Menjadi seorang isteri dan ibu adalah tanggungjawab yang begitu mencabar. Setiap saat menguruskan rumahtangga. Bagi yang bekerjaya, apabila balik ke rumah terus masuk ke dapur masak dan kemas apa yang patut. Memang penat, tetapi itulah rutin harian.
Namun, kebahagian berumahtangga akan lebih manis apabila sang suami turut membantu menguruskan bersama-sama. Jangalah ibu-ibu mahu lakukan semua tanpa bantuan suami. Minta suami membantu sama. Berhentilah menjadi isteri dan ibu yang sempurna demi kebahagiaan.
Begitulah perkongsian ikhlas seorang ibu dan isteri di laman facebooknya Najibah Mustaffa. Moga kita menjadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak.
Keluarga bahagia
BERHENTI JADI ISTERI DAN IBU SEMPURNA, JADILAH BAHAGIA
Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.
Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.
Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.
Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.
Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.
Ads
Penat.
Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.
Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.
Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.
Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.
Ads
Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.
Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.
Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.
Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.
Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.
Ads
Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.
Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.
Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama lama di tikar sejadah, mahu tadabbur alquran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat yang menggembirakan.
Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.
Kita pilih untuk bahagia dulu.
Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.
Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia. ???
Najibah Mustaffa Catatan sementara tidurkan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Alasan penat kerja bukanlah satu cara untuk elak membantu isteri, sebaliknya para suami cuba bantu yang mana mampu. Sama-sama menolong maka hubungan itu jadi lebih erat dan mesra. Isteri rasa dihargai dan suami juga akan semakin memahami.
Kalau ada kesilapan, jangan terus menuduh atau marah-marah. Sebaliknya fikir terlebih dahulu tindakan tersebut.
Ikuti perkongsian dari saudara Mohd Fhais mengenai kenapa kita tidak seharusnya memarahi isteri sekiranya mereka melakukan kesilapan
Jadi wanita tak semudah yang kita fikir. Mentang-mentang memori wanita ni besar kita ingat dia boleh ingat semua perkara. Cemerkap mereka bukan sengaja di buat tau, ia tak sengaja dan tak boleh di bendung.
Sebelum baca perkongsian Tuan Aiman Amri, terapis psikologi, saya selalu rasa cemerkap isteri sangat menjengkelkan. Paip air lupa tutup, bag lupa zip, pintu kereta tak tutup, dan perkara remeh temeh yang lain.
Pernah juga sekali tercakap CUAI !
Menyesal pulak cakap macam tu. Bila di fikir-fikir balik kata-kata tuan aiman, sebenarnya saya lah punca isteri jadi cuai.
Dia jadi macam tu sebab saya biarkan dia fikir segala tugas di rumah seorang diri. Saya biarkan beban mengurus anak-anak daripada makan, susu, pakaian sehingga anak tidur di bahu dia seorang.
Saya buat silap sebab tak bantu meringankan beban fikiran dia !
Bila isteri minta pendapat saya abaikan, isteri tanya saya jawab asal boleh,
“Abg hari ni nak makan apa?”, Saya mesti jawab ikut syglah nak makan apa.
“Abg, nanti sekolah rania ada buat jamuan makan, kita nak bagi sumbangan apa?”, Saya jawab senang je, syg bagi je apa-apa.
Akibat dari jawapan acuh tak acuh ini, 200 juta sel corpus callosum iaitu tisu yang menyambungkan otak kiri dan kanan isteri menjadi semakin ligat bergerak laju dari kiri ke kanan.
Selagi tak makan selagi itu otak dia ligat berfikir. Nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa.
Cuba sebut laju-laju guna mulut, macam tu lah yang berlaku di otak mereka, tapi 10 kali ganda lebih laju. Mesti memenatkan !
Bila dah penat faham-faham je lah. Mudah terlupa, mudah buat silap. Tak produktif dan sangat perlukan rehat.
Sebab itu kalau kita perasan, isteri kat rumah kalau nak berehat mereka mesti tidur. Sedangkan kita orang lelaki tengok tv pun dah cukup memadai untuk berehat. Isteri kita tak boleh, selagi minda tak ditidurkan selagi itu mereka tak berehat.
Uish.. memang penat kalau dapat otak macam wanita ni.
Tuan tuan, Lepas ni kalau nampak isteri kelam kabut atau cemerkap tu jangan terus marah atau merungut, bawa bertenang.
Kita memang nampak silap mereka tu macam remeh sangat tapi sebenarnya dalam fikiran mereka ada berpuluh perkara serius yang mereka fikir serentak.
Anak 2 hari tak berak, tidur malam meragam, perut kembung. Itu semua isteri yang fikir.
Percayalah setiap kali kita balik rumah tengok keadaan semua terkawal dan tenang itu ada 1001 cerita yang kita tak tahu.
