Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan pemberian moratorium secara automatik selama enam bulan kepada semua peminjam sama ada daripada golongan B40, M40, T20 dan usahawan mikro.

Tan Sri Muhyiddin Yassindalam kenyataan tersebut berkata, tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, semakan sama ada kehilangan pekerjaan dan dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Begitu pun, terdapat pelbagai spekulasi di luar berkenaan pengumuman tersebut. Jika anda masih keliru dengan isu ini, mari baca penerangan yang dikongsikan oleh ‘Izzat Yuzihan , Financial Consultant menerusi laman facebooknya.

“Betul Ke Ambil Moratorium 6 Bulan, Kena Extend 2 Tahun? Lelaki Ni Kongsikan Pandangan Yang Ramai Perlu Tahu!

BETUL KE AMBIL MORATORIUM 6 BULAN LOAN KENA EXTEND 2 TAHUN?

Moratorium adalah penangguhan bayaran, bukan pengecualian. Bermaksud jika kita tak bayar sekarang, kemudian kita tetap akan kena bayar.

Hire-purchase loan atau loan kereta biasanya jenis fixed rate, jadi tak akan terkesan bila kita ambil moratorium pada 7 July ni. Cuma kena extend loan shj macam biasa. Moratorium 6 bulan, bermaksud 6 bulan shj loan kena extend. Unless loan kereta korang jenis effective rate lah.

“Betul Ke Ambil Moratorium 6 Bulan, Kena Extend 2 Tahun? Lelaki Ni Kongsikan Pandangan Yang Ramai Perlu Tahu!

Yang kecoh pasal ada kat website Maybank mention pasal kalau ambil moratorium 6 bulan, loan kereta kena extend sampai 2 tahun itu tak tepat. Di website itu betul, tapi kalau nak tahu itu adalah syarat untuk moratorium bersasar (Repayment assistance). Bukan yang moratorium kerajaan umum baru-baru ni. Ini yang ramai orang keliru.

Moratorium yang kerajaan umum baru-baru ni sama macam MCO 1.0 dulu, tiada compounded interest dikenakan dan tiada penalti lewat bayar. Menteri Kewangan pun dah jelaskan berkenaan isu ini.

“Betul Ke Ambil Moratorium 6 Bulan, Kena Extend 2 Tahun? Lelaki Ni Kongsikan Pandangan Yang Ramai Perlu Tahu!

 

Untuk loan jenis effective rate pula seperti loan rumah atau ASB-Financing. Bank profit/interest akan berjalan seperti biasa untuk 6 bulan tu. Ini sama konsep macam lagi lama kita pinjam, lagi tinggi bank profit/interest.

Jadi nak ambil ke tak moratorium ni?

“Betul Ke Ambil Moratorium 6 Bulan, Kena Extend 2 Tahun? Lelaki Ni Kongsikan Pandangan Yang Ramai Perlu Tahu!
Gambar hiasan

Nasihat saya, kalau dah ada emergency saving at least 6-12 bulan kalau taknak ambil moratorium ni pun takpe. Tiada keperluan unless korang tahu nak buat apa dengan duit tu. Kalau untuk yang emergency saving ada cukup-cukup makan je atau takde saving, ambil jelah tak perlu takut loan kena extend 2 tahun ke apa. Itu hebahan yang tak tepat.

Bagi saya, ambil moratorium ni untuk tambah saving. Zaman pandemik ni cash is king. Cash kena kuat untuk survive. Kalau bukan untuk diri sendiri pun, boleh guna untuk bantu ahli keluarga dan kenalan terdekat yang tengah financially tersepit sekarang. Bantu mereka.

Harap jelas sedikit sebanyak berkaitan isu ini.
.
.
‘Izzat Yuzihan
Financial Consultant
.
#ijatyu #FullFinancialConsultation


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI