Aktiviti mengemas rumah seperti mengemop lantai memang selalu kita buat setiap hari. Rutin harian ini nampak mudah pada pandangan mata kita. Mudah pada pandangan mata tetapi sebenarnya ada banyak ilmu yang harus kita pelajari.
Mengemop lantai hingga benar-benar bersih dan diistilah bersih di sisi islam, Ustaz Syed Shahridzan buat pencerahan ke atas permasalahan ini. Jangan pandang mudah. Pastikan rumah kita, syurga kita anak beranak ini bebas najis dan bersih.
AIR MOP LANTAI BERCAMPUR NAJIS
Banyak orang zaman sekarang, bila ada najis seperti muntah, tahi lipas ke, cicak ke, dia buang dulu najis kmudian mop, cuma, dia tak guna air mutlak, dia guna air mop lantai (sabun lantai). Adakah semua kawasan lantai yang dia mop menjadi najis atau kawasan najis tu sahaja selepas mop?
Menurut mazhab Syafi’ie, air yang berkapasiti 2 kolah (230 liter) dan ke atas bercampur dengan najis, maka air tersebut tidak bertukar menjadi najis melainkan berubah salah satu dari 3 sifat air tersebut, iaitu bau, warna atau rasa. Ini berdasarkan sepotong hadith yang menyebut:
Maksudnya: Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadith: “Tidak bernajis”. (Diriwayatkan oleh Imam empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)
Ads
Jadi jika air mutlak 2 kolah dan ke atas berubah salah satu sifatnya contoh jernih berubah warna kekuningan disebabkan najis, maka air itu bukan lagi air mutlak malah kategori air mutanajjis (air najis). Ini berdasarkan hadith baginda -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang menjelaskan:
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ – صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ، إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ، وَلَوْنِهِ». أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ
Maksudnya: Abu Umamah al-Bahily RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang menajiskan ia kecuali sesuatu yang dapat merubah bau, rasa dan warnanya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Manakala air di bawah kapasiti dua kolah, jika bercampur dengan najis maka secara automatik ia berubah menjadi air mutanajjis (air najis) meskipun tidak berubah sifat sama sekali. Ini kerana kekuatan menolak kesan najis hanya ada pada air yang berkapasiti 2 kolah dan ke atas sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda -sallalhu ‘alaihi wa sallam- dalam hadith di atas.
Ads
Berbalik kepada air mop yang bercampur najis seperti najis dan muntah. Mengikut kaedah mazhab Syafi’ie, air mop di dalam baldi bercampur dengan najis maka air itu menjadi air mutanajjis. Bahan bernajis seperti air mutanajjis haram dimanfaatkan termasuklah mop lantai menurut mazhab Syafi’ie. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie antaranya Imam al-Khatib al-Syirbini -Rahimahullah-, sepertimana kata beliau di dalam karangannya ‘al-Iqna Fi Hall Alfaz Abi Syuja’:
لو أخذ دما أجنبيا ولطخ به نفسه أي بدنه أو ثوبه فإنه لا يعفى عن شيء منه لتعديه بذلك فإن التضمخ بالنجاسة حرام
Maksudnya: ” Begitu juga seseorang yang mengambil darah orang lain(ajnabi) kemudian melumuri dirinya iaitu badannya atau pakaiannya maka ia tidak dimaafkan sedikit darinya kerana lumuran darah yang melampau pada dirinya, sesungguhnya meletakkan(menyentuh) najis adalah haram”.
Oleh disarankan sesiapa yang mop lantai agar mengelakkan dari membersihkan lantai yang dengan air yang sudah bercampur dengan najis. Ini kerana kapasiti air di dalam baldi ternyata di bawah kadar 2 kolah, maka ia bernajis apabila bercampur najis meskipun tidak berubah sifatnya. Ini kerana air yang bernajis tidak dikira mampu menyucikan sesuatu tempat dari najis.
Ads
Jika lantai yang sudah dimop dengan air yang bercampur najis yang tidak dimaafkan, maka wajib lantai dibilas/disapu dengan air mutlak sehingga hilang kesan-kesan najis pada tempat itu. Apa pun terpulang kepada kebijaksaan masing-masing untuk melaksanakan cara penyucian tempat yang bernajis mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara najis yang dimaafkan ialah najis cicak yang terlalu sedikit. Sebagai contoh najis cicak dua tiga butir termasuk ke dalam air baldi, ia dikategori najis yang dimaafkan selagimana ia tidak merubah sifat air. Ini kerana tahi cicak antara najis yang sukar untuk dielakkan. Jika ia banyak maka tidak dimaafkan iaitu menajiskan air yang sedikit walaupun tidak berubah sifat.
Bolehkan membersihkan tempat bernajis dengan air sabun? Menurut mazhab Syafi’ie, tempat atau benda yang terkena najis wajib dibersihkan dengan air mutlak dan tidak sah dengan air mutlak yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun. Tiada masalah untuk menggunakan air sabun untuk basuhan awal namun basuhan kedua mestilah menggunakan(bilas) air mutlak.
Menurut mazhab Hanafi, air mutlak yang berubah sifatnya dengan bahan lain seperti sabun maka ia tetap suci dan menyucikan. Pendapat mazhab Hanafi boleh diamalkan jika melibatkan kawasan terlalu besar seperti kilang dan proses pembersihan melibatkan mesin canggih yang menggunakan sabun, ini termasuk kategori darurat. Manakala tempat yang kecil seperti rumah maka jangan lari dari kaedah mazhab Syafi’ie.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Kredit: Ustaz Syed Shahridzan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya mendambakan kasih sayang seorang lelaki yang bergelar suami. Anda pasti pernah terfikir cara untuk membuatkan sang suami semakin sayang kepada anda hari demi hari.
Namun sekiranya anda bertindak keterlaluan, tindakan itu boleh menyebabkan suami anda berasa rimas, bosan dan tidak menyayangi diri anda lagi. Di sini kami kongsikan cara untuk membuatkan si suami semakin sayang.
1. Berikan ruang.Kadangkala sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai masalah atau tertekan dengan sesuatu, apa yang dimahukan adalah tenangkan diri dengan bersendirian. Berikannya ruang untuknya dan jangan menekannya dengan lebih banyak soalan kerana ini akan lebih menyerabutkan fikirannya. Sekiranya dia mahu bercerita kepada anda, dia akan lakukannya setelah dia bersedia. Wanita yang faham dengan situasi pasangannya dan bertindak dengan wajar adalah wanita yang disenangi dan disayangi.
2. Jangan mengongkong.Sikap isteri yang suka mengongkong akan membuatkan suami berasa rimas dan bosan. Anda sebagai seorang isteri, perlu memberi sedikit kebebasan buat suami anda. Jangan terlalu mengawal segala gerak geri yang dilakukannya. Lelaki tidak suka wanita yang mengongkong hidupnya. Tidak salah sekiranya anda prihatin mengenai suami anda dan mengambil tahu mengenai hal-hal yang dilakukan, namun biarlah ia berpada-pada. Janganlah sampai melarang suami anda dari melepak dan meluangkan masa bersama rakan-rakannya.
3. Belajar mendengar.Satu sifat wanita yang memang tidak digemari lelaki adalah kuat membebel. Cuba belajar mendengar dan kurangkan bebelan anda. Lelaki jarang mahu berkongsi masalah mereka dengan sesiapa dan sekiranya dia tiba-tiba mahu berbicara secara serius, beri perhatian kepadanya. Komen anda tidak diperlukan mereka, objektifnya adalah untuk meluahkan beban di dada yang boleh membuatkan mereka merasa sedikit lega.
4. Tunjukkan rasa sayang.Kadangkala, perkataan sahaja tidak cukup untuk menyatakan cinta. Tunjukkan rasa sayang anda kepadanya di hadapannya dan juga rakan-rakannya. Hantarkan pizza ke rumahnya sewaktu dia dan rakan-rakan sedang menonton perlawanan bola sepak. Sekali-sekala anda boleh menunjukkan rasa cemburu sekiranya dia terlalu baik dengan rakan wanitanya. Buat si dia rasa bangga dengan orang sekeliling kerana cara anda melayannya. Cara berlainan untuk menyatakan rasa cinta anda boleh menambahkan rasa sayangnya terhadap diri anda.
5. Biar dia membuat keputusan.Lelaki terkenal dengan ego mereka dan sekiranya anda memberikannya peluang untuk membuat keputusan besar, dia akan merasakan dirinya penting di dalam perhubungan. Walaupun keputusannya memilih restoran untuk makan malam tidak menepati selera anda, hormat pilihannya walaupun anda terpaksa berpura-pura gembira pada malam itu. Percayalah, mereka akan merasa lebih dihargai sekiranya anda mendengar kata.
Zaman kenaikan barang sekarang ni, alternatif nak berjimat semestinya masak sendiri dan bawa bekal. Bukan sahaja save bajet, malah makanan yang dibawa juga lebih enak dan semestinya diyakini kerana di masak sendiri.
Baru-baru ini tular seorang suami yang membawa bekal ke tempat kerja dan disakat oleh rakan kerana membawa bekal tersebut dari rumah. Dek kerana usikan itu, isterinya daripada bekalkan menggunakan bekas makanan bertukar ke bekas pakai buang seperti dibeli di kedai makan.
Menerusi YouTube mStar, pasangan bahagia yang bernama Zahratunur Ismail dan Faisal Hamzani itu berkongsi tentang kejadian dimana si suami selalu disakat apabila membawa bekal makanan ke tempat kerja. Jelas pasangan tersebut, mereka dahulunya sempat PJJ dan ini merupakan tahun pertama mereka tinggal bersama.
Menurut lelaki berkenaan, kebiasaannya dia akan membeli makanan bersama rakan-rakannya. Namun, disebabkan isteri tercinta rajin memasak, individu tersebut berasa teruja untuk membawa masakannya.
Menerusi temu bual tersebut, Zahra memberitahu bahawa tetap mahukan si suami membawa hasil air tangannya ke tempat kerja. Demikian itu, wanita tersebut ambil alternatif lain membungkus makanan dengan gaya seperti di kedai makan mahupun restoran. Jelas mereka, sama sekali tidak terlintas perasaan malu untuk membawa bekal malahan lebih kepada teruja.
Walaupun menerima pelbagai kecaman daripada netizen berikutan posting berkenaan, namun kedua-dua pasangan tersebut sama sekali tidak ambil kisah dengan apa yang diperkatakan. Malah masing-masing hanya memandang dari sudut positif sahaja. Tambahan pula, si suami merasa bersyukur dapat tinggal bersama serta menjamah air tangan pasangannya setiap hari.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
tak ada kelengkapan buat kuih raya, tak jadi masalah. Ibu-ibu boleh cuba resipi yang simple tanpa perlu guna mixer atau oven.
Kombinasi semua bahan pun sesuai dan cair di mulut bila dimakan. Rugi tak cuba sebab senang sangat. Tak payah nak pakai oven atau mixer. Senang nak buat, dapur pun tak berkecah kan?
Biskut cornflakes susu Tak perlu bakar ini dari Putra Mawar Danisha. cukup mudah katanya tapi hasilnya cukup sedap. Bolehlah ibu-ibu cuba buat hidangan di pagi raya nanti.
Ni resepinya kalau nak rasa biskut yang tak perlu bakar,sedap sangat
Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum di goreng/disangai
1 cawan minyak sapi+1sdb lg
1 cawan gula kastor
2 cawan cornflakes di ramas
Susu tepung untuk salut
Cara membuat:
1. CAIRKAN MINYAK SAPI
Pertama sekali, panaskan minyak sapi hingga cair. Ketepikan dalam sebuah bekas.
2. GORENG TEPUNG SAMPAI RINGAN
Kemudian, sangai (goreng tanpa minyak) tepung gandum lebih kurang 5 minit macam tu. Bila tepung jadi ringan tu maknanya dah boleh angkat.
3. CAMPURKAN GULA KASTOR & CORNFLAKES
Tak payah tunggu tepung tu sejuk, boleh campur terus dengan gula kastor dan cornflakes. Gaulkan semua bahan kering hingga sebati.
4. MASUKKAN MINYAK SAPI
Seterusnya kita masukkan minyak sapi yang dah dicairkan awal-awal tadi. Gaulkan hingga sebati.
5. BULAT-BULATKAN
Sekarang dah bolehlah bentukkan jadi bulat-bulat.
6. SALUTKAN DENGAN SUSU TEPUNG
Akhir sekali, salutkan terus dengan susu tepung.
Siap!
Lepas tu boleh terus simpankan dalam balang.
Untuk sukatan di atas ni dapatlah lebih kurang 2 balang kecil. Boleh sangatlah tu kan?
RANGUP & CAIR DI MULUT
Macam nilah rupa kuih tu bila digigit. Memang sedap… Rangup di luar sebab ada guna cornflakes tadi.