Berkongsi pengalaman hidup seorang wanita yang kini dialah ibu dan dialah ‘ketua keluarga’ setelah suami tercinta dijemput Ilahi, nyata bukan mudah untuk dilaluinya.
Ini dikongsikan melalui posting artikel Doa Yang Diaminkan Malaikat di akaun fbnya. Jom semak.
DOA YANG DIAMINKAN MALAIKAT
Sementara menunggu giliran untuk membayar di kaunter, mata saya memandang kiri dan kanan juga orang yang beratur di hadapan saya.
“Ramai betul orang hari ni,” itu yang terpacul di bibir. Fina yang mendengar turut memandang sekeliling.
Ada yang beli barang penuh satu troli. Mungkin ahli keluarganya ramai. Ada yang beli barang penuh 2 troli. Mungkin dia seorang peniaga.
Ada yang beli barang hanya separuh troli. Mungkin itu cara dia berbelanja.
Ada yang beli barang yang boleh dibilang dengan jari. Mungkin hanya itulah yang mencukupi sebagai rezeki. Macam-macam kisah sebenarnya di sebalik troli ni.
Ads
Saya pandang pula troli sendiri.
Barang yang biasa-biasa sebagai memenuhi keperluan kami bertiga. Setelah ketiadaan arwah suami, saya cuba sedaya upaya mengisi tanggungjawab sebagai ‘ketua keluarga’ dengan sebaiknya.
Apa yang ada di dalam troli saya, adalah rezeki saya dan anak-anak. Begitu juga yang ada di dalam troli orang lain. Itulah rezeki masing-masing. Memang tak akan sama.
Kalau difikir betapa susahnya saya hidup tanpa dia, saya pasti ada isteri-isteri di luar sana yang lebih sukar hidupnya. Makan bersukat. Perut diikat. Duit dicatu. Cukup apa yang perlu.
Ads
Bila pandang troli sendiri, sematkan rasa syukur dalam hati. Bila pandang troli orang lain, doakan yang baik-baik buatnya.
Saya pernah melalui saat-saat perit pada awal tempoh pemergiannya. Saya pernah menangis kerana tidak mampu tunaikan keinginan anak-anak.
Memang saya meraung sambil memanggil namanya. Rasa seperti tidak terdaya menunaikan amanah yang dia tinggalkan.
Bila anak-anak meminta, hanya janji yang mampu saya beri. Terasa seperti saya ini seorang ibu yang zalim.
Ads
Saya ikhtiar apa yang perlu untuk saya mengubah kehidupan. Ianya tak semudah disangka. Halangan akan sentiasa ada.
Sehinggalah saya biasakan diri mendoakan orang di sekeliling saya. Doa yang tulus. Doa yang datang dari hati.
Itulah konsep doa yang diaminkan malaikat. Mendoakan yang baik-baik untuk orang lain agar kita mendapat apa yang dihajatkan. Memaaf dan melupakan agar kita juga dimaafkan.
Semua ini perlukan masa. Sentiasa diamalkan agar jadi kebiasaan. Sampai masa yang tepat, doa kita akan dimakbulkan.
Selepas ni, sambil tolak troli, kita saling mendoakan yang baik-baik sesama kita. Manalah tahu. Daripada barang yang boleh dikira dengan jari bakal menjadi rezeki yang boleh dikongsi.
Sumber : Zureiny Zulkafly
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang betul pun, bila ada anak, ibu ayah kena jadi serba boleh. Jika nak harapkan isteri seorang uruskan anak memang stress isteri dibuatnya.
Sebab itu pentingnya kerjasama dalam rumahtangga. Bila anak ajak lakukan aktiviti bersama, ayah boleh lah layan anak-anak, sementara isteri uruskan hal lain.
Begitulah yang ingin disampaikan oleh perkongsian saudara Mohd Fhais tentang ibu bapa haru jadi serba boleh atau versatile.
Mak Ayah Kena Versatile.
Serba serbi kena boleh buat. Tak boleh cakap tak pandai nanti anak ikut!
Baru ni ada sebelum pergi interview pa&ma ada person incharge ecah namanya, dia tanya saya,
“Fhais boleh ke datang berdua je dengan anak?”, Ecah
Saya kata boleh je. Dah biasa pun travel berdua dengan anak. Bahkan pergi tengok wayang berdua pun pernah.
Tak ada benda yang orang lelaki tak boleh buat kalau isteri kita boleh buat. Mudah je!
Bagi saya baik mak baik ayah ni kena jadi versatile. Serba boleh kata orang melayu.
Ada masa anak perempuan nak tocang rambut, ayah boleh tocangkan, siap buat lipan lagi. Nak main masak masak pun boleh.
Ada masa anak lelaki pula nak main lasak lasak, mak boleh tumpang sekaki. Tak dapat jadi kuda, jadi nenek kebayan pun boleh. Begitulah.
TAK ADA ISTILAH TAK BOLEH BUAT
Mana ada istilah lelaki tak boleh buat apa yang wanita buat, cuma satu je lelaki tak boleh buat. Iaitu beranak!
Mana yang dah sejak azali kita mahir tu kalau boleh kembangkan la, mana yang tak mahir tu jangan takut. Cuba buat dulu. Kadang-kadang ia tak sesusah mana pun.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Be a parent that kids want, and
They will be a kids that we want.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka pelukkan yang dianggap perkara biasa itu memiliki khasiat yang luar biasa dalam hubungan suami isteri. Perkahwinan itu bukan hanya sekadar cinta, menjalankan tanggungjawab, tetapi anda juga perlu memberi sentuhan fizikal pada pasangan untuk mengeratkan lagi hubungan.
Kajian telah menunjukkan bahawa rugi jika suami tidak memeluk isteri ketika tidur kerana memeluk isteri ketika tidur mempunyai banyak manfaatnya tersendiri. Berikut 7 manfaat yang akan diperolehi oleh pasangan jika mengamalkan peluk isteri sebelum tidur.
Mencegah Stres
Peluk seseorang yang anda cintai dapat mencegah dan mengurangkan tahap stress anda. Ini kerana apabila pasangan berpelukan ia membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
Horman Oxytocin itu dikatakan hormon cinta, jika anda berpeluk hormon cinta itu akan semakin terangsang. Oleh itu, hubungan cinta dan kasih sayang antara pasangan akan semakin bertambah dan bahagia.
Tidur Lebih Nyenyak
Kajian membuktikan tidur sambil berpeluk boleh menghilangkan masalah orang yang sukar tidur (insomnia). Kalau anda ada penyakit sukar tidur boleh suruh pasangan anda peluk anda ketika tidur.
Baik Untuk Jantung
Hangat dan rasa aman apabila dipeluk pasangan akan membuatkan jantung anda berdenyut pada kelajuan normal, perkara ini akan menyebabkan jantung akan tidak akan mengalami ketegangan.
Bangun Penuh Bertenaga
Para pengkaji merasakan pasangan yang tidur berpeluk akan bangun pagi dengan penuh bertenaga, apabila bangun melihat pasangan berada di samping anda.
Tanda Luahan Kasih Sayang
Berpeluk juga sebagai tanda untuk meluahkan rasa kasih sayang pada pasangan. Kebanyakkan jika pasangan sedang bergaduh ramai yang tidak mahu berpeluk, tetapi jika pasangan berpeluk ketika bergaduh ia mampu redakan kemarahan pasangan.
Panjang Umur
Berada di dalam pelukkan pasangan dapat membuatkan otak, jantung dan organ lain berkerja secara santai, seteruskan akan membuatkan anda panjang umur.
Oleh itu, hargailah kehadiran isteri yang berada di sisi dan peluknya mereka selagi mereka masih ada. Tidak menjadi satu kerugian buat suami untuk memeluk isteri. Malah, ia memberi banyak kelebihan pada pasangan yang mengamalkan tip ini
Setiap ibu bapa pastinya pernah bercita-cita untuk membawa anak kecil ke masjid untuk mengerjakan ibadah. Tetapi terdapat banyak halangan yang membuatkan ibu bapa membatalkan niat tersebut antaranya dikhuatiri anak itu akan mengganggu jemaah lain untuk melakukan ibadah.
Alangkah gembiranya ibu bapa jika di masjid ada menyediakan taman permainan seperti dalam satu perkongsian Ustaz Yaakub Yusra di intagram miliknya dengan memuatnaik gambar kanak-kanak yang gembira sedang bermain mainan di sebuah masjid baru-baru ini.
Ini adalah satu idea yang bernas yang dilakukan dari pihak masjid untuk mewujudkan ruangan permainan untuk anak-anak bermain. Ibu bapa tidak perlu risau akan anaknya mengganggu jemaah yang lain malah ibu bapa dapat ber ‘me time’ dalam melakukan ibadah di Masjid. Mak ayah boleh hadiri pengajian di masjid antara maghrib ke Isyak jika anak-anak diletakkan di “nursery” di masjid. Its A Good therapy.
Ustaz Yaakub juga mengusulkan cadangan agar pihak masjid mengupah pengasuh untuk bantu pantau anak-anak. Untuk anak kecil pengasuh boleh pantau bermain, untuk anak yang dewasa boleh juga hanya memantau dengan membuat kerja sekolah asalkan tidak mengganggu jemaah yang lain.
Hal demikian sekaligus dapat memupuk perasaan cinta akan masjid jikalau ibu bapa sendiri yang pupuk sikap itu dari mereka kecil lagi. Kita nampak mungkin macam tiada apa, tapi pada emosi dan nilai agama pada anak-anak kecil sangatlah besar. Mana mungkin mereka cintakan masjid surau jika tidak diikat dari umur kecil.
Semoga usaha Masjid yang mewujudkan ruangan ini dapat dikembangkan lagi di masjid-masjid seluruh Malaysia
Meninjau di ruangan komen ramai turut bersetuju dengan cadangan yang diusulkan oleh Ustaz Yaakub Yusra untuk mengadakan ruangan sebegini di setiap masjid