“Berlaku Pendarahan & Mungkin Alami Keguguran.” Tak Jadi Rahsiakan Isteri Hamil Anak kembar, DS Aliff Syukri Mohon Doakan Kandungan Selamat.

Share

Kegembiraan bakal menimang cahaya mata lagi musnah apabila si isteri mengalami masalah dan dimasukkan ke hospital. Itu kisah terbaru jutawan produk, Dato Sri Aliff Syukri  yang mengumumkan isterinya sedang hamil anak kelima mereka.

Menerusi akaun Instagramnya, dia memaklumkan bahawa Datin Shahida telah dikejarkan ke hospital kerana berlaku pendarahan.

“Tolong doakan kandungan isteri saya @shahidadherbs selamat..???Dugaan 2 ramadhan.” Demikian tulis Dato Sri Aliff Syukri di ruangan instagramnya semalam.

Menurut Pengasas produk Terlajak Laris ini, dia sengaja merahsiakan isterinya sedang hamil. Namun siapa sangka berlaku musibah apabila Datin Sri Shahida mengalami pendarahan dan dimasukkan ke hospital.

 

“Saya sengaja nak rahsiakan Isteri saya tengah pregnant nak buat suprise kat semua….. tapi dugaan mungkin stress dengan keadaan semasa baru2 ni dimana banyak pihak membesar2kan… dan mungkin sebab tu ..berlaku pendarahan yang agak banyak dan mungkin mengalami keguguran.

“Bila scan pula Doktor bagitau baby kembarr.. Ya Allah sayang yaaa .. ada caranya tak nak selamatkan baby dari gugur???..

“Mudahan kedua2 anak saya dalam kandungan selamat.. doakan ya semua sahabat ig dan fb…. mudahan dipermudahkan segala urusan. Doa kalian amat saya hargai,” ungkap Dato Sri Aliff lagi.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada Ogos 2007 telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 dan Yusuf Al-Qardawi, 11 bulan. Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

Rata-rata yang memberi komen mendoakan kesihatan Datin Sri kembali pulih dan kedua-dua anak dalam kandungan selamat.

zielajalil Yaa Allah semoga Selamat semuanya ida and shukri?♥️

annaroze___ Allahu. Semoga Datin cepat sembuh and takde apa apa berlaku pada Datin & baby kembar

sara_mayra
tahniah dato n datin…semoga bby baik2 aja kat dlm tu..x sabar nk tggu twinsss keluar..

sad447 Ya Allah Ya Tuhan ku… kau permudahkan la urusan dato n datin… semoga kandungan datin baik2 Dan sentiasa dilindungi Allah SWT… aamiin

haryaniaziz Tahniah.. Trcapai impian nk tmbh ank lg.. Semoga sy & husband pn dikurniakan anak kembar jgk

sya_biela27 semoge datin cepat semboh…jangan stress2 yew…saye doakan semoge allah permudahkan segala urusan dato dan datin…. amenn

cloverush Allahu, semoga dipermudahkan urusan Dato and Datin selalu ? kami di Cloverush doakan yang baik baik sahaja untuk family Dato ?

syakirinhusnal Alaaaa kesiannya!! Take care datin @shahidadherbs ! Semoga yang baik baik utk dato @aliffsyukriterlajaklarissekeluarga?

ummi_sofea63 Allah nk bagi rezeki..dulu org dh ambik qayum..ni allah nk bagi dua sekali mudahan selamat kandungan isteri..

Tak kurang ada yang berkongsi pengalaman mereka 

rinacraft Dato wife saya 4 bulan terlantar pendarahan alhamdulillah baby girl.. Insyallah datin ok nnti amin

amylia_aalan Dato dlu sy pn mcm wife dato jgk kandungan kembar ni kena jaga…di sbb kn uri kt bawah pendarahan smpai ke 6 bulan…pesan kt Datin kena rehat cukup2 jgn bjalan sgat apa2 kena baring doc mmg suruh rehat secukup nya nk apa suruh org hantar kn…bangun cuma pegi ke toilet shj…

anisizwani Insyallah semua nya baik2 saja.. sma ngn sy twins jgk skang pn dok jge je xmampu nk puasa sbb baru sgt2…lg2 baby 1st… Doa kn sy jgk yer moga semua dipermudhkn sampai bersalin…amin…

Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris

IKLAN