Pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak sebagaimana semua ketahui telah mengusahakan perniagaan air minuman dengan berniaga di tepi jalan untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
Baru-baru ini melalui perkongsian di media sosial, Amir, 33 tahun atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi memuat naik gambarnya sedang berurusan di kaunter PPZ. Wajahnya tersenyum gembira sebagai tanda syukur atas rezeki yang diperolehinya sepanjang tahun ini melalui perniagaan yang diusahakannya.
Menurutnya, dia bersyukur diatas rezeki yang dikurniakan sepanjang tahun 2022 ini dan berterima kasih kepada mereka yang telah menyokong perniagaan air jagungnya Amirreka HQ dan perniagaan bundle Amirreka Garment – Bundle Diver.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ads
“Tahun 2023 saya doakan agar saya dapat berkongsi rezeki lebih lagi supaya lebih ramai yang dapat manfaat, aamiin in shaa Allah.
“Air jagung in shaa Allah saya akan ‘start’ niaga balik awal 2023 sebab nak selesaikan beberapa hal dan nanti saya akan buka untuk ejen juga, apa-apa saya ‘update’ nanti. “Terima kasih semua,” tulisnya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata memberikan pujian dan turut meluahkan rasa bangga dengan Amir. Bahkan ramai juga yang terus mendoakan agar Amir berjaya di dalam perniagaan yang diusahakan dan sekali gus dimurahkan rezeki.
Dia orang yang paling sibuk berlari ke sana ke mari, membantu pelajar, mencari dan mencatat nama pelajar yang rebah, sesak nafas. Membantu mengangkat dan memapah pelajar ke van ambulans.
Namun semalam, tubuhnya kaku, senyap, di bilik ICU, HSI. Tiada sebarang respond walaupun berkali-kali dipanggil namanya. Allahuakbar, tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarganya terutama isteri dan anak-anak. Tonggak keluarga dan dahan tempat berpaut kini bertarung nyawa dek kerana musibah yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggung jawab.
Pemandu ambulans, Mohd Fariz Anuar, 44, dianggap hero selepas membantu menyelamatkan lebih 30 pelajar sekolah menengah dan murid sekolah rendah yang terhidu gas beracun metana Khamis lalu, kini terlantar di hospital.
Mangsa dimaklumkan tidak sedarkan diri selepas terhidu gas sama menyebabkan paru-parunya gagal berfungsi dengan sempurna.
Isterinya, Hanisah Alias, 45, berkata, kali terakhir dia berbual dengan suami menerusi telefon bimbit ketika Mohd Fariz dalam perjalanan ke sebuah sekolah di Pasir Gudang untuk membantu pelajar yang mengalami keracunan akibat gas itu pada jam 10 pagi Khamis lalu.
Menurutnya, Mohd Fariz memberitahu sibuk membantu mangsa dan memaklumkan akan menghubungi kembali pada tengah hari selepas selesai tugasan.
“Malangnya pada jam 2.30 petang, saya menerima panggilan daripada rakan sekerja suami memaklumkan Mohd Fariz dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat komplikasi kesihatan,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia dimaklumkan suami yang memandu ambulans ketika kejadian turut membantu ramai mangsa membabitkan murid dan pelajar yang pengsan akibat terhidu gas beracun itu.
“Difahamkan, dia memakai penutup hidung dan mulut ketika itu, namun kemungkinan terdedah lama kepada udara tercemar menyebabkan dia turut menjadi mangsa,” katanya yang tinggal di Taman Scientex, Masai di sini.
Hanisah berkata, akibat terhidu gas beracun itu, suaminya mengalami bengkak pada paru-paru selain masalah pada buah pinggangnya.
“Suami masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia turut menjalani dialisis buah pinggang bagi membersih dan menyingkir racun yang mengancam organ berkenaan.
“Ini kali pertama suami menghadapi masalah seumpama itu sepanjang bekerja. Saya reda dengan dugaan Allah SWT. Semoga Tuhan segera menyembuhkan penyakitnya,” katanya.
Menurutnya, suami yang dirawat di ICU mula sedarkan diri petang semalam dan menunjukkan perkembangan positif.
“Anak-anak dan saya masih memerlukannya. Dia bapa penyayang dan amat berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga atau ketika bekerja.
“Malah, kami bergantung kepadanya untuk membiayai pengajian dua anak berusia 19 dan 20 tahun di Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang selain dua lagi anak di tahun lima dan enam.
“Saya turut bekerja sebagai pembantu pembangunan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk membantu menambah pendapatan keluarga,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz mengesahkan seorang daripada mangsa keracunan gas yang juga pemandu ambulans masih dirawat di ICU dan keadaannya bertambah baik berbanding hari pertama kejadian.
“Alhamdulillah, hari ini (semalam) dia sudah sedar dan boleh bernafas sendiri. Sebelum ini, dia tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Bagaimanapun, keadaannya bertambah baik dan hanya paru-parunya yang berdepan masalah, tiada organ lain. Kami memantau perkembangannya sama seperti pesakit lain dan melihat dia menunjukkan tanda positif,” katanya.
Sementara itu Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan melawat Mohd Fariz di HSI di Johor Bahru.
Orang ramai yang mahu meringankan beban keluarga Mohd Fariz boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB Hanisah di 7072150611.
Biasanya dalam memilih kediaman untuk disewa seisi keluarga, selain memastikan kadar sewaan yang ditawarkan berpatutan, biasanya keadaan persekitaran dan fizikal rumah tersebut turut akan mempengaruhi keputusan untuk menyewa.
Namun berbeza untuk keluarga ini, walaupun keadaan asal rumah tersebut tidak indah dipandangan mata, namun berjaya dijelmakan sempurna.
Jom kita baca perkongsian penuh tentang ini .
Nak share tentang dapur kita..
Ini gambar dapur sebelum kami menyewa…
Sebelum menyewa rumah ini bangla yang duduk jadi faham-fahamlah macam mana rumahnya ye.
Kotor tahap dewa tapi bukan halangan kita nak mengemas ye. Owner baik jadi kita slow-slow kemas dan baiki ye.
TAK ADA PENYEWA SANGGUP TERIMA KEADAAN BEGINI TAPI KAMI TERIMA SEBAB OWNER OK BAB DEKO..
Jadi kite terima cabaran ini
Owner pernah datang rumah ini dia pon terkejut alhmdulillah sekarang pon owner ok semoga kami dan owner terus ok sampai kami dapat rumah sendri.. TRAUMA DAPAT OWNER CEREWET.
Kami datang rumah ini bukan suasana indah tapi semangat dan azam kami nak hidup tenang kami belajar sabar dan selow-slow perbaiki apa yang tak ok dan selow-slow deko bagi cantik.
Now 7 bulan duduk rumah ini.. Ini lah hasilnya ye..
KAMI MULA DARI ZERO BARU JADI HERO.
Sumber : Safiyyah Mahyudin via Kelab Kaki Deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pejam celik pejam celik sudah hampir tiga bulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepanjang tempoh tu, macam-macam yang kita dah buat untuk mengisi masa lapang yang ada semasa di rumah.
Dari yang kurang masuk ke dapur sebelum ini, sekarang ni dah champion lah masak, sebut je nak makan apa, nanti tersedia kat atas meja!
Sama juga dari segi menghias rumah. Sebelum ni tersadai je cat atau perhiasan yang dah beli, tapi tak pernah ada masa untuk menghias. Bila dah PKP ni, semua benda boleh siap hanya dengan petik jari je! Rumah yang sebelum ni suram, terus ceria selepas make-over!
Sama juga dengan pasangan yang bakal berumah tangga ini, sepanjang tempoh PKP, mereka tidak melepaskan peluang yang ada dengan mengisi masa yang ada dengan membuat persiapan rumah sebelum mereka berkahwin nanti.
Buat Pembahagian Tugas, Memudahkan Kerja
Dalam perkongsian di laman twitter milik @shahrizal5264 , segala urusan tentang perabot dan barang keperluan diserahkan kepada tunangnya, manakala dia pula menguruskan kerja-kerja restore.
Alhamdulilah sepanjang pkp ni aku and tunang berjaya siap kan rumah untuk kiteorang duduk lepas kawin nnti. Si dia mencari perabot and. Barang keperluan online, aku pulak buat kerja2 restore. Ni sebelum restoration pic.twitter.com/CQ68zMCn1J
And finally after hunting barang used and some barang2 baru. Dah siap! Fasa 1 baru ni so ni lah hasil selepas. Bangga rasa nya hahaha Kan @lynhzrhzz !
Kos Hanya Lebih kurang 2k, Tapi Hasil Nampak Mewah
Mereka memilih untuk mencari barangan rumah secara atas talian agar bersesuaian dengan kos yang diperuntukkan seperti Carousell dan Shoppee, paling penting kena dengan citarasa mereka.
‘..Our goal is a comfy home, that is waiting for us bila balik kerja’
Jangan jadikan alasan duduk rumah sewa tak boleh make-over rumah cantik-cantik tau. Paling penting, minta izin tuan rumah dahulu, barulah mula untuk menghias!
Perkongsian ini menjadi perhatian warga Twitter yang turut berkongsi pengalaman sendiri dan beri komen positif untuk pasangan yang bakal memasuki ke alam perkahwinan ini. Semoga pasangan ini dipermudahkan urusan mereka nanti. Amin..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.