Bersihkan Dalam Kereta Tanpa Vacuum. Sempurna Sungguh Wanita Ni Buat & Ni Rahsianya!

Share

Seronok juga kiranya jika kita sekeluarga dapat lakukan tugasan deep cleaning untuk membersihkan kereta bersama-sama. Setidak-tidaknya semasa  membersihkan kereta, anak-anak dapat diajar pentingnya penjagaan kebersihan.

Selain itu, anak-anak mesti ternanti-nanti saat mencuci kereta. Bagi mereka ketika itulah mereka dapat bermain air; sambil cuci sambil mandi.

Umumnya dalam membersihkan bahagian dalaman kereta, alatan yang utama kita gunakan semestinya dibeli adalah vacuum.

Pun begitu, andai alatan tersebut tiada, itu tidak menghalang untuk wanita ini membersihkan keretanya sebersih-bersihnya.

Nak tahu apa yang digunakan, jom kita baca perkongsian tersebut.


 

Bersihkan kereta tanpa vacuum

Dah beberapa minggu fasa deep cleaning di rumah ni berlangsung (rumah sewa). Semua ruang di’rawat’, susun atur ditambah baik, pembersihan rapi dijalankan, dan sisihan dilakukan secara menyeluruh. Semua kawasan terlibat dalam proses ni termasuklah kabinet dapur, bilik baju, bilik buku, bilik utama, ruang tamu, malah dalam kereta.

Kalau deep cleaning macam tulah, semua kena perhati. Tak sama macam daily cleaning yang lebih mudah dan tidak detail sangat.

Terbongkok-bongkok, tertunduk-tunduk dalam kereta, dalam almari, dalam kabinet…demi nak membersihkan. Kalau ibu hilang, anak-anak tahu nak cari mana ya.

Last deep cleaning kereta ni September tahun lepas, maknanya nak cukup setahun kita ulang semula. Oklah tu, masin mulut bonda, “kemas sekali pakai setahun”. Hihi.

Untuk deep cleaning kereta kali ni saya tak guna vacuum sebab vacuum jauh di rumah sana. Jadi, kita pakai apa yang ada je.

Bahan kena ada:
Wetwipes/kain basah
Lidi/batang aiskrim
Penyapu kecil
Bakul

Wetwipes digunakan untuk mengelap, lidi untuk membersih ruang yang sempit, penyapu kecil untuk menyapu habuk dan kotoran, dan bakul untuk mengutip barang yang tak berkaitan dalam kereta.

Langkah-langkahnya pula:

Mula-mula, saya keluarkan semua barang dan kategorikan ikut jenis; a) simpan, b) pulang tempat asal, dan c) buang. Yang nak simpan dalam kereta letak setempat dulu, nak pulang tempat asal masuk bakul, dan yang nak buang masuk plastik.

Lepas tu, lap bersih-bersih ruang kosong yang tinggal dengan wetwipes atau kain basah. Semua bahagian akan dilap bersih-bersih. Proses pembersihan akan berlaku dari atas ke bawah, jadi bumbung akan dibersihkan dulu, diikuti dashboard dan laci, kemudian barulah pintu, tempat duduk, dan seterusnya lantai.

Kemudian keluarkan alas kaki dan ketuk hingga bersih. Jangan masukkan dulu lepas dah bersih sebab nak siapkan bahagian lain dulu. Dah siap semua baru masukkan alas kaki ni.

Sementara tu, sapu karpet dengan penyapu kecil. Kereta ada anak kecil ni maciam-maciam jumpa ya.

Tak cukup dengan penyapu, kena guna wetwipes selitkan jari dalam ruang-ruang sempit, guna lidi, guna batang aiskrim – apa yang boleh janji bersih (kalau ada vakum lagi senang). Ajak anak-anak buat supaya depa tahu jaga elok-elok kebersihan dalam kereta.

 

Lepas tu, proses susun atur pula untuk barang-barang. Dalam kes ni, saya tambah baik sistem yang ada di mana sebelum ni memang dah asing barang ikut kategori tapi tak ada proper storage maka asyik bersepah. Kali ni saya gunakan bekas bertutup sebagai storage.

Dah selesai, barulah masukkan alas kaki tadi dan sapu lagi.

Kalau masih ada tenaga, basuhlah sekali kereta tu. Hihi. Kami bahagi tugas, bahagian dalam biasanya saya yang kemas, bahagian luar suami akan basuh dengan anak-anak. Main air kan, seronoklah depa.

Untuk deep cleaning kereta kali ni saya gunakan dua hari untuk siapkan.

Sumber : Susun Atur Sioca

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN