Kegembiraan bakal menimang cahaya mata lagi musnah apabila si isteri mengalami masalah dan dimasukkan ke hospital. Itu kisah terbaru jutawan produk, Dato Sri Aliff Syukri yang mengumumkan isterinya sedang hamil anak kelima mereka.
Menerusi akaun Instagramnya, dia memaklumkan bahawa Datin Shahida telah dikejarkan ke hospital kerana berlaku pendarahan.
“Tolong doakan kandungan isteri saya @shahidadherbs selamat..???Dugaan 2 ramadhan.” Demikian tulis Dato Sri Aliff Syukri di ruangan instagramnya semalam.
Menurut Pengasas produk Terlajak Laris ini, dia sengaja merahsiakan isterinya sedang hamil. Namun siapa sangka berlaku musibah apabila Datin Sri Shahida mengalami pendarahan dan dimasukkan ke hospital.
Ads
“Saya sengaja nak rahsiakan Isteri saya tengah pregnant nak buat suprise kat semua….. tapi dugaan mungkin stress dengan keadaan semasa baru2 ni dimana banyak pihak membesar2kan… dan mungkin sebab tu ..berlaku pendarahan yang agak banyak dan mungkin mengalami keguguran.
Ads
“Bila scan pula Doktor bagitau baby kembarr.. Ya Allah sayang yaaa .. ada caranya tak nak selamatkan baby dari gugur???..
“Mudahan kedua2 anak saya dalam kandungan selamat.. doakan ya semua sahabat ig dan fb…. mudahan dipermudahkan segala urusan. Doa kalian amat saya hargai,” ungkap Dato Sri Aliff lagi.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada Ogos 2007 telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 dan Yusuf Al-Qardawi, 11 bulan. Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
ummi_sofea63 Allah nk bagi rezeki..dulu org dh ambik qayum..ni allah nk bagi dua sekali mudahan selamat kandungan isteri..
Tak kurang ada yang berkongsi pengalaman mereka
rinacraft Dato wife saya 4 bulan terlantar pendarahan alhamdulillah baby girl.. Insyallah datin ok nnti amin
amylia_aalan Dato dlu sy pn mcm wife dato jgk kandungan kembar ni kena jaga…di sbb kn uri kt bawah pendarahan smpai ke 6 bulan…pesan kt Datin kena rehat cukup2 jgn bjalan sgat apa2 kena baring doc mmg suruh rehat secukup nya nk apa suruh org hantar kn…bangun cuma pegi ke toilet shj…
anisizwani Insyallah semua nya baik2 saja.. sma ngn sy twins jgk skang pn dok jge je xmampu nk puasa sbb baru sgt2…lg2 baby 1st… Doa kn sy jgk yer moga semua dipermudhkn sampai bersalin…amin…
Meskipun ini bukan kehamilan pertama buatnya, namun ia sesuatu yang cukup indah buat Rosmani Abdullah, 45 dan pasangan, Faizol Anizam Saad. Apatah lagi, pasangan ini yang masing-masing berjodohan setelah perkahwinan terdahulu tidak berjaya. Justeru, kehadiran si kecil ini adalah zuriat pertama hasil perkongsian hidup berdua setelah hampir tiga tahun hidup bersama.
Biapun sedar akan risiko hamil di lewat usia, namun Rosmani menyerahkan semuanya kepada Yang Maha Esa kerana rezeki yang hadir jua datangnya dari Allah SWT. Kehamilan kali ini tidak seperti terdahulu. Kalau dahulu setiap kali hamil pasti alahan yang dialami agak teruk, tapi kali ini bagaikan semuanya dipermudahkan. Rasa syukur itu hadir buat ibu kepada lapan orang cahaya mata ini.
Usia kandungan 7 bulan bermasalah
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selepas berpindah ke rumah sewa baru yang terletak di Puchong, Selangor, Rosmani membuat pemeriksaan berkala untuk ibu hamil di klinik kesihatan berdekatan.
Ketika itu usia kandungan sudah mencapai tujuh bulan. Setelah pemeriksaan dibuat, jururawat dan doktor bertugas menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bayi yang dikandung. Lantas Rosmani dirujuk ke Hospital Shah Alam supaya dapat melakukan pemeriksaan menyeluruh.
Ternyata kehamilan kali ini tidak selancar yang disangka. Daripada imbasan yang dibuat janin dalam kandungan punya masalah kesihatan. Apa yang dimaklumkan oleh doktor, bayi yang bakal dilahirkan Rosmani akan mempunyai masalah jantung, bibir sumbing dan tangan tidak akan terbuka.
Reda dan kuat demi anak
Mendengar perkhabaran sedemikian rupa, hati ibu manalah yang tidak akan sedih dan sayu. Anak yang dikandung bakal lahir dengan segala macam penyakit yang serius, tapi Rosmani percaya dengan ketentuan Ilahi bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya. Dia dan suami perlu reda dan kuat untuk bayi yang bakal dilahirkan kelak.
“Dapat berita hamil kali ini saya dan suami cukup gembira, maklumlah anak pertama untuk kami berdua setelah berkahwin tiga tahun yang lalu. Ini adalah perkahwinan kedua buat kami. Jadi keterujaannya agak lain. Sementelah pula setelah membuat imbasan anak yang bakal dilahirkan adalah anak perempuan. Untuk suami ini adalah anak perempuan pertama dalam hidupnya yang mempunyai dua orang anak lelaki sebelum ini. Saya sendiri sudah ada tujuh orang anak, lima perempuan dan dua lelaki.
“Awal kehamilan memang tiada apa masalah sehinggalah usia kandungan masuk lapan bulan. Bila saya buat pemeriksaan di klinik kesihatan, air ketuban banyak dan mereka minta saya untuk rujuk ke Hospital Shah Alam. Setelah dibuat pemeriksaan menyeluruh dengan kandungan saya, menurut doktor janin dalam perut ada masalah kesihatan.
“Hari yang dinanti bakal tiba. Saya dimasukkan ke hospital lebih awal dari tarikh jangkaan kerana masalah kandungan. Tiga kali saya induce tapi masih lagi tiada tanda-tanda untuk bersalin. Doktor beri kata dua jika masih tidak bersalin saya akan bersalin melalui kaedah pembedahan.
“Pada mulanya saya enggan tapi memandangkan risiko yang bakal saya dan anak yang akan dilahirkan saya pasrah dengan saranan doktor berikan. Tak putus saya berdoa dan positifkan diri, akhirnya alhamdullilah saya lahirkan bayi kami dengan keadah bersalin normal,” ujar Rosmini.
Lebih 2 Bulan Ditahan Di NICU
Tanggal 13 Mac 2019 lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Aulia Ayesya. Syukur tidak semua yang doktor jangkakan berlaku, Aulia dilahirkan dengan masalah jantung berlubang, injap paru-paru bocor dan juga klef bibir dan lelangit. Walaupun begitu, tidak tegar rasanya melihat anak yang sekecil itu terpaksa menanggung sakit yang begitu serius. Namun sudah dari awal ibunya bersedia dan reda dengan apa yang berlaku.
Dengan keadaan sebegitu, sejurus dilahirkan, Aulia ditahan di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) selama dua bulan setengah untuk dipantau tahap kesihatannya sebelum dibenarkan pulang.
“Selepas dilahirkan lama juga Aulia berada di NICU, lebih kurang dua bulan lebih. Sepanjang tempoh tersebut saya memang berulang alik ke hospital untuk menjenguknya setiap hari. Ketika musim perayaan hari itu, Aulia dibenarkan balik ke rumah. Ahli keluarga di kampung ramai yang ingin melihat saya dan bayi, melihatkan keadaan Aulia yang sudah agak kuat, saya tawakal kepada Allah dan bawa Aulia pulang ke kampung yang terletak di Kelantan.
“Ketika di kampung, kesihatan Aulia agak merosot kerana tiubnya yang tercabut dan saya perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sebaik sahaja sampai ke rumah di Puchong , keesokkan harinya saya bawa Aulia ke Hospital Shah Alam. Sekali lagi Aulia ditahan dan sehingga sekarang kesihatan Aulia tidak stabil dan masih di rawat di hospital.
“Sejak dimasukkan ke hospital pada Jun lalu sehingga kini saya berulang alik ke hospital setiap hari. Keadaan dia memang tak stabil. Sekejap dia demam, sekejap dia ok. Begitulah keadaan Aulia. walaupun begitu, perkembangannya seperti juga bayi yang lain, dia tetap respon bila diagah dan diajak bercakap. Suka bila orang melayan dia bercakap. Kadang memang tak sampai hati melihat anak sekecil itu penuh dengan wayar dan dicucuk sana sini. Hanya doa dan harapan yang saya ada untuk melihat anak saya Aulia sihat seperti kanak-kanak yang lain,” ujar Rosmani lagi.
3 bulan ulang alik ke hospital
Sejak bulan Jun yang lalu, si kecil Aulia berada di wad. Benarlah demi kasih sayang kepada seorang anak, ibu dan ayah sanggup lakukan apa sahaja. Selama itulah Rosmani dan suami berulang alik ke hospital yang kini sudah masuk hampir tiga bulan. pastinya banyak kos yang diperlukan buat menanggung bukan sahaja kos rawatan, kos susu malah kos pengangkutan dan juga lain-lain.
