Kebolehan berbahasa Inggeris kanak-kanak zaman sekarang memang sangat dikagumi.  Kebanyakan kanak-kanak era millenial ini sangat fasih berbahasa Inggeris sehingga kadangkala jika tidak melihat wajah mereka, kita sangka sedang menonton program Inggeris dari luar negara.

Perkembangan teknologi dan kemodenan membuatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak bukan lagi satu perkara pelik.

Bagaimanapun keupayaan mereka berbahasa Inggeris mengikut slang atau accent asli bahasa tersebut memang sangat dikagumi.

Pelakon dan usahawan jelita Faezah Elai turut mempunyai dua orang anak perempuan yang sangat fasih berbahasa Inggeris dengan slanga asli ‘mat salleh’.

“Berhabuknya Speaking” Ramai Kagum Dengar Slang English Anak-Anak Faezah Elai!

Perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagramnya menarik perhatian ramai pengikut Faezah yang seronok mendengar Dealova dan adiknya Aurora bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Dalam video tersebut kedua beradik ini membuat video review hasil alat permainan yang mereka beli sendiri.

“Berhabuknya Speaking” Ramai Kagum Dengar Slang English Anak-Anak Faezah Elai!

Menurut pemilik nama sebenar Nurul Faezah Elai, 40, kedua anaknya yang gemar membuat video review ala-ala Youtuber meminta ibunya memuat naik video tersebut di TikTok kerana mereka tiada sebarang akaun media sosial.

IKLAN

Jadi untuk tidak menghampakan permintaan anaknya Faezah telah berkongsi video tersebut.

Video ni amik masa kami kt Aloq Setaq shoot drama

so depa ni dok kt hotel.. Pi beli toys kt depa so depa tk kacau mommy nk shooting..

Bila dh beli depa kalut nk buat review toys ala2 YouTuber.. paihtu habaq pulak suruh boh dlm TikTok sbb depa tkdak media social.. ehhhh kalut aihhh!! Dh la toys tu beli duit sendiri dok kena buat review pulak.. Citt!!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by faezahelai (@faezahelai)

IKLAN

Nyata gelagat kedua beradik tersebut mencuri hati ramai pengikut Faezah. Malahan ada yang berpendapat mereka berbakat menjadi pengacara rancangan kanak-kanak.

“Berhabuknya Speaking” Ramai Kagum Dengar Slang English Anak-Anak Faezah Elai!

“Berhabuknya Speaking” Ramai Kagum Dengar Slang English Anak-Anak Faezah Elai!

“Berhabuknya Speaking” Ramai Kagum Dengar Slang English Anak-Anak Faezah Elai!

“Berhabuknya Speaking” Ramai Kagum Dengar Slang English Anak-Anak Faezah Elai!

IKLAN

Sebelum ini Faezah pernah memberitahu anaknya memang lebih gemar bertutur Bahasa Inggeris sejak usia kecil lagi.

Selain fasih menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, Dealova Heyrinna, 9, juga fasih berbahasa Mandarin yang dipelajari dalam kelas secara online.

“Berhabuknya Speaking” Ramai Kagum Dengar Slang English Anak-Anak Faezah Elai!

Untuk rekod, Faezah Elai yang mendirikan rumah tangga dengan Pengarah drama Heykal pada 9 September 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan Dealova Heyrinna, 9,  dan Aurora Heyrinn, 6 tahun.

Sumber: Faezah Elai

Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini

https://youtu.be/ndjIJQR6XoA