Siapa pernah alami rasa sakit pada tumit kaki memang terasa seksa nak berjalan. Paling ketara apabila baru bangun daripada tidur. Kaki tak dapat memijak lantai dengan baik dan sudahnya jalan pun terhencot-hencot. Memang sakit.
Ubat-ubatan moden memang membantu, namun setelah ubat habis, kaki akan kembali sakit seperti sediakala. Jika mengalami sakit secara berterusan, ada baiknya anda cuba berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Manalah tahu anda mengalami masalah tumit serius seperti Calcaneal Spurr atau sebagainya.
Tapi anda juga boleh usahakan cara tradisional untuk mengurangkan sakit. Manalah tahu dengan izinNya, sakit akan makin berkurang. Berikut merupakan petua yang dikongsikan oleh AuntyN di blog peribadinya, auntyn.blogspot.my. Sangat membantu. Jom ikut cara yang dilakukannya.
Aku post kat sini petua ni untuk sapa-sapa yang sakit tumit tu supaya boleh amalkan. Manalah tahu kan, ada yang dah lama menderita sakit tumit tu, dah cuba macam-macam tapi tak menjadi kan.
Sama-sama kita cuba dan bertawakal kepada Allah sebab Allah yang menyembuhkan. Petua ni hanyalah ikhtiar dari kita dengan ilmu yang diberi kepada sesiapa yang DIA mahu.
Petuanya adalah seperti berikut :-
1. Ambil betik muda (betul-betul muda).
Ads
2. Letak atas api dapur dan bakar hingga hangus (bakar one side, dan letak atas api, jangan di balik-balik, biar jer gitu)
3. Dah hangus sebelah, angkat dan alaskan dengan kain (beberapa lapis).
4. Letakkan kaki atas betik (Jangan sampai kaki terbakar, kalau panas tambah kain lagi).
5. Biarkan kaki atas betik sehingga betik tu suam. Alihkan kain.
Ads
6. Tekan lagi kaki sehingga betik berlubang. Dalam lubang ada air, rendamkan tumit ke air ni.
7. Siap dan lapkan kaki dengan kain kering.
Kalau ada gout atau toksin, akan terdapat lebam-lebam dekat kaki. Mungkin juga akan kena cirit-birit. Begitu kata AuntyN lagi.
Ads
Cara Legakan Sakit Kaki
Diantara cara lain yang boleh dilakukan untuk melegakan masalah tumit yang sakit ini adalah menjaga beberapa perkara ini. Semua ini amat membantu tumit kaki kita menjadi lebih baik. Sambil amalkan petua di atas, amalkan juga kaedah ini. Semua ini akan turut sama membantu.
1. Ketika bangun dari tidur, jangan terus berjalan sebaliknya lakukan sedikit senaman kaki. Lakukan regangan kaki dengan memusingkan kaki secara perlahan-lahan.
2. Gerakan dan senaman pada kaki membolehkan oksigen dan darah sampai pada kaki dengan baik dan sakit pun makin reda.
3. Rendam kaki dengan air suam yang diletakkan garam atau air herba.
4. Jaga kaki dengan pemakaian kasut sesuai. Keluarkanlah sedikit bajet yang besar untuk membeli kasut yang selesa dan baik untuk kaki.
5. Mulakan memijak hujung kaki dan kemudiannya barulah tumit.
Sumber: AuntyN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan terapeutik yang diingini.Namun begitu, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
TIP MESTI TAHU
Berikut adalah tips cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul:
.
1. SIMPAN ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.
Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan. Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.
.
2. SIMPAN ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).
Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.
.
3. SIMPAN ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:
.
• Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
• Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
• Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
.
Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu. Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.
.
4. SIMPAN ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.
.
5. SIMPAN ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.
Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.
.
1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.
.
2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.
.
3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.
.
4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian.
5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jam 8 malam tadi kita mendapat perkhabaran duka apabila pelawak dan pengacara, Pian Cecupak, 52, menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat serangan jantung di kediaman ibunya di Taman Datuk Senu, Sentul.