Jadi kalau nak hidup kekal tenang dan tenteram kurangkan komplen hal-hal remeh ni. Bantu lagi bagus.
Daripada ringan mulut baik ringan tulang tolong isteri tu.
Pelakon bertubuh kecil yang cukup berbakat ini baru sahaja menimang cahaya mata kedua baru-baru ini. Dikurniakan anak perempuan, Nad Zainal atau mesra disapa Nanad serta suami menamakan anak mereka Budi Kalsom.
Nanad rajin berkongsi kisah keluarga dan aktiviti seni menerusi laman instagramnya. Termasuklah juga gambar dan video gelagat anak sulungnya Yem sebelum ini. Namun, jarang sekali pelakon wanita terbaik ini berkongsikan wajah ibu bapanya menerusi media sosial.
Untuk pengetahuan peminat Nanad, dia merupakan anak tunggal dalam keluarga.
Terbaru, Nanad memuat naik sekeping gambar anaknya Yem yang nampak cerita dan gembira di samping atuk dan neneknya yang memangku si kecil Budi Kalsom.
Menerusi gambar tersebut, Nanad berseloroh meminta ayahnya bertabah kerana tangan Yem menutupi wajahnya.
“Mohon Tok Pa Bertabah.”
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Rata-rata memuji wajah ibu Nanad yang nampak mudah. Bahkan ramai yang mengatakan wajah Nanad saling tidak tumpah seperti wajah ibunya.
Patutlah Nanad cantik, dia mewarisi kecantikan itu daripada ibunya. Dengan kulit crah serta senyuman manis sebiji muka Nanad. Itu antara pujian yang diberikan oleh warga maya kepada ibu Nanad.
thechellaaaa Mama u muka sebiji muka nanad.. Nanad mmg copy muka mama la
Kala ini ramai dikalangan kita teruja untuk melakukan aktiviti berlibur bersama keluarga.
Ada yang memilih bercuti menginap di hotel dan ada juga ke kawasan air terjun dan sungai atau ke pantai.
Namun apa juga aktiviti riadah bersama keluarga, jangan sekali culas menjaga keselamatan ahli keluarga.
Sebagaimana perkongsian seorang lelaki ini menerusi facebooknya, Jebat May Kamarul II , berkongsi kisah benar bagaimana dia bersama seorang lelaki lain menyelamatkan dua orang kanak-kanak yang hampir lemas di kawasan air terjun.
Paling menyedihkan, ibu bapa kanak-kanak berkenaan dikatakan tidak menyedari situasi cemas itu yang hampir meragut nyawa anaknya.
Bahkan, orang ramai yang berada di kawasan sekitar kawasan itu yang dikatakan asyik menikmati panorama dikawasan air terjun.
Bukan untuk menunding jari salah siapa, apa yang pasti, jadikan perkongsian ini sebagai iktibar agar sentiasa berwaspada, sebelum nasi menjadi bubur.
Nyawa dihujung tanduk
Ada sikit pesanan utk ibu bapa yg bawa anak mandi waterfall xkirala waterfall mana sekali pun.
Diakui, waterfall tu mmg menyajikan view yg cantik. Sudah semestinya kita akan nak ambik seberapa byk gambar yg boleh.
Akan tetapi, sesuatu yg perlu kita ingat. Ingat betul2 sampai MATI!
Anak2 akan mudah tertarik utk mandi. Xkirala tgh selfie ke atau tgk blue sekali pun, bila kaki anak cecah je gigi air, temankan. Jgn biar mereka mandi sendirian.
Kisah benar selamatkan dua beradik hampir lemas
Saya cakap ni sebab baru jap tadi saya dengan seorang brother ni menyelamatkan dua beradik yg hampir lemas di Lata Iskandar. Dua2 dah tenggelam dan apa yg menyedihkan, MAK BAPAK BEBUDAK NI SIBUK BERGAMBAR BERSELFIE BAGAI!
LEBIH MENDUKACITAKAN, LEBIH 30 ORG ADA DI KAWASAN WATERFALL TU TP SORG PUN X TURUN. SEMUA SIBUK BERGAMBAR.
Ni lah tanda akhir zaman. Anak sedang bertarung nyawa tenggelam timbul, mak bapak budak2 dgn dkt2 30 org di gigi air lebih syok bergambar berselfie bagai
Ptt la ada budak mati lemas tanpa disedari sesiapa. Semua sibuk dgn telefon. Tu xda line. Bygkan ada line. Berapa ramai nak update insta story, fb status dan sbginya.
Agak2 ya budak2 ni lahir menerusi download dr medsoc kot. Tu yg tak kisah kalau lemas ke apa.
P/s kawasan yg saya bulat tulah tempat kejadian. Jangan katakan budak, saya pun tenggelam habis di kawasan tu