Mendidik anak sememangnya perlukan kesabaran. Namun mendidik anak juga perlukan ilmu yang tepat dalam mendidik.
Menegur anak misalnya perlukan cara yang bersesuaian dengan umur anak supaya arahan lebih senang diterima anak-anak. Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim. Ikuti perkongsian beliau.
Ajar common sense, lepas sepah suruh kemas. Haih, bukan tak nak ajar tapi belum sampai waktunya.
Meh saya kongsi sikit kenapa nak mendidik anak ni ada fasa fasa dia, tak boleh gelojoh semua nak ajar daripada kecik.
Ads
1. Ajak
Fasa mengajak. Kanak-kanak ribena, belum masuk fasa mumayyiz, akal pun tak ada lagi. Bukan tak boleh ajar tapi dia tak faham & tak ready.
Sebaiknya masa ni kita banyak mengajak dia mengemas. Meh kemas sama-sama. Meh tolong ibu kemas, meh susun balik mainan ni.
Ads
2. Ajar
Fasa mengajar kena ada hemah & hikmah. Mula usia 5 tahun anak dah mula ada akal rasional sikit, boleh dah ajar life skils kemas kemas ni.
Mainan ni lepas main kena kemas, supaya tak hilang, kang ayah terpijak rosak pulak nanti.. contoh dialog dengan anak.
Ads
3. Arah
Dah tunjuk contoh. Dah ajar secara rasional. Baru la masuk fasa kita nak bertegas. Seeloknya selepas anak dah mumayyiz la ya.
Lebih baik, buat house rules. Latih anak ikut peraturan, bukan kemas mainan sahaja tapi ada house chores tertentu yang memang anak perlu buat setiap hari. Kemas mengemas ni remeh je tapi common sense & kemahiran hidup itu paling utama.
Tak apa la sepah sikit sikit apa ada hal. Terlajak sepah, boleh kemas lagi. Tapi terlajak kata-kata tak elok, eh boleh merentan tak sudah nanti.
Wallahuallam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah cepat lupa adalah yang kerap diadu oleh kebanyakan wanita selepas melahirkan anak.
Adakah ia perkara yang normal? Rata-rata ibu mengakui selepas melahirkan anak mereka mengalami simptom mudah lupa.
Ada yang membuat persepsi kemungkinan salah satu urat terputus semasa proses melahirkan anak membuatkan mereka mudah lupa. Benarkah?
Menurut Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr Maiza Tusimin, wanita selepas bersalin mengalami pelbagai perubahan fizikal dan mental yang meletakkan ibu berisiko mengalami gangguan emosi dan mental yang teruk.
“Fasa selepas bersalin dikaitkan dengan peningkatan risiko kemerosotan kognitif, terutamanya ingatan yang lemah atau cepat lupa, kealpaan dan kesukaran menumpukan perhatian.
Perubahan tahap hormon seperti paras estrogen, progesteron, dan glukokortikoid secara mendadak sebaik sahaja melahirkan menyumbang kepada kemerosotan fungsi kognitif semasa tempoh berpantang. Namun begitu, ianya bersifat sementara,” demikian jelas Dr Maiza.
Jika menurut penjelasan Dr Maiza, simptom pelupa itu disebabkan perubahan hormon dan bersifat sementara sahaja, jadi ibu tak perlu terlalu risau memikirkannya.
Mungkin juga disebabkan terlalu fokus memikirkan penjagaan bayi baharu lahir dan keletihan akibat kurang tidur membuatkan ibu cepat lupa banyak hal lain.
Justeru itu ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan diperbaiki supaya ibu boleh mengurangkan masalah cepat lupa.
1. Tidur berkualiti
Kurang tidur kerana menguruskan bayi boleh membuatkan ibu lagi cepat lupa banyak perkara. Cuba bergilir dengan suami dalam bab menguruskan si comel supaya ibu boleh berehat dan tidur dengan cukup (walaupun sebenarnya tak boleh cukup pun).
2. Mengambil makanan sihat
Sentiasa amalkan pemakanan yang sihat dan baik untuk otak supaya membantu menguatkan daya ingatan ibu. Sumber makanan tersebut seperti ikan salmon, telur, tauhu, teh hijau, blueberry, brokoli dan lain-lain lagi yang berkhasiat.
3. Rancang aktiviti harian yang penting
Selepas bergelar ibu, anda akan mempunyai rutin baru menguruskan si kecil selain rumah tangga dan kerjaya (jika bekerja). Untuk memastikan semua itu tidak menjadi bebanan dan sukar memberi tumpuan, buatlah senarai keutamaan tugas-tugas harian supaya memudahkan pengurusan rutin ibu.
4. Belajar menerima perubahan baru selepas bergelar ibu
Kehadiran bayi benar-benar mengubah kehidupan seorang ibu dan ayah serta ahli keluarga lain. Ibu kena belajar menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai ibu yang pastinya berbeza dengan situasi sebelum mengandung dan melahirkan anak dulu.
Adakalanya perubahan ini akan membuatkan sesetengah ibu berasa keliru, murung dan kehilangan fokus. Bertenang dan terima dengan reda tanggungjawab baru tanpa rasa sedih atau marah.
Dengan adanya persekitaran yang positif ibu pasti dapat melalui cabaran baru dengan gembira.
Baru-baru ini aktress dan pengacara terkenal Nabila Huda turut berkongsi masalah pelupa yang dialaminya menjadi semakin teruk.
Walaupun bukan baharu melahirkan anak tetapi pelakon berbakat besar yang mesra disapa Abil, 38, telah meminta tips di Instagram Story bagi mengatasi masalah yang dihadapi itu.
Menurut Abil, dia bimbang sekiranya perkara itu berlarutan, ia boleh mengganggu karier lakonannya.
“Saya rasa otak saya dah rosak la. Sekarang jadi susah nak ingat..cepat lupa. Letak phone tak ingat, nak cakap apa lupa. Makin teruk.
“Nak makan kismis dah terlambat pula. Anda tahu tak apa supplement yang bagus untuk pulihkan otak dan ingatan?
“Nampak macam main-main tapi saya serius ni…saya takut kalau saya cepat lupa, saya dah tak boleh ingat skrip atau dialog. Musnahlah karierku..tolong saya”
Selepas berkongsi masalahnya di Insta Story, ramai pengikut Abil berkongsi tip pemakanan untuk membantu menguatkan kembali ingatan.
Abil kemudiannya berkongsi tip-tip berguna yang diberikan pengikutnya supaya peminat-peminat lain turut boleh membuat amalan tersebut juga.
Menurut Abil, selepas ini dia akan cuba mengamalkan makan buah zaitun, fig dan kurma serta minum segelas air zam-zam setiap kali selepas bangun tidur.
“Maka saya pun dah muktamad pilih apa yang terbaik untuk diri saya dan anda boleh cuba juga kalau ada masalah yang sama,” tulisnya.
Tak salah kalau ibu-ibu lepas bersalin yang mengalami masalah cepat lupa macam Abil boleh juga amalkan makan makanan sunnah tersebut di samping berusaha berdoa mohon kepada Allah supaya sentiasa permudah urusan seharian sebagai ibu.
Sumber: IG Story kupu_kupu dan Dr Maiza Tusimin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang dah ada air fryer di rumah gara-gara terpengaruh dengan rancangan jualan di siaran tv. Walau macam mana pun, masih ramai yang buat 4 kesalahan ini.
Bila dah tahu cara salah guna, jadi lepas ni dapatlah guna alatan masak ini dengan cara yang betul.
Kenal pasti kesalahan guna Air Fryer ini seperti berikut.
_____________________________________
Saya sendiri pun sama. Separuh daripada kesalahan yang saya senaraikan di bawah ini juga kesalahan yang saya baru tahu ianya salah.
