Susahnya mengikuti program penurunan berat badan menyebabkan ia sering gagal serta membuat ramai orang lebih tertekan.  Namun, terdapat beberapa cara yang baik untuk menurunkan berat badan.

Sebenarnya, menurunkan berat badan bukan perkara yang mudah.  Agar tidak memberi tekanan yang lebih berat dan besar pada pengamalnya, adalah lebih praktikal untuk ikuti cara yang sederhana dan menyenangkan.  Contohnya seperti berikut:

Bermain Dengan Anak Cara Praktikal Bantu Turunkan Berat Badan. Selain Menggembirakan, Buat Anda Berpeluh. Wow Terlajak Mudah Ni!

Menari

Jika anda tidak suka ke pusat kesihatan atau gim untuk melakukan aerobik mahupun latihan kardio, cubalah untuk menari.  Menari boleh membakar lebih kurang 500 kalori.  Selain bergerak, menari juga dapat membantu hormon endorfin sampai ke otak.  Hormon ini berfungsi menjadikan orang lebih berasa senang dan bahagia.  Tambahan pula, menari adalah cara yang menyenangkan untuk membuat tubuh tetap sihat dan membantu menurunkan berat badan.

Jalan kaki

Jalan kaki di pagi hari boleh menjadi cara yang menyenangkan untuk menurunkan berat badan.  Selain membakar kalori, jalan kaki juga boleh membuat fikiran dan tenaga segar sepanjang hari.

Bermain Dengan Anak Cara Praktikal Bantu Turunkan Berat Badan. Selain Menggembirakan, Buat Anda Berpeluh. Wow Terlajak Mudah Ni!

Bermain dengan anak

IKLAN

Aktiviti ini sering dipandang remeh sesetengah ibu bapa.  Sebenarnya bermain dengan anak yang aktif  bukan sahaja menggembirakan tetapi juga membuat anda berpeluh di samping membantu menurunkan berat badan.  Tidak perlu berlama-lama, cukup luangkan satu jam sehari untuk bermain dengan anak anda yang aktif.

Bermain Dengan Anak Cara Praktikal Bantu Turunkan Berat Badan. Selain Menggembirakan, Buat Anda Berpeluh. Wow Terlajak Mudah Ni!

 

 

Berenang

IKLAN

Meluangkan masa berenang setiap hari selama setengah jam sudah cukup untuk menurunkan berat badan secara bertahap.

Memasak

Masyarakat moden sekarang lebih memilih makan di luar sama ada di restoran biasa mahupun di restoran makanan segera berbanding memasak sendiri di rumah.  Ini mungkin disebabkan memasak sendiri mengambil masa yang agak lama.  Mungkin mudah dan tidak perlu bersusah payah memasak dan mengemas dapur tetapi sebaliknya memasak makanan sendiri bukan sahaja menyihatkan tetapi juga cara yang baik untuk menurunkan berat badan.

Membuat kerja-kerja rumah

Membasuh, mengemas rumah, menyapu, mengelap lantai dan sebagainya antara kerja-kerja rumah yang lazimnya kini dilakukan oleh pembantu rumah.  Apa kata sesekali anda melakukan sendiri kerja-kerja tersebut.  Ini akan membantu secara sederhana untuk menurunkan berat badan.

IKLAN

Bermain Dengan Anak Cara Praktikal Bantu Turunkan Berat Badan. Selain Menggembirakan, Buat Anda Berpeluh. Wow Terlajak Mudah Ni!

Info kesihatan

Perlu diketahui, keperluan kalori bagi wanita sekitar 1500 – 1900 kkal manakala bagi lelaki pula 1900 – 2400 kkal.  Pada umumnya, kalori digunakan untuk menunjukkan jumlah tenaga yang terkandung dalam makanan.  Kalori boleh diperoleh daripada pengambilan makanan yang mempunyai sumber karbohidrat, lemak dan juga protein.

Jumlah kalori dalam makanan diperlukan untuk menghitung keseimbangan tenaga.  Apabila jumlah kalori yang dimakan kecil dari kalori yang digunakan, berat badan akan berkurang kerana cadangan tenaga dari lemak akan digunakan.  Sebaliknya, apabila jumlah kalori yang masuk lebih besar dari kalori yang digunakan, berat badan akan meningkat.

Bermain Dengan Anak Cara Praktikal Bantu Turunkan Berat Badan. Selain Menggembirakan, Buat Anda Berpeluh. Wow Terlajak Mudah Ni!

Kelebihan tenaga yang masuk juga akan disimpan sebagai lemak pada tubuh.  Seterusnya, pengumpulan lemak yang berlebihan ini boleh meningkatkan risiko berlakunya hipertensi, obesiti, penyakit jantung, strok dan diabetes.

Tunggu apa lagi, batasi kemasukan kalori di dalam tubuh anda.  Jangan lupa untuk berolahraga.  Sekecil mana sekalipun olahraga anda, walaupun hanya berjalan kaki ia sudah mampu untuk menurunkan berat badan.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI