Menyentuh tentang MC atau surat sakit untuk anak-anak, jangan tidak percaya ada sahaja kisah disebaliknya. Dan hal ini dikongsikan panjang lebar oleh doktor ini.
Ada macam-macam kes dan alasan yang tersendiri. Sama-sama kita ambil pengajarannya agar dalam hal mc ini juga dalam tidak sedar kita sebagai ibu ayah sedang mendidik dan membentuk pemikiran generasi akan datang.
Jom baca perkongsian penuh doktor ini.
Sebelum saya mula, saya nak mohon maaf dahulu kepada pihak yang saya nak tegur, iaitu ibubapa pelajar, dan pihak sekolah. Tiada niat selain mahukan yang terbaik untuk pada pelajar.
Beberapa tahun kebelakangan ini, saya lihat pihak sekolah semakin tegas dalam memastikan para pelajar hadir ke sekolah. Itu perkara yang saya harus puji. Kita perlukan ketegasan untuk mendidik.
Saya dikhabarkan oleh kebanyakan ibu bapa pelajar, bahawa pihak sekolah akan pohon penjelasan daripada ibubapa pelajar sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah.
Jika sakit, perlu beri bukti cuti sakit daripada doktor. Jika ada urusan keluarga seperti kematian, kelahiran, atau keuzuran ahli keluarga, ibubapa perlu kemukakan surat rasmi sebagai dokumentasi.
Saya sebagai doktor, ada perkara saya perlu beritahu. Jujur saya katakan, ramai ibubapa bawa anak datang ke klinik dan paksa doktor beri cuti sakit pada anak, sedangkan anak tu tak sakit.
Ads
Pelajar itu tak hadir ke sekolah kerana ikut keluarga bercuti, ada kerana tak sempat pulang dari kampung kerana jalan raya sesak, ada kerana kenderaan rosak, ada juga kerana kerja sekolah tak siap.
Saya enggan beri cuti sakit, tetapi ibubapa seboleh-boleh merayu, memujuk, memaksa, malah yang sampai mengugut saya, demi untuk dapatkan juga cuti sakit anaknya tak sakit itu.
Lebih sukar bagi saya jika ibubapa itu meminta sijil cuti sakit untuk anaknya, dengan tarikh yang lebih awal daripada hari mereka ke klinik. Kadang-kadang tarikh dua hari awal.
Kenapa saya sibuk nak ketengahkan perkara ini?
Begini. Perilaku ibubapa tadi dilihat oleh si anak. Dia lihat ibubapa dia paksa doktor beri sijil cuti sakit, tawar duit untuk sijil cuti sakit, cuba tipu tarikh pemberian sijil cuti sakit.
Bila pelajar ini dewasa nanti, pastinya sebahagian besar mereka akan rasa amalan ini adalah amalan biasa. Sebahagian besar mereka akan praktikkan juga amalan ni bila mereka dah bekerja kelak.
Ads
Andai saya tolak permintaan ibubapa ni, mereka akan kata pihak sekolah yang minta sijil cuti sakit, dan kalau tak dapat kemukakan, markah terkumpul(carry over) pelajar akan di tolak, atau pelajar akan didenda.
Terus terang, saya tak pasti sama ada dakwaan ibubapa itu benar atau tidak, tapi ramai ibubapa yang mengatakan perkara yang sama. Ramai dakwa, tak semestinya ia benar.
Gambar hiasan
Sungguhpun begitu, jika ia benar, saya rasa ia ketegasan yang agak berlebihan. Jika keuzuran ringan, dan pelajar tidak hadir satu hari, pada pendapat saya, cukuplah surat makluman daripada ibubapa.
Ketegasan berlebihan begini, pada hemat saya tidak mendatangkan hasil yang baik. Jika pelajar tak ke sekolah atas apa-apa sebab, mereka akan minta ibubapa dapatkan cuti sakit.
Akhirnya, ponteng kelas membawa kepada, sikap manipulatif, pemalsuan keuzuran dan sijil cuti sakit, dan inokulasi perilaku-perilaku negatif lain seperti telah dinyatakan awal tadi.
Ads
Kita(semua pihak, termasuk saya, ibubapa, dan pihak sekolah) perlu sama-sama perlu faham bahawa pelajar tidak ke sekolah bukan hanya atas faktor kesihatan semata-mata.
Jika tidak hadir ke sekolah bukan atas faktor kesihatan, ibubapa tak perlu kemukan sijil cuti sakit. Tulis saja surat penjelasan kepada sekolah. Kalau cuti yang dirancang, hantar permohonan cuti awal-awal.