1. Isi terlalu penuh Memanglah banyak air fryer yang ada kapasiti yang agak besar sampai boleh sumbat seekor ayam saiz besar tapi jangan sampai segalanya disumbat sampaikan tak ada ruang udara. Bila air fryer diisi terlalu penuh, boleh jadi lauk yang dimasak jadi kurang masak. Jangan tak tahu, kesalahan sama ini boleh juga jadi punca air fryer mudah rosak.
2. Tak panaskan terlebih dulu Air fryer ini sebenarnya lebih kurang macam oven. Bahasa bakunya, ketuhar. Perlu dipanaskan terlebih dulu sebelum penggunaan. Jika air fryer ambil masa 5 minit untuk panas dan kita tetapkan 10 minit untuk goreng ayam, bermakna ayam hanya digoreng tanpa minyak selama 5 minit.
Aduhhh. Bila kurang masak ni timbullah macam-macam penyakit seperti keracunan makanan dan listeria. Lebih parah lagi kalau bau ayam mentah yang kurang menyenangkan dan menyebabkan muntah. Tak pasal-pasal pula mak mertua ingat kita mengandung pula, ha sudah.
3. Tak membalikkan makanan Walaupun air fryer ini bijak, tapi fungsinya sama saja dengan minyak. Lauk mentah yang dimasukkan perlu dibalikkan juga. Barulah ayam yang kita goreng tadi tak garing sebelah bahagian saja.
4. Tak digunakan sebagai pemanggang Macam yang dikatakan tadi, fungsinya sama saja macam ketuhar. Boleh digunakan untuk memanggang juga dan bukan menggoreng semata-mata.
Jangan tak tahu kalau nak guna air fryer buat kek cawan pun boleh tau! Saya dah cuba, hehe.
Memiliki anak adalah impian setiap pasangan suami isteri, ada yang mahu sedikit tak kurang yang suka anak ramai.
Biar berapa pun bilangan anak, yang penting kehadiran mereka mengeratkan lagi kasih sayang dan menyemarakkan lagi ikatan perkahwinan.
Baru-baru ini viral perkongsian seorang wanita yang berkongsi gambar raya keluarga besarnya dari tahun 2018 sehingga sekarang. Semuanya gara-gara memiliki anak yang ramai.
Mana tidaknya, setiap tahun pasangan ini dikurniakan anak. Bahkan, mereka turut berseloroh kononnya kena menaiki lori untuk tahun ini gara-gara anak ramai.
Menurut wanita ini, keluarga mereka awalnya masih mampu menaiki motorsikal beramai-ramai. Tetapi dengan bertambahnya bilangan anak, akhirnya pada 2020 tidak lagi mampu berbuat demikian.
Apa yang melucukan, timbul idea dari si ayah untuk menaiki lori bagi menampung bilangan anaknya yang seramai 7 orang.
Menurut Puan Yati, walaupun memiliki anak ramai dan masih kecil, namun setakat ini dia dan suami tiada sebarang masalah dalam menguruskan tujuh anak mereka.
Begitu pun, dia tidak menafikan berhadapsn dengan pelbagai gelagat dan karenah anak-anak.
“Alhamdulillah setakat ini mudah je nak handle semua anak-anak. Saya dah bagi tugasan khas untuk tiap seorang.. Bab jaga adik, bergilir-gilir.
“Kalau saya keluar berdua dengan suami pun, 4 yang besar akan jaga 3 yang lain.
“Macam tugas mandikan adik, buat susu adik, suap adik makan, bergilir2.. Macam pagi kakak dah buat susu adik, tengahari saya minta abang dia pulak buat. Tak nak nanti kakak rasa asyik dia je yang buat. ” ujar Yati lagi sambil memberitahu pakaian raya untuk anak-anaknya adalah atas pilihannya sendiri.
Rata-rata warganet yang membaca perkongsian tersebut terhibur. Tak kurang yang memuji sambutan raya pasti lebih meriah dengan gelagat anak-anak itu.