“Bestnya, Suka Suasana Ni. Anak-anak Pun Tak Kekok.” Shuib Sekeluarga Rasai Suasana Berpuasa Di Kampung Buat Ramai Teruja

Share

Tahun ini merupakan tahun pertama Shuib dan anak-anak meraikan kedatangan Ramadan tanpa kehadiran Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat jangkitan Covid-19.

Mengakui sambutan kali ini cukup berbeza dan ketiadaan isteri tercinta memberi kesan pada pelawak dan usahawan ini. Namun demi anak-anak dia cuba kuatkan diri.

Terbaru, menerusi laman Instagramnya, Shuib membawa anak-anaknya pulang menyambut kedatangan Ramadan di Kampung Parit Amin, Bagan Serai, Perak.

Kepulangan mereka sekeluarga memberi peluang buat anak-anak merasai sendiri suasana berpuasa di kampung. Selain empat orang permata hatinya, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Martin dan Ayash Affan, ibu Shuib turut serta bersama.

Perkongsian tersebut dimuatnaik Shuib atau nama sebenarnya, Shamira Muhamad, 38, yang berkongsi foto rumah kampung tempatnya membesar.

“Selamat pulang Shuib,” katanya dalam Insta Story sambil menunjukkan suasana kehijauan yang melatari kampung halamannya.

Dia juga turut memuatnaik gambar tengah bersila di lantai bersama anak-anak sedang menikmati juadah berbuka.

Rata-rata warganet teruja dengan perkongsian tersebut sambil mengakui rindu untuk merasai suasana berpuasa di kampung.

mlutfialhashir Allah bestt nyaaa vibe mcm niiiii serious besttt
njthebagempire Ni lah nikmat sebenar berbuka puasa yg kian hilang. Makan kat bawah, makan apa ada je, ya Allah rindu sangat. Nikmat!!!
azizah0104 Teringat msa kecik²seronok mkn cam ni ramai²
suhanasubri5 Bestnyaaa ..suka la suasana cmniiii😍😍😍😍
sweet_shamil72 Masha Allah sweet family 😊
seven7february2 Wahhh bestnyeeee 😍😍😍

Sumber: shuibsepahtu


ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN