak, jangan hanya pilih bau yang anda suka sahaja, anda juga perlu periksa tarikh luput.
7. Puting bayi (2-5 minggu)
Bagi yang mempunyai anak kecil, pastikan anda sentiasa memantau puting yang diberikan kepada si kecil. Puting yang diperbuat daripada getah perlu digantikan, tak kiralah berapa lama ia telah digunakan dan keadaan puting itu. Ia amat mudah rosak dan boleh menyebabkan pembiakan kuman dan bakteria.
8. Kerusi kereta kanak-kanak (6-10 tahun)
Oleh kerana kerusi ini diperbuat daripada bahan yang mengembang dan mengecut berdasarkan jangka umur dan suhu, dan suhu dalam kereta yang berubah terlalu kerap, kebanyakan kerusi kereta kanak-kanak mempunyai jangka hayat selama 6 hingga 10 tahun SELEPAS dari tarikh pembuatan. Tarikh luput biasanya dipaparkan pada bahagian bawah atau tepi produk tersebut.
Juga, kerosakan terdahulu, atau jika anda terbabit dalam kemalangan juga boleh memberikan kesan kepada keselamatan kerusi ini. Jadi, jangan sesekali anda cuba untuk membeli kerusi kereta bayi terpakai, kerana tidak tahu tahap keselamatannya. Lebih baik membelanjakan lebih wang daripada mengambil risiko yang sangat bahaya.
9. Baju dalam wanita (1-2 tahun)
Ya, baju dalam wanita juga mempunyai tarikh luput. Sebaik sahaja baju dalam anda hilang bentuk, keanjalan, menjadi besar atau kecil, dan juga menjadi tidak selesa, tiba masanya untuk anda membuangnya dan membeli yang baru tanpa rasa kesal. Ia tidak baik untuk kesihatan payu dara anda, dan juga keselesaan yang kurang dalam seharian anda.
10. Kasut sukan (1 tahun)
Jika anda seorang atlit, atau suka bersenam, anda mungkin tahu bahawa kasut sukan mempunyai tarikh luput. Setelah kasut sukan anda digunakan untuk larian sebanyak 400 hingga 500 kilometer, ia kusyen pada kasut tersebut akan mula hilang dan ini akan memberi kesan kepada sendi-sendi anda. Namun, jika anda jarang menggunakannya, tukar kepada kasut baru jika anda berasa tidak selesa dan rasa sakit-sakit.
11. Wayar sambung (1-2 tahun)
Setiap wayar sambung mempunyai kapasiti yang tertentu. Jika anda melebihi kapasitinya, ia akan merosakkan wayar sambung tersebut dan boleh menyebabkan masalah besar seperti litar pintas yang akan menyebabkan kebakaran. Tidak berbaloi untuk mengambil risiko yang besar hanya kerana anda tidak mahu menukarnya.
12. Krim pelindung matahari (3 tahun)
Biasanya, krim pelindung matahari mempunyai jangka hayat selama 3 tahun, walaupun tidak dipaparkan pada produk tersebut, menurut pakar-pakar. Setelah melepasi jangka hayat ini, keberkesannya akan menjadi kurang. Jadi, sebelum membeli, anda perlulah menyemak tarikh luputnya terlebih dahulu, dan jika ia tidak mempunyai tarikh luput, semak tarikh produk itu dihasilkan, dan buang selepas 3 tahun tidak digunakan.
Jadi selepas ini, diharapkan kita semua lebih peka dan teliti ketika membeli barangan-barangan ini dan juga barangan lain, supaya mendapat faedah dan manfaat yang lebih. Juga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
.
Sumber rujukan :
1. Buzzfeed
2. Dadgab
3. Linkis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Banyak kaedah sebenarnya jika mahu menanam pokok. Ini salah satu kaedah yang menarik dikongsikan bagaimana nak tanam pudina. Cara ini dikongsikan melalui Facebook olehRina Kefele melalui page Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Menurut Rina, kaedah ini cukup menarik sebab menurut beliau dengan teknik cara tanam pudina ini, pokok pudina lebih kukuh dan cepat hidup.
Jom kita tengok perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini.
Macam2 cara dah teknik tanam pudina saya cuba, ini teknik yg paling menjadi. Tak layu langsung. Tapi kalau kawan2 buat jadi layu jangan la salahkan saya pulak ye… 🙂 Saya sekadar berkongsi pengalaman. Teknik ni saya ambil dari group kbjts. Sebelum ni dia guna cara ni tanam pokok sireh.
2. Sediakan bekas n tanah. Saya guna tanah hitam je.
3. Buang daun dan simpulkan mcm ni.
4. Buat bnyak2
5. Tanam mcm ni, masuk n timbus tanah je. Teknik buat pokok jadi kukuh. Kalau disiram x lari.
6. Siap dua bekas big cup. Simpan tempat redup
7. Yg ni saya tanam seminggu dah. Langsung x layu, bawab tu ada takungan air. Simpan tempat redup.
8. Ni dah 2 bulan tanam.
Dengan teknik ni pokok pudina lebih kukuh dah cepat hidup. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kecoh beberapa hari lalu apabila berita menyiarkan penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri ini berikutan pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar disebabkan oleh paras air di muka sauk Sungai Kelar menyusut akibat kemarau.
Berdasarkan satu hantaran Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Facebook pada Sabtu memaklumkan gangguan bekalan itu melibatkan 48,635 pemilik akaun.
Antara kawasan di Pasir Mas yang terlibat ialah Meranti, Kelar, Lemal, Gual Tinggi, Lubok Jong, manakala Tumpat keseluruhan kawasan.
Menurut AKSB lagi, kerja-kerja penyelenggaraan dijangka selesai pada 15 April serta bergantung kepada situasi semasa paras air Sungai Kelar.
AKSB akan membuat penghantaran air melalui lori tangki dan tangki statik kepada pengguna yang terjejas.
BEKALAN AIR KEMBALI PULIH
Pengerusi Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr. Izani Husin berkata, LRA Kelar ketika ini sudah beroperasi seperti biasa.
Katanya, notis pemakluman kepada sebanyak 48,635 pelanggan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di jajahan Pasir Mas dan Tumpat yang mengalami gangguan bekalan air sejak Sabtu lalu juga sudah ditarik balik.
“Bekalan air mencukupi dan pulih sepenuhnya apabila LRA Kelar kini boleh membekalkan 80 juta liter sehari (MLD) sedangkan keperluan hanya 64 MLD untuk daerah Pasir Mas dan Tumpat.”
“Sebelum ini, dua pam mengalami kerosakan akibat mendapan pasir, sampah dan paras air sungai susut disebabkan cuaca kemarau.”