Dipercayai Akibat Serangan Jantung
Berita pemergian anggota kumpulan lawak jenaka, Cecupak yang popular era 1990-an itu disahkan oleh adik perempuan, Hassenah Abdul Raman.
Hassenah berkata, Pian atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Raman ditemui terbaring dalam bilik air oleh ibunya.
“Arwah mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat, selama ini.
“Saya diberitahu, mak tersedar arwah sudah terbaring dalam bilik air pada jam 8 malam. Arwah memang duduk dengan mak.
Susulan itu jenazah Allahyarham telah pun dibawa ke hospital dan kemungkinan besar kematian berpunca daripada serangan jantung.
Tambahnya lagi, arwah tidak melakukan rawatan khusus untuk masalah jantung sejak empat tahun lalu. Arwah hanya bergantung pada ubatan sahaja.
Kesihatan Makin Merosot
Difahamkan juga bahawa kesihatan arwah memang agak merosot sejak akhir ini. Arwah sering mengadu sakit dada. Bahkan menurut ceritanya, arwah Pian pernah dikejarkan ke HKL akibat sesak nafas, sebelum disahkan mengalami serangan jantung pada 17 Oktober 2018.
Doktor mengesahkannya mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).
Susulan itu, arwah perlu membuat rawatan angiogram dengan kos perubatannya mencecah puluhan ribuan ringgit.
Urusan Pengkebumian Pagi Ini
Hassenah memaklumkan, jenazah arwah kini berada di rumah ibu di Taman Datuk Senu untuk urusan pengebumian.
“Jenazah akan dibawa ke surau berdekatan rumah. Insya-Allah, urusan pengebumian akan dilakukan, pagi ini.
“Cuma, saya belum dapat dipastikan lokasi pengebumian,” katanya.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Mengambil air manis atau dengan kuantiti gula yang tinggi sememangnya perlu dikurangkan terutama buat pejuang garis dua.
Menurut satu kajian, pengambilan gula secara berlebih terutama minuman manis boleh menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki.
Ini bermakna sekiranya anda sedang dalam fasa TTC atau ‘trying to conceive’, dinasihatkan agar menghadkan pengambilan gulan supaya kekal subur.
Pengambilan gula secara berlebih terutama dalam air manis boleh mengakibat kualiti air mani terjejas, penambahan berat badan dan rintangan insulin.
1. Rintangan insulin
Insulin adalah hormon yang dirembeskan oleh pankreas. Peranan utamanya adalah untuk mengawal paras gula darah dalam badan anda.
Rintangan insulin bermaksud ketidakupayaan otot, lemak dan sel hati untuk bertindak balas terhadap insulin dan menyerap glukosa daripada darah anda. Oleh itu, pankreas akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk memudahkan kemasukan glukosa ke dalam sel anda.
2. Kualiti air mani terjejas
Sama seperti wanita, kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuk pengambilan gula. Satu kajian menunjukkan penggambilan gula secara berlebihan dikaitkan dengan pengurangan kepekatan sperma pada lelaki.
Penurunan kepekatan yang ketara dilihat daripada pengambilan gula daripada minuman ringan dan gula dalam produk makanan.
Pengambilan minuman ringan dalam kajian ini tidak berlebihan, dengan purata hanya 0.2 minuman sehari, tetapi ia masih mengurangkan kepekatan sperma antara 18-23%.
3. Penambahan berat badan
Terlalu banyak gula dalam pemakanan seharian boleh menyebabkan penambahan berat badan dan peningkatan lemak dalam badan.
Walaupun penambahan berat badan yang sederhana mungkin bermanfaat untuk kesuburan jika anda dianggap kurang berat namun pengambilan gula bukanlah cara yang ideal.
Sebaliknya, anda boleh menyokong kesuburan anda dengan menambah berat badan dengan diet yang sihat dan padat kalori jika anda kurang berat badan.
Sekiranya anda dan pasangan sedang dalam fasa TTC, kurang-kurangkanlah mengambil minuman bergula. Biar sihat!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Sepanjang tempoh KPK ini ramai pakar...