Ramai yang dah ada air fryer di rumah gara-gara terpengaruh dengan rancangan jualan di siaran tv. Walau macam mana pun, masih ramai yang buat 4 kesalahan ini.

Bila dah tahu cara salah guna, jadi lepas ni dapatlah guna alatan masak ini dengan cara yang betul.

Kenal pasti kesalahan guna Air Fryer ini seperti berikut.

_____________________________________

Saya sendiri pun sama. Separuh daripada kesalahan yang saya senaraikan di bawah ini juga kesalahan yang saya baru tahu ianya salah. 

IKLAN

Patutlah Bila Guna Air Fryer Lauk Macam Tak Masak, Rupanya Salah Teknik. Wanita Ini Kongsi Cara Yang Betul Guna Alatan Masak Ini.

1. Isi terlalu penuh
Memanglah banyak air fryer yang ada kapasiti yang agak besar sampai boleh sumbat seekor ayam saiz besar tapi jangan sampai segalanya disumbat sampaikan tak ada ruang udara.
Bila air fryer diisi terlalu penuh, boleh jadi lauk yang dimasak jadi kurang masak. Jangan tak tahu, kesalahan sama ini boleh juga jadi punca air fryer mudah rosak.

2. Tak panaskan terlebih dulu
Air fryer ini sebenarnya lebih kurang macam oven. Bahasa bakunya, ketuhar. Perlu dipanaskan terlebih dulu sebelum penggunaan.
Jika air fryer ambil masa 5 minit untuk panas dan kita tetapkan 10 minit untuk goreng ayam, bermakna ayam hanya digoreng tanpa minyak selama 5 minit.

IKLAN

Aduhhh. Bila kurang masak ni timbullah macam-macam penyakit seperti keracunan makanan dan listeria.
Lebih parah lagi kalau bau ayam mentah yang kurang menyenangkan dan menyebabkan muntah. Tak pasal-pasal pula mak mertua ingat kita mengandung pula, ha sudah.

3. Tak membalikkan makanan
Walaupun air fryer ini bijak, tapi fungsinya sama saja dengan minyak. Lauk mentah yang dimasukkan perlu dibalikkan juga.
Barulah ayam yang kita goreng tadi tak garing sebelah bahagian saja.

IKLAN

4. Tak digunakan sebagai pemanggang
Macam yang dikatakan tadi, fungsinya sama saja macam ketuhar. Boleh digunakan untuk memanggang juga dan bukan menggoreng semata-mata.

Jangan tak tahu kalau nak guna air fryer buat kek cawan pun boleh tau! Saya dah cuba, hehe.

Belian menarik di sini

Sumber: Syahida Nasution

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI