Dari raja sehari sekelip mata menjadi wira demi menyelamatkan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) yang lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di tebing Sungai Anak Bukit, pada Jumaat 11 Mac 2022.
Menurut pengantin, dia nekad berbuat demikian selepas mendengar jeritan seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu.
Menerusi video tersebut, pengantin lelaki berkenaan yang difahamkan sedang merakam gambar perkahwinannya di tebing sungai terus bertindak terjun ke dalam air untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan yang dipercayai orang kurang upaya (OKU).
Beberapa ketika kemudiannya dia dilihat berjaya menarik mangsa naik ke tebing sungai.
Dalam masa sama dapat kedengaran suara seorang wanita menjerit-jerit meminta tolong sebelum ditenangkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.
Perkongsian video tesebut nyata mencuri perhatian netizen sehingga ramai mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih selain memuji tindakan pengantin lelaki terbabit yang disifatkan sebagai hero.
Menerusi laporan Harian Metro, pengantin lelaki iaitu Mohd Anuar Ahmad menjelaskan dia nekad bertindak sedemikian sebaik terdengar suara wanita yang dipercayai ibu kanak-kanak terbabit meraung meminta tolong.
Ads
“Sungai Anak Bukit itu sangat dalam dan luas, tanpa hiraukan apa yang berlaku, saya tanggalkan jam dan tengkolok sebelum terjun ke dalam sungai.
“Mujur saya tahu berenang. Saya terjun dan terus menarik kanak-kanak itu walaupun dia sudah beberapa kali tenggelam timbul dan hampir tenggelam,” kata Anuar.
Dia yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama Norhaslinda Mahmud turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya menyelamatkan anak kecil tersebut walaupun kejadian berlaku terlalu pantas.
Perkara sama turut diluahkan si isteri yang turut menzahirkan rasa bangga dengan tindakan spontan suaminya.
“Saya dengar ibu kanak-kanak itu jerit yang anaknya OKU dan tidak tahu berenang menyebabkan orang ramai yang berada di situ panik kerana masing-masing tidak tahu berenang.
Ads
“Saya cemas tengok suami dah ‘hilang’ ketika itu namun tidak lama kemudian nampak dia terjun ke dalam sungai dengan berpakaian pengantin. Cemas juga waktu itu kerana sungai itu dalam malah orang kampung kata ada buaya.
“Yang penting mereka selamat, Alhamdulillah,” kata Norhaslinda.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji tindakan raja sehari tersebut, malah ada yang berkata pengantin perempuan tidak salah memilih pasangan.
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berbeza dengan kehamilan terdahulunya, penyanyi, Shila Amzah mengakui dia berdepan alahan yang sama dengan suaminya, Ubai di awal kehamilannya.
Tambah Shila lagi, dia begitu teruja kerana bukan hanya dia yang mengalami morning sickness bahkan suami juga turut merasai hal yang sama.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengidam makanan yang pelik-pelik sepanjang hamil.
“Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada mengidam yang pelik-pelik tetapi yang menariknya kami sama-sama berkongsi alahan morning sickness.
“Sebelum dapat tahu yang saya hamil Ubai sebenarnya boleh rasakan terlebih dulu sebelum saya lakukan ujian kehamilan.
“Dia beritahu yang saya mungkin sedang hamil tapi saya nafikan sebab banyak kerja yang harus diselesaikan.
“Lepas disahkan hamil Ubai pula yang kena morning sickness. Dia rasa mual-mual sampai berhenti kereta tepi jalan dan tak boleh drive,” katanya berkongsi.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.
Paling membahagiakan kata Shila dia menerima layanan bak puteri dari suaminya sepanjang hamil.
“Boleh dikatakan mengandung kali ini saya dilayan bak puteri dari suami dan rakan-rakan terdekat.
“Saya lebih relaks dan suami pun selalu pesan saya tinggalkan apa jua perkara negatif atau hal yang buat saya stres.
Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023. Shila sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sejak kemelut dengan balu abangnya, Allahyarham Abam yakni Nor Hidayah Mohd Ali, Pelawak Ali Puteh mendedahkan dirinya melalui detik sukar dan hanya mampu bertahan dengan menggunakan duit simpanan sendiri untuk menyara keluarga.
“Sejak awal lagi kes (dengan Nor Hidayah) mendapat perhatian, memang banyak job dibatalkan. Saya juga tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.
“Pada Ramadan lalu, saya terima tawaran untuk muncul program mengaji Al-Quran di mana perlu membaca beberapa surah Al-Quran menerusi panggilan video.
“Itu saja tawaran diterima dalam tempoh itu. Saya dapat token bayaran sebanyak RM300.
“Saya sebenarnya bergantung pada duit simpanan sendiri untuk menyara keluarga dan perlu berjimat cermat kerana ada anak sedang membesar.
“Namun, saya bersyukur segala kelengkapan masih cukup.” katanya kepada media.
Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata juga terpaksa mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menerusi pengeluaran khas KWSP yang diluluskan kerajaan untuk kegunaan modal bisnes.
Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.
Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu.
Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri.
Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini.
Justeru, Ali memberitahu dirinya bersedia untuk bersemuka dengan Nor Hidayah bagi menyelesaikan segala kekeruhan antara mereka.
Namun, Ali menolak seandainya ada pihak yang sengaja mahu menjadikan kisah mereka berdamai sebagai bahan untuk tontonan umum.
“Ada stesen televisyen mahu temukan kami, tapi bagi saya jika nak berdamai tak perlulah diberitahu pada khalayak. Biar saya lakukan sendiri.
“Dia boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid” ujarnya.
Pada Mei 2020, Nor Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan di akaun Instagram yang menggambarkan dia seorang individu tidak bertanggungjawab.
Selepas dua tahun, mahkamah memutuskan Nor Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Untuk rekod, Abam telah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah cukup dinantikan oleh semua umat islam. Lebih-lebih lagi bila dapat melakukan ibadat ini bersama keluarga.
Kebiasaannya, kita ke sana dengan mengambil pakej yang ditawarkan oleh mana-mana individu mahu pun syarikat.
Berbeza dengan wanita bernama Dila Luvy yang memilih untuk ke sana sendiri tanpa pakej. Jom baca perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun facebooknya.
U.M.R.A.H. D.I.Y. T.A.N.P.A. P.A.K.E.J. Assalamualaikum semua. Awal 2018 yang lepas kakak ada up gambar kami suami isteri umrah tanpa pakej. Dan lepas tu ramai kawan2 yg minta kongsi cerita. Tapi disebabkan ramai yang ingat UMRAH DIY ni melanggar undang2, kami malas nak hebah2 kan. Tapi, sejak Saudi lancarkan tourist Visa, secara tak langsung UMRAH DIY sudah dianggap ‘halal’. Makanya, cerita ini untuk korang semua yang kakak dah janji. Sori lambat! Hehe..
️Disclaimer️ Kak oishii takde niat nak menunjuk, apatah lagi nak menjatuhkan periuk nasi kawan2 yang buat pakej umrah. Cuma ini guide untuk kawan2 yang nak pergi dengan plan sendiri. Tak semua orang ada cuti 12 hari untuk umrah, tak semua ada 6-7k untuk umrah. InsyaAllah trip DIY kome blh plan sendiri, bajet sendiri, masa sendiri. Good luck!
1. FLIGHT BOOKING Boleh survey semua airlines. Biasanya Saudia, MAS, AirAsia ada direct flight. Kalau transit mungkin lebih murah, eg: Oman Air, Etihad, Sri Lankan, Turkish Airlines. Tapi masa transit tu adakah berbaloi, terpulang masing2.. ️ Kami hari tu amik AirAsia. RM1750 sorang without luggage/food/seat. Tersangat murah. Then kakak tambah front seat, makan, luggage jadi RM2350 return. Kebetulan masa pergi flight kosong, makanya berbaring lah deme guna 2-3 seat sorang. Selesa habis. Guideline kakak, RM2500 (all in) ke bawah boleh grab. Budget terbesar utk umrah DIY memang flight tiket. So, choose wisely!
2. HOTEL BOOKING Jarak hotel sangat memainkan peranan. Kat madinah rata2 hotel dekat murah je. Lebih murah dari Makkah. Kat Makkah, ada kawan2 DIY dapat rate Hilton sgt murah utk bilik 4 org. SAR 245/nite je! So untuk hotel dah boleh plan sesuai bajet. Tempah kat agoda atau booking.com etc. Sama je macam korang g travel ke Europe tu. Guideline kak oishii, kome amik yg free cancellation. Bila ada offer yang lebih murah, boleh cancel yang first, book baru. Hihi Kami stay Hotel Saraya Eiman Makkah (300m ke dataran) SAR 220/nite. Madinah Zowar International Hotel (300m ke Gate 25 – pintu wanita. Straight pergi Raudah) SAR 259/nite.
3. VISA Sekarang VISA UMRAH dah bukak seawal 10 Muharam rasanya. Dan tutup 15 Syawal. So boleh plan pergi dlm tempoh masa ni. Utk urusan Visa, kena ada flight tiket, hotel booking, surat nikah/sijil lahir, bukti cucuk vaksin, travel insurans. Untuk Visa, kami ada contact orang yang boleh buatkan. Nak yang ni, kena PM tepi. Tak boleh disclose bagi menjaga kepentingan banyak pihak . Kos RM350 sorang (Januari 2018). Sebenarnya, kami masih pergi dengan VISA UMRAH yang sah. Jadi bagi Saudi, kami datang dari group company yang buatkan VISA UMRAH kami. Muasasah di Saudi, muasasah company tu. Jadinya, UMRAH DIY KAMI HALAL di sisi undang2 Saudi. Yang kome baca kat paper kata UMRAH DIY HARAM tu, tak sama dengan kes kami dan kebanyakan geng2 DIY yang lain. Tapi ini semua dulu. Sekarang 2019 dah ada VISA PELANCONG. Sangat2 lah senangnya. Wanita tak perlukan mahram, tak perlu kad suntik vaksin, flight, hotel semua. InsyaAllah soon kami bakal terbang dengan VISA PELANCONG ni. InsyaAllah kak oishii share lepas balik nanti ye..
4. MAKAN Bab ni pun sama korang boleh control ikut bajet sendiri. Macam kami laki bini hantu nasi arab, so memang hidup senang la kat sana. Puas makan. Kalau yang memang selera melayu tu jangan risau, ada Felda D’Saji kat Makkah n Rumah Makan Indonesia kat Madinah (update: katanya dah ada Rumah Makan Malaysia kat Hotel Dar Eiman Madinah). Bajet makan kami dlm RM50/pax/day. Kalau hotel Saraya Eiman nak fullboard makan tambah SAR40 masa tu. 5. GROUND TRANSPORT Boleh check facebook Umrah Taxi, Umrah Taxi Express, Umrah Cab. Kalau berdua macam kami banyak guna Uber dan Careem (apps macam grab). Untuk Umrah 2020 kakak amik pakej Umrah Taxi sebab sekali harung utk 1 keluarga. Umrah Taxi ni kita bayar masa kat sana. Cuma booking je awal2. Atau yang muda mudi takde anak kecik tu boleh amik SAPTCO bas. Coach selesa jugak kata kawan2. Kakak xpernah guna. Train pun kakak takde pengalaman. Dengar dari kawan2 je. Kebetulan sebulan sebelum kakak fly hari tu, Saudia Airlines buat offer. Jadi kami amik flight domestic Jeddah-Madinah. SAR 200 seorang return. Kalau sedan car mau SAR 400 one-way. Hihi.. Ziarah Makkah, Madinah semua kak oishii guna Uber n Careem je. Senang n murah. Ada yang kami naik bas utk niat ke Tanaim. SAR 3. Ada kawan ke masjid Quba hari2 pun naik bas. Nanti kakak cuba..
6. ZIARAH & MUTAWWIF Kami tak amik mutawif masa trip ni sebab rasa boleh handle sendiri berdua. So semua ziarah naik Uber je. Untuk next trip kami pergi keluarga besar, maka amik student Malaysia yang kat sana untuk ziarah Makkah, Madinah n Thaif. Sambil2 tolong dorang jugak.. Boleh PM kakak kalau nak contact k.. 7. TRAVEL INSURANS DAN CUCUK VAKSIN Sangat2 penting. Kalau VISA UMRAH wajib ada. VISA PELANCONG takyah. Macam travel ke tempat2 lain jugak. Beli je online. Kakak sekeluarga memang amik annual travel plan. Vaksin pun kami amik walaupun sekarang dah tak payah ada. Tapi mencegah kan lebih baik dari mengubati?
8. AIR ZAMZAM Air zamzam ni boleh beli kat airport Jeddah/Madinah kat luar. Sebelum kome masuk check in. SAR 5 je untuk botol 5 liter. Tapi 1 pasport boleh beli sebotol air je. And airlines tak kira 5 liter ni dalam pakej bag kita. Kira memang dorang bagi free bawak balik.
9. BAJET TOTAL Jadi untuk trip ni total bajet kakak dalam RM 4000 seorang untuk 8 malam rasanya. (Nanti peh balik Malaysia kakak update exact figure. Ada tulis dalam buku. Kakak jauh diperantauan ni, tak ingat. Hihi..) Dengan perjalanan yang smooth, hotel dekat, kakak rasa sangat2 puas hati dengan DIY umrah ni. Harap yang ke depan bersama keluarga besar ni pun Allah permudahkan jugak. Kome doakan jugak ye? Nanti kakak share pengalaman yang ni pulak. Ke kome nak kak oishii update live nanti?
———————————————————————————— Notakaki : UMRAH DIY ni kakak tak galakkan untuk first timer. Sebab kita datang nak beribadah, biarlah pakej tour uruskan semua. Kita ikut dan focus ibadah je. Yang dah pernah pergi, nak plan aktiviti dan bajet sendiri, nak rasa manisnya tak bazir banyak masa, silakan. Sekali lagi, kalau rasa bermanfaat, sharelah untuk panduan kawan2 lain bersama. Yang khilaf atau tak jelas, maafkanlah kami.. Mana yg tertinggal, boleh la tambah kat komen bawah. So, semua boleh baca dan dapat manfaat bersama.. Cdt: dila luvy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di