Sering kali kita dihidangkan dengan kisah ibu tiri yang pemarah dan suka mendera. Namun jarang yang mengangkat martabat dan berkongsi kisah manis dengan wanita kedua dalam hidup selepas ibu kandung.
Berbeza dengan pengacara TV bagi program 9999, Anim Ezati yang baru-baru ini berkongsi kisah yang sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu tiri yang menjaga dirinya sejak kecil lagi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Anim berkongsi gambar bersama ibu tirinya beserta kapsyen menyentuh hati.
Ads
“Seorang wanita yang cukup tabah, cekal, ikhlas dan kuat semangat. Menjadi ibu tunggal besarkan kami lima beradik tanpa membezakan kasih sayang. Dia lah Ibu tiri yang ku anggap Ibu Bapa kandungku.
Terima kasih Mak sebab jaga Anim dengan baik lepas Abah dan Mama pergi. Sayang mak. Sangat,”ungkap Anim Ezati menerusi laman instagramnya.
Membaca di ruangan komen, rata-rata mengakui tersentuh dengan kapsyen yang ditulis oleh Anim dan ada yang mengakui ibu tiri Anim seorang yang baik dan tabah.
aidamohd72 Alhamdulillah. Kalau tak baca caption; saya ingat kan ibu kandung Cik Anim
sadiq0723 Allah.. Aamiin .. Yang ni mahal…?cukup berharga….kirim salamku pada bonda..
yuyuenothman Sedekahkan al-fatihah untuk kdua2 ibu bapa anim..anim pon strong women mmbesar brdikari dr umur kck lg..da xde kdua2 org tua.aku sayang kau ok.tc nim
aiman_372 Tapi muka sama ingat ibu masyaallah sedih pulak rasanya
Selain tisu kering, tidak dinafikan penggunaan tisu basah untuk kerja-kerja membersih semenangnya amat diperlukan seharian.
Tak hairanlah kos untuk tisu dan kain pengelap ini perlu diperuntukkan setiap hari. Namun bagi menjimatan rupanya ada tip untuk membuat tisu basah ini sendiri di rumah. Jom cuba perkongsian tip ini.
Bahan yang diperlukan:
1 gulung tisu dapur
Bekas untuk letak tisu basah
1/2 cawan air
1/2 cawan cuka putih
Beberapa titis minyak essensial (boleh cuba lavender, tea tree dan sebagainya)
1. Potong tisu dapur kepada dua bahagian. Pastikan anda menggunakan pisau yang tajam supaya potongan jadi kemas.
2. Kemudian, campurkan air, cuka dan juga minyak essensial. Kacau rata.
3. Masukkan tisu dapur dalam bekas lalu tuangkan campuran cecair tadi pada tisu basah dengan rata. Biarkan ia menyerap semalaman.
4. Pada keesokan hari, keluarkan kertas bahagian tengah tisu tersebut dan sedia untuk digunakan!
Berita kelahiran puteri kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor nyata membawa khabar gembira yang cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. Perkhabaran ini bukan sahaja mengundang rasa syukur, malah menzahirkan kegembiraan yang dikongsi bersama oleh masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangan keluarga diraja Johor.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sekali lagi dikurniakan cucunda apabila Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, isteri kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad, 5 April.
Perkhabaran penuh bermakna ini dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Pengumuman tersebut turut disertakan dengan kenyataan rasmi daripada Jumaah Majlis DiRaja Johor.
Menurut kenyataan itu, puteri yang dilahirkan merupakan anakanda kelima kepada Tunku Mahkota Ismail dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor. Ini menjadikan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri kini mempunyai tujuh orang cucunda.
Pengumuman rasmi telah dibuat oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli. Dalam kenyataan tersebut, beliau memaklumkan bahawa Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan puterinya berada dalam keadaan sihat walafiat.
Berita ini pastinya melegakan seluruh rakyat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga diraja. Kelahiran ini juga disambut dengan penuh rasa syukur dan doa agar kedua-duanya terus berada dalam keadaan baik.
Jumaah Majlis DiRaja Johor turut menzahirkan doa agar Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor. Doa yang sama turut dipanjatkan oleh rakyat Malaysia yang menumpang gembira dengan berita tersebut.
Bagi masyarakat, setiap perkembangan melibatkan institusi diraja sering menjadi perhatian. Hubungan erat antara rakyat dan keluarga diraja menjadikan berita seperti ini sangat dekat di hati semua.
Untuk rekod, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor telah diijab kabul bersama Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober 2014. Sejak itu, pasangan diraja ini melayari kehidupan berumah tangga dengan penuh harmoni dan dikurniakan lima cahaya mata.
Kehadiran puteri terbaharu ini melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga tersebut yang kini mempunyai dua putera dan tiga puteri. Ia juga menjadi detik manis buat datuk dan nenek mereka, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri.
Semoga puteri yang dilahirkan ini membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah serta membawa kebahagiaan kepada keluarga dan negara. Diharapkan juga agar kehidupannya sentiasa dilimpahi rahmat, perlindungan dan keberkatan Allah SWT sepanjang hayat.
Sesungguhnya, kelahiran ini bukan sekadar berita biasa, tetapi satu peristiwa yang menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menzahirkan kasih dan hormat kepada keluarga diraja Johor.
Kita sering dengar banyak nasihat yang diberikan dalam menjaga hubungan suami isteri agar kekal bahagia, antaranya adalah isteri perlulah hormat suami dan pihak suami juga perlulah menghargai isteri. Cara bagaimana suami menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan isteri, ianya dilihat dari sudut pandang yang luas.
Andai suami membantu meringankan urusan isteri dalam mengurus rumah tangga, bercakap dengan nada yang lembut, mengingati tarikh-tarikh istimewa dan banyak perkara lain juga adalah suatu cara menzahirkan rasa penghargaan pada isteri. Apatah lagi dengan pemberian hadiah.
Berkongsi kisah tentang cara menghargai isteri, seorang suami ini meluahkan rasa penghargaan kepada isteri tercinta yang sanggup menahan kesakitan beberapa kali demi melahirkan zuriat. Sebagai balasannya, suami ini menghadiagkan kereta Mazda CX-5 buat isteri tercinta, nyata cukup terinspirasi kisahnya.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya;
Hadiah sebab beranak
Alhamdulillah hari ni bagi hadiah kereta kat isteri. Dah lama dia guna Axia sebelum ni. Dia kata ok je naik kereta Axia, dia tak kisah kalau tak beli kereta baru.
Tapi saya tetap belikan hadiah kereta ni sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan dan ketabahan dia mengharungi kesusahan mengandung dan proses kelahiran baby Noura.
Baby Noura lahir pada 15 Mac 2021 Alhamdulillah.
Nampak sangat penat masa mengandung, sakit urat, sakit badan tak selesa. Waktu nak bersalin pula dia kata sakit contraction macam kena langgar lori. Ya Allah tak boleh nak bayang macamana kena langgar lori banyak kali setiap 4 minit.
Tuan-tuan, isteri kita sanggup mempertaruhkan nyawa untuk beranak, ia antara hidup dan mati.
Lepas tu sambung pula pengorbanan dalam proses penyusuan selama 2 tahun, setiap hari tak cukup tidur.
Hadiah kereta ni memang tak dapat nak balas nilai pengorbanan isteri, tapi at least boleh buat dia rasa dihargai. Itu yang penting.
Sebenarnya isteri selalu penat uruskan baby, bila kita bagi penghargaan dapatlah kurangkan sikit rasa penat tu.
Hadiah tanda penghargaan tak semestinya besar nilainya, kalau sekadar sejambak bunga pun dah ok. Tapi tu lah, kedai bunga susah nak jumpa, tak macam kedai emas merata tempat ada. Jadi nak senang beli je lah rantai ke gelang ke ok dah. Untuk isteri kita juga bukan orang lain.
Kalau tak bagi hadiah material tak apa, yang penting suami kena sama-sama jaga anak dan tolong uruskan rumahtangga. Biar isteri dapat rehat dan kurangkan rasa burnout.
Tapi kan jaga anak dan urus rumahtangga memang tanggungjawab bersama. Itu benda biasa. Buatlah benda special sikit dengan bagi hadiah penghargaan. Berbunga-bunga hati isteri.
Ada hadith tentang pahala belanja isteri dan keluarga adalah ganjaran paling tinggi. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ، وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ، وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ، أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ
Maksudnya: “Duit yang kamu belanjakan di jalan Allah dan duit yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan duit yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta duit yang kamu belanjakan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu belanjakan kepada keluargamu”. [Riwayat Muslim (995)]
Terima kasih suri hatiku Widyana Ali sebab banyak berkorban untuk abang dan anak-anak.
Dunia seni tanah air hari ini diselubungi rasa duka apabila kehilangan seorang figura hebat dalam industri perfileman tanah air, Datuk Seri Maria Menado, yang...