Semakin dekat nak peperiksaan, semakin debaran buat anak dan juga ibu ayah. Biarpun anak tak pandai, tetapi ibu ayah bagilah harapan buat anak. Cara ini memberinya semangat buat dirinya.
Walaupun kadang, tanggungjawab berat sebagai ibu bapa mencari rezeki, namun apa salahnya selit sedikit ruang waktu untuk memberi semangat dan harapan buat anak-anak. Ingatlah, masa emas bersama anak-anak semasa kecil tidak akan berulang kembali. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi terbaik kepada anak-anak .
Begitu juga dengan perkongsian guru ini dalam status laman facebooknya Mohd Fadli Salleh III. Beliau berharap setiap ibu bapa meluangkan sedikit masa untuk memberi semangat dan harapan buat anak-anak. Biarpun anak-anak kurang bijak, namun, harapan masih menggunung tinggi untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kita bukan yang menentukan hari esok apa yang akan berlaku, hanya tuhan yang menentukan segalanya. Ikuti perkongsian guru ini .
Petang semalam sewaktu dalam kelas saja aku survey tanya murid tahun 6,
“Siapa mak ayah dia tak boleh datang solat hajat malam ini?”
Lebih 10 orang angkat tangan. Terkejut aku. Tak sangka ramai juga. Tu baru sekelas.
“Awak balik rumah, cakap kat mak dengan ayah kata cikgu suruh datang malam ini. Solat hajat beramai-ramai di sekolah malam ini adalah solat hajat terakhir untuk awak semua menjelang UPSR.
Jika mak ada adik, bawa adik sama. Tiada masalah. Jika ayah ada kerja, suruh tinggal sekejap kerja. Datanglah solat hajat. Semua ini bukan untuk cikgu, ini semua untuk awak juga.”
Murid menganggukkan kepala tanda faham. Dan malam tadi, Alhamdulillah bertambah bilangan dari survey awal aku petang semalam.
Namun masih ada beberapa murid hadir tanpa diiringi oleh sesiapa. Mak, ayah atau abang hantar kat pagar sahaja dan pulang.
Malam tadi masa ke kantin lepas solat hajat untuk jamuan makan, seorang murid perempuan dari jauh memanggil aku,
Ads
“Cikgu! Tunggu!”
Aku perlahankan langkah tunggu dia mengejarku dan kami berjalan beriringan. Sambil-sambil itu aku tanya,
“Awak datang dengan siapa?”
“Ayah hantar,” balasnya pendek.
“Mana ayah?”
“Ayah hantar kat pagar sahaja. Jam 9:00 nanti ayah akan datang ambil. Ayah kata ada kerja,” balas dia perlahan.
Mata hanya pandang lantai tempat kaki melangkah. Sekilas aku perasan, sedikit perasaan sedih dan sebak terbayang di wajah anak itu.
Orang lain, berjalan beriringan dengan ibu ayah ke kantin. Yang berpimpin pun ada. Sambil-sambil berborak dan bercerita dengan gembira.
Ads
Mungkin itu sebab dia panggil aku. Nak berjalan beriringan seolah berjalan dengan ayah sendiri. Dia nak perasaan itu hadir dalam hatinya walau sedikit. Walau tidak sama.
Dia dan segelintir yang lain, hanya cuba menghiburkan diri dengan guru dan kawan-kawan senasib. Bergelak ketawa, bergurau senda dan bermain sesama mereka.
Nampak luaran gembira, namun percayalah. Di dalam hati mereka terasa satu perasaan mengharap ibu dan ayahnya hadir sama.
Ibu bapa. Bila pihak sekolah anjurkan program tolonglah luang masa dan hadir.
Terutama jika anak kita di tahun peperiksaan. Program bertemu waris, program solat hajat, program diskusi bersama pihak sekolah dan guru, tolonglah hadir.
Itu anak kalian. Anak kandung kalian yang dari kecil kalian dukung, tatang, mandikan, suap makanan, belai, hiburkan dan segala macam.
Ads
Kenapa bila rasa anak sedikit besar, maka boleh lepaskan begitu sahaja?
Mereka masih anak yang sama kalian pernah suap nasi dahulu. Anak yang sama kalian pernah basuh berak kencing mereka.
Susuk tubuh mungkin sudah besar bagai orang dewasa. Namun mereka tetap anak kecil kesayangan kalian suatu ketika dahulu lagi.
Mereka sangat perlukan sokongan dan semangat dari kalian. Meski pun tidak berjalan beriringan, tidak berkepit dengan mak ayah sewaktu program sekolah, namun sesekali mereka akan mencari-cari.
Ya, anak-anak ini mencari-cari wajah ibu dan ayah mereka dicelahan ratusan wajah-wajah lain.
Sebaik terpandang wajah ibu atau ayah, satu perasaan lega dan selamat pasti hadir dalam lubuk hati. Satu perasaan yang sukar aku nak ungkap dengan kata-kata. Seolahnya hati berkata,
‘Oh, ayah dan ibu aku ada.’
Pasti hadir perasaan tenang, lega, selamat dan memberi semangat.
Kita pernah menjadi anak kecil suatu ketika dahulu. Aku yakin kalian faham perasaan itu.
Biar Anak Tak Pandai, Bagilah Harapan Buat Anak Untuk Peperiksaannya. Status Cikgu Ini Penuh Pengisian
Tak kiralah anak kita itu tidak pandai ke, langsung tiada harapan dalam peperiksaan ke, atau pandai berdikari dan urus diri sekali pun.
Itu anak kita. Hadir dan beri mereka satu perasaan yang istimewa buat mereka. Tolong ya!
Dalam keadaan ditimpa musibah wabak COVID-19, telah ramai ahli keluarga menjadi korban. Lebih menyedihkan dengan sekelip mata telah ramai anak-anak kecil menjadi yatim piatu, isteri menjadi balu, dan tentunya kehidupan yang dilalui menjadi sukar bilamana insan tempat bergantung pergi buat selamanya.
Lantaran itu inisiatif yang ditawarkan perlulah diuruskan permohonan oleh waris pesakit Covid-19. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung. Ini berikutan permohonan bagi bantuan khas untuk individu yang terkesan dengan COVID-19 dilihat masih rendah berbanding jumlah kes baharu dan kematian yang dilaporkan meningkat setakat ini.
Memetik laporan Harian Metro, setakat ini, hanya 4,311 waris atau kira-kira 25.07 peratus yang memohon untuk bantuan khas itu berbanding korban Covid-19 dicatatkan semalam, yang berjumlah keseluruhan 17,191 kematian.
Ketua Pengarah Nadma Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, permohonan untuk bantuan itu adalah rendah.
“Hanya 4,311 waris yang menghantar permohonan untuk Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19.
“Maksudnya ada 12,880 (74.93 peratus) waris yang belum hantar permohonan. Nadma menyeru waris supaya membuat dan menghantar permohonan untuk bantuan yang sudah disediakan kepada warganegara sahaja ini.
“Saya dimaklumkan, ada juga waris yang merasakan tak perlu memohon bantuan ini sebab ahli keluarganya yang meninggal dunia (akibat Covid-19) di hospital, diