Berseri-Seri Raja Sehari! Anita Baharom Selamat Bernikah Dengan Duda Anak 8

Share

Beberapa hari ini tular tentang Anita Baharom mahu mendirikan rumah tangga. Hari ini, pelakon jelita itu akhirnya selamat bergelar isteri kepada pasangan pilihan, Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Bizmilla Hall, One City, Subang Jaya kira-kira 11:40 pagi.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom bersama saksi yang dilantik.

Manis mengenakan persalinan serba putih, aktres berusia 39 tahun itu telah menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas.

Majlis akad nikah yang manis dihiasi bunga-bungaan itu dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Sementara itu, turut dilihat beberapa rakan selebriti seperti Yat Hamzah dan Abby Fana yang hadir meraikan pasangan pangantin tersebut.

Terdahulu, satu sesi khatam AlI-Quran telah berjalan sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Untuk rekod, Anita pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Ismadi Ismail pada 2006 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Bagaimanpun, Ismadi dilaporkan meninggal dunia pada 1 Januari 2022 akibat penyakit kencing manis.

Manakala, ini bukan perkahwinan pertama bagi Engku Isyamuddin selepas berpisah dengan bekas isterinya. Hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Engku Isyamuddin dikurniakan lapan orang cahaya mata.

Sumber : Gempak

IKLAN