“Raya ke dua rumah abang Ipar Raya ke empat baru rumah Mak Mentua. Rumah mak saya dah tahun ni ketika Tahun Baru Cina. Itu kelebihan perkahwinan campur bangsa,” tambahnya.
Terdahulu pelakon Adam Corrie mengungumkan bahawa dia telah memeluk Islam setelah mendapat hidayah dan petunjuk ketika terjaga dalam mimpi waktu Subuh.
Sumber: Instagram Adam Corrie
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak patung teddy sudah dianggap seperti kawan! Itu yang terjadi kepada anak-anak perempuan kita. Tanpanya, anak jadi sukar melelapkan mata dan tidur tidak nyenyak semalaman.
Pun begitu menurut perkongsan penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI), seperti yang dilaporkan Berita Harian Online, hukum tidur dengan patung mainan tersebut adalah haram.
Ibu bapa atau penjaga diingatkan supaya tidak membiarkan anak-anak mereka tidur dengan patung permainan seperti ‘teddy bear’ ini.
“Sekarang ini, ramai sangat budak perempuan tidur dengan patung, hukumnya haram, tak boleh. Patung-patung ini hanya untuk kanak-kanak bermain.
“Fasal apa anak-anak dara kita umur 18 ke 20, awek-awek tidur letak patung ‘bear’ lah, ‘adudu’ lah atas kepala.
“Sebab mereka tengok daripada artis-artis. Ayah-ayah tengok balik bilik anak dara, kalau ada patung-patung, hukumnya haram,” katanya pada satu sesi ceramah sebelum ini.
Mengulas lanjut, Azhar berkata, rumah yang mempunyai patung seperti itu tidak akan dikunjungi oleh malaikat rahmat.
“Yang boleh patung permainan ini adalah kepada anak yang belum baligh. Hanya anak kecil ini dibenarkan bermain patung.
“Satu lagi dalam kereta gantung patung-patung, contohnya patung beruk (monyet) dua ekor, depan ‘spider’, depan lembu.
“Semua ini (gantung patung dalam kereta) tidak boleh. Yang boleh, letak atas ‘seat’ (kerusi) biar anak kecil bermain, supaya dia tak kacau kita tengah memandu,” ujarnya.
Bagi anak yang kecil tidak mengapa, namun jarak-jarakkan anak patung ini daripada anak. Semakin mereka membesar, semakin sudah patung kesayangan mereka ini dipisahkan dari mereka.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Anak adalah penyeri rumahtangga pasangan. Ia adalah sinar dan penyatuan hubungan kekeluargaan makin harmoni.
Namun, ada pasangan suami isteri yang sudah menunggu lama cahayamata tetap bersabar.
Sebagaimana perkongsian ini menerusi TikTok milik ainn_aisya sebak bercampur gembira apabila penantian selama 16 tahun berakhir apabila dirinya disahkan hamil.
Pasangan ini terdahulu telah dikurniakan anak pertama yang telah berusia 17 tahun melahirkan rasa syukur setelah menunggu sekian lama.
Suami terkedu tak percaya
Malah ketika membuat kejutan kelihatan suami beliau seakan tidak mempercayai sebaliknya berkali-kali bertanya untuk kepastian.
Setelah diterangkan oleh isteri barulah suaminya mempercayai dan melahirkan rasa syukur.
Hati mana yang tidak gembira dan sebak setelah penantian berbelas tahun akhirnya khabar gembira tiba jua.
Berkat doa dan sabar, pasangan ini melahirkan rasa syukur dikurniakan lagi zuriat penyeri rumahtangga .
Syukur alhamdulillah
Selepas solat subuh sis buat suprise dekat suami. Selamat hari lahir my darling. Hadiah tak ternilai buat abang.
Penantian hampir 16 tahun, Danial yang kini dah umur 17 tahun akan dapat adik. Alhamdulillah.
