Berjaya Tanam Cauliflower Di Balkoni Semenjak PKP 1.0, Wanita Ni Kongsi Tipnya Untuk Biginner!

Share

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengisi masa yang ada sepanjang menjalani tempoh PKP ini agar tidak bosan berada di rumah.

Bercucuk tanam di laman rumah umpamanya, apabila dijadikan hobi bukan sahaja masa yang ada dimanfaatkan malah tidak dinafikan bercucuk tanam juga dapat menghiburkan hati bila melihat tanaman yang subur menghijau.

Begitulah yang dirasai oleh Pauline Choi apabila mula menanam pokok cauliflower di balkoni rumahnya ketika perlaksanaan PKP terdahulu.

Dan berkongsi pengalaman menanam pokok bunga kobis dari menyemai hinggalah menuai hasilnya, semoga ianya bermanfaat untuk yang baru ingin mencuba bercucuk tanam.


Masa PKP berserta Darurat ini bercucuk tanam dapat rasa bahagia. Saya tanam pokok cauliflower di balkoni bilik tidur saya. Pagi-pagi bangun, ikat tirai dan nampak pokok-pokok,hati gembira dan senyum. Cantiknya kamu, pujian dari saya.

Pokok cauliflower senang hidup. Yang penting tanah mesti peroi dan cukup baja, air dan cahaya.

Zaman dahulu darurat orang makan ubi kayu tapi sekarang kita masih boleh buat apa saja yang kita suka.

Ini yang saya lakukan ;
1. Semai benih. Dua minggu dah boleh ubah ke dalam pasu. Awalnya isi tanah suku je seperti photo.

2. Bila pokok mula tinggi masukkan tanah sampai tutup batagnya.

3. Tanah di masukkan ke dalam pasu mengikut ketinggian pokok. Jadi pokok tak lah tinggi.

4. Sebulan sekali masuk baja dalam poket baja dan cucuk dlm pasu.

Awalnya saya guna baja daun(hijau) selepas 6 bula  guna baja bunga(pink). Setiap pagi siram dengan air.

5. Lama menunggu. 9 ke 10 bln boleh tuai bunganya.

Sumber : Pauline Choi

IKLAN