Saya percaya, jika alasan dan tempoh cuti dalam permohonan itu munasabah, maka pihak sekolah tidak akan mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan.
Di alam pekerjaan nanti, ini juga prosedurnya. Pupuklah amalan ini dari bangku persekolahan lagi. Cadangan saya, lagi elok jika surat mohon cuti itu ditulis oleh pelajar, dan disahkan oleh ibubapa.
Jika memang pelajar tak hadir ke sekolah tanpa sebab yang kukuh, maka ibubapa tak perlu cuba melindungi kesalahan itu. Ajarlah mereka bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri.
Sebelum tamatkan omelan ini, saya mohon maaf sekali lagi daripada pihak-pihak yang terlibat andainya ada hal yang ditulis ini tidak tepat. Saya terbuka untuk diperbetulkan.
Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata tarkala melihat anak menderita sakit. Sebelum itu dia berlari riang, bermain tanpa sebarang sakit. Dalam sekelip mata segalanya berubah.
Tambah memilukan apabila doktor mendapati terdapat ketumbuhan di bahagian kepala hadapan dan belakang bola mata anak kecil itu.
Inilah yang dikongsikan oleh Nursasabila Kamarulzaman, ibu kepada Muhammad Iman aal Khausar. Hanya kerana terhantuk biasa rupanya melarat dan doktor mengesahkan ada pendarahan dalam otak anaknya.
“Muhammad iman al khausar bin ismail” seorg kanak2 yg sgt riang dan petah berkata-kata..Namun ketentuan Allah sudah tertulis,mama dan papa redho akan ujian allah ini.
Kami terima ujian ini dan percaya ada hikmah disebalik dugaan yg diberi..pada mulanya iman hanya terantuk biasa sahaja..iman bukan jatuh di tmpat yg tinggi atau terantuk yg mnyebabkan dia cedera luka.
Hanya terantuk di kerusi dan benjol biasa shj..kami membawa iman ke hospital utk periksa keadaan kepala iman..selepas ujian xray dibuat..kputusan xray mnunjukkn mmg ad kesan benjol tp tiada kesan retak atau kecederaan serius.
Kami pulang ke rumah dgn hati tenang..selps smggu iman demam on off..kami bawa iman ke klnik swasta biasa utk ambil antibiotik..seminggu iman ambil antibiotik iman masih lagi demam on off…
Jadi kami ambik kptusan utk bawa iman ke hospital smula untuk follow up kes iman jatuh tu..kpla iman pun naik benjol besar sikit dari mula2 dia benjol..sampai di hospital hsnz kuala terengganu iman terus dibawa ke bhgian kecemasan dan diletakkan di zon kuning..
Selepas diperiksa darah hb iman rendah dan ct scan dibuat..hantukan yg dialami iman terkena betul2 di saraf darah di kepala nya..hasil ct scan iman menunjukkan mmg ad pendrahan di dlm kpla iman..
Luluh dan remuk hati mama mendengar ape yg pihak hospital katakan..iman terus dimasukkan ke wad dan bntuan darah diberikan..semasa di wad doktor ad memanggil kami untuk memaklumkan hasil ct scan yg dibuat tu juga ad dijumpai ketumbuhan di kpla bhgian hadapan dn dilbkg bola mata iman..
Ketumbuhan itu terjadi dr kelenjar yg aktif dan semakin teruk bila iman demam dan darah dijagkiti kuman..seminggu iman di wad diberi antibiotik utk mmbunuh kuman yg ad…tapi iman tetap demam..jadi pada hari ini iman disarankan untuk ambik sum-sum tulang belakang..
Tujuannya diambil untuk mengenalpasti jenis kuman dan penyakit yg dialami iman..kami akn menunggu keputusan dr pihak hospital ats ujian sum-sum tulang iman..
Mama dan papa berharap agar keputusan yg diterima adlah keputusan yg mengembirakan dan iman akan dirawat dengan secepatnya…
Mohon sahabat2 doakan agar iman dapat sembuh sepenuhnya dan segala urusan untuk merawatnya dipermudahkan oleh NYA..aaminnn3.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melipat pakaian pun ramai yang berat tulang untuk melakukannya inikan pula bila terlihat timbunan cadar jenis patchwork yang tebal dan besar saiznya. Makin pening kepala rasanya nak pastikan cadar tersebut dapat dilipat dan segera boleh disimpan di dalam almari. Kalau dibiarkan makin lama, makin berserabut rumah jadinya.