Makbul atau tidak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa. Doakan semoga sis dan baby sentiasa dilindungi Allah S.W.T
Doakan kami juga
Dalam pada itu, warganet turut melahirkan rasa hiba dan ada juga berkongsi duka belum dikurniakan cahayamata lain sekian lama.
Sumber: ainn_aisya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang ayah, jerih payah dan pengorbanannya dalam memberikan penghidupan yang baik untuk keluarga dan anak-anak diakui tiada taranya. Ayah sanggup lakukan apa sahaja tanpa mengenal lelah dan mengeluh, apatah lagi dalam situasi berdepan ujian perlu menjaga anak yang disahkan mengidap penyakit leukemia.
Nekad Berhenti Kerja
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanannya. Begitulah ujian hidup yang dilalui oleh seorang bapa ini, demi kasih kepada anak tunggalnya yang bergelut dengan penyakit kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) Muhd Iqbal Zamani Md Noor, 45, terpaksa berhenti kerja demi memberi tumpuan terhadap rawatan anaknya.
Difahamkan sebelum ini dia bekerja sebagai pengurus pengeluaran di sebuah kilang, ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro. Dikatakan anaknya Nur Insyirah, 15, telah disahkan mengidap penyakit tersebut pada Mac lalu selepas mengalami gejala demam, ruam dan pendarahan hidung sebelum dirujuk ke Hospital Kangar, Perlis dan Hospital Pulau Pinang (HPP).
Bahkan sepanjang tempoh itu, anak beranak ini terpaksa berulang alik dari Perlis ke Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan susulan dan kemoterapi untuk anak tunggalnya itu.
“Semua rawatan dan kemoterapi itu berlangsung dengan baik dan keadaan Nur Insyirah juga semakin pulih sehinggalah pada Oktober lalu doktor mengesahkan kanser kembali menyerang.
“Baru sahaja kami menaruh harapan bahawa kesihatannya akan pulih, tetapi barah itu kembali semula, ” katanya sebak.
“Wang Simpanan Kami Juga Hampir Habis”
Muhd Iqbal Zamani berkata, Nur Insyirah dimasukkan ke wad di HPP sejak 8 November lalu bagi menjalani semula rawatan sekali gus dia dan isteri, Nur Sakina Azmee, 25, terpaksa bergilir-gilir menemani anaknya di hospital.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Berikutan tidak bekerja, Muhd Iqbal Zamani hanya bergantung kepada pendapatan isterinya sebagai tukang jahit selain mengambil upah bekerja di kedai makan sekiranya ada masa terluang.
“Pelbagai kerja saya lakukan seperti cuci pinggan di kedai makan, bakar sate dan lain-lain lagi bagi mencari wang untuk kegunaan Nur Insyirah.
“Wang simpanan kami juga hampir habis dan ibu saya turut membantu dengan memberi wang pencen miliknya untuk kegunaan Nur Insyirah.
“Namun kini ibu saya dimasukkan ke Hospital Kangar berikutan penyakit berkaitan buah pinggang yang dihidapi dan isteri saya pula yang menjaganya,” katanya.
Terima Rawatan Psikiatri Akibat Kemurungan
Muhd Iqbal Zamani berkata, dia bersyukur dan terharu dengan insan di sekelilingnya yang sering menghulur bantuan.
Katanya, ada dalam kalangan rakannya yang menawarkan pekerjaan sebagai pembantu kedai makan pada bila-bila masa sekiranya tidak membawa Nur Insyirah melakukan rawatan.
Nur Insyirah yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan, Kangar sering bertanya mengenai persekolahan yang sudah lama ditinggalkan.
“Dia kini terpaksa menjalani rawatan psikiatri akibat kemurungan dan rasa cemas (anxiety) susulan penyakitnya.
“Memang impian saya untuk kembali bekerja namun pada masa ini bimbang tidak dapat beri perhatian kepada Nur Insyirah,” katanya yang mahir dan memiliki sijil dalam pembuatan perabot.
Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Muhamad Iqbal Zamani di talian 017-4461131.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.