Akur dengan dugaan yang menimpa, kepada Allah tempat keduanya memohon segala kesulitan. Reda dan pasrah dengan qada dan qadar yang telah ditetapkan untuk mereka berdua. Hanya doa dan usaha serta tawakal yang menguatkan mereka berdua bagi membesarkan si kecil yang menderita dengan penyakit yang tiada kesudahan ini.
“Dengan keadaan anak yang begini memang memerlukan semangat yang kuat dari saya dan suami. Apa yang kami lakukan adalah memohon kepada Yang Maha Kuasa agar terus permudahkan urusan kami dan berikan kekuatan untuk menghadapi semua ini. Saya yakin akan ada keajaiban buat anak saya suatu hari nanti.
“Saya tak nafikan memang kos rawatan yang diperlukan untuk Aulia memang tinggi. Aulia bergantung kepada susu khas sebagai sumber makanan kerana keadaannya itu. Malah rawatan untuknya juga mencecah sehingga hampir RM4,000 setiap bulan. Dengan saya yang tidak bekerja dan suami hanya bekerja sendiri sebagai pemandu teksi, itu semua kadang merungsingkan saya.
Pembedahan jantung Oktober
“Tak lama Aulia akan berusia enam bulan, kos rawatan juga akan bertambah. Bukan tiada bantuan yang saya dapat, bantuan daripada kariah surau tempat saya tinggal, Zakat dan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sedikit sebanyak dapat ringankan perbelanjaan untuk Aulia. Tapi ya lah dengan pendapatan suami yang tak menentu dan kos rawatan yang semakin bertambah.
“Dengan masalah jantung berlubang, kini Aulia sedang menunggu pembedahan jantung yang bakal dilakukan pada Oktober nanti. Walaupun ia memerlukan kos yang banyak, tapi saya percaya pasti ada rezeki untuk Aulia. Jika ada yang sudi untuk membantu memang saya alu-alukan, paling tidak pun doakan kesihatan Aulia dan semoga Allah permudahkan pembedahan dan urusan rawatan yang bakal dilaluinya nanti. Doa saya juga anak saya akan sihat seperti kanak-kanak lain,” ujarnya penuh harapan.
Bagi yang ingin membantu dan meringankan beban keluarga Rosmani dan anaknya Aulia bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun CIMB Rosmani Abdullah bernombor 7612948217 atau Bank Simpanan Nasional bernombor 0320029838526355.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ajal maut adalah rahsia Maha Pencipta. Kita sebagai hambanya kena sentiasa berusaha melakukan amalan yang baik sepanjang hidudp di dunia.
Namun setelah usia mula menginjak 40 tahun, fasa kehidupan akan berubah termasuk kesihatan dan masa.
Sebagaimana perkongsian ini menarik untuk kita teladani. Moga muhasabah diri.
Bila usia 40an-50an ni.
Banyak benda kau kena ubah! antaranya:
1. Bersederhana dlm bekerja, sebab kau kena lebihkan usaha mendekati Allah dan keluarga.
.
2. Ambik cuti dan tinggalkan hal2 kerja seketika untuk kau lebih mendekati anak2 yang sedang membesar.
.
3. Berhenti untuk fikir masalah kerja dirumah, rumah adalah masa terbaik kau untuk tenang.
.
4. Tak perlu korbankan masa kau untuk orang lain, tapi korbankan masa kau untuk Allah dan keluarga.
.
5. Jangan teragak-agak berkata TIDAK untuk kerja orang lain yang kau kena buat, kerana diusia ini kau perlu memilih untuk bekerja dengan tenang!
.
6. Tinggalkan manusia2 yg mengambil kesempatan pada kau! Biar kawan tak ramai dari ramai yang haram jadah.
.
7. Jauhi mereka yg hipokrit, terutama yang fake!
.
8. Cari kawan yg ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik tapi hati busuk.
.
9. Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Enjoy dgn keluarga!
.
10. Berehatlah dari dunia yang sementara, 40an-50an adalah masa mencari ketenagan untuk 60an dan seterusnya yg lebih baik bila bersara. 40an Usia terbaik untuk pergi umrah pd yang belum pernah pergi, kerana badan masih sihat.
.
Ikhlas
Prof Madya Dr Kamal — with Khairil Ariffin.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahniah diucapkan buat pasangan usahawan, Asyraf Khalid dan Tya Arifin yang mengumumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.
Menerusi Instagramnya, Tya dan suaminya bersama dua cahaya mata mengumumkan jantina anak ketiga itu menerusi sebiji kek sebagai simbolik mendedahkan jantina bayi.
Melalui video itu, Tya dan Asyraf meletakkan gelas di atas kek yang berwarna merah sebagai tanda bayi perempuan.
Keluarga kecil ini dilihat tersenyum kegembiraan dengan kehadiran cahaya mata perempuan yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira dan menitipkan ucapan tahniah.
Sekadar info, Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.