Selain itu, satu lagi masalah yang sering kita hadapi berkenaan mengurus cadar ini adalah selalu sangat ‘terhilang’ set sarung bantalnya. Entah di mana kita simpan selepas dicuci dan bila hendak diguna kembali set cadar tersebut, puaslah mencari set sarung bantalnya pula.
Mungkinkah cara ada cara yang lebih sistematik boleh kita praktikkan untuk atasi semua masalah ini dengan mudah?
Ya sememangnya adalah! Umpamanya boleh follow teknik yang dikongsikan oleh Puan Muhaszlina Sanip yang cukup praktikal ini. Bukan sahaja cadar dan sarung bantal elok tersimpan malah nampak cukup kemas dan terlihat sebaris dan sama saiz sahaja bila ditempatkan di dalam almari.
Nak tahu lanjut bagaimana teknik melipat cadar patchwork seperti ini, jom baca perkongsian detail di bawah ini.
Harini akak nak share cara akak lipat cadar patchwork. Dah suka pakai cadar macam ni, kenalah pandai lipat dan susun juga kan. Caption kat gambar. Ni cara akak tau. Cara lain pun boleh. No right or wrong. Terpulang pada “skill” mengemas masing-masing. Akak share kat sini ya. Untuk korang yang mungkin tercari-cari cara yang praktikal untuk mengemas cadar macam ni. Sharing is caring. Selamat mencuba
STEP 1 : Lipat dua
STEP 2 : Lipat lagi dua
STEP 3 : Lipat macam ni.
STEP 4 : Kemudian macam ni. Bahagian atas tu besar sikit ya daripada bahagian bawah. Bahagian atas, 2 bahagian. Bawah tu 1 bahagian.
STEP 5 : Letakkan sarung bantal kat dalam bahagian atas.
STEP6 : Akak “terbalikkan” sarung bantal tu supaya korang nampak. Hehe.
STEP7 : Sarung bantal biarkan dalam tu supaya tak “hilang”
STEP 8: Kemudian selitkan bahagian yang ada sarung bantal tu ke dalam lipatan bawah. Kemaskan.
Pasca banjir tentunya banyak perkara yang harus dilakukan termasuk membersihkan rumah. Ketika ini menghasilkan bau yang kurang menyenangkan sekitar rumah.
Selain membeli pewangi di pasaran sebenarnya, anda boleh menggunakan tumbuhan dari alam semulajadi mempunyai bau dan haruman tersendiri.
Begini 6 caranya, jom ikuti cara penyediaannya.
1.Wangian segar dan harum dari daun pudina, dengan cara ambil beberapa helai daun pudina dan rendam di dalam bekas berisi air. Letak di mana-mana sudut sama ada anda boleh letakkan di meja ruang tamu contohnya. Daun pudina ini mampu bertahan selama dua hingga tiga hari.
2. Cuba ambil beberapa helai daun pandan kemudian racik atau cincang halus bersama beberapa kuntum bunga-bungaan. Jadikan seperti pot pouri atau bunga rampai, hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh dua minggu.
Kemudian gantung atau letakkan di sudut rumah agar wangian daun pandan tersebut merebak ke seluruh rumah. Selain boleh mewangikan rumah, bau daun pandan juga amat dibenci oleh lipas.
3. Selain itu, kelopak bunga mawar diracik halus dan dicampur bersama daun pandan menjadi bunga rampai. Masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpourri semula jadi.
4. Serai wangi juga berupaya menghalau nyamuk dan serangga. Caranya ambil beberapa batang serai wangi dan buang sedikit daunnya, letak di dalam bekas yang panjang. Makin lama serai wangi ini akan mengeluarkan aroma makin kuat.
5. Belah limau nipis. limau purut atau kasturi kepada dua bahagian dan simpan di dalam peti sejuk untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan. Hirisan limau nipis atau kasturi juga boleh dicampur bersama sabun pencuci pinggan untuk aroma yang lebih menyegarkan. Ia juga handal untuk menghapuskan kotoran berminyak.
6.Kayu manis dan bunga cengkih bukan untuk buat masak sahaja. Ia juga boleh digunakan sebagai petua wangikan rumah. Caranya, ambik segenggam kulit kayu manis beserta bunga cengkih dan rebus sehingga mendidih. Apabila sejuk, gunakan air rebusan tersebut untuk mengemop lantai dan kabinet. Rempah ratus ini mempunyai haruman dan kesegaran tersendiri. Di samping wangikan rumah, duit pun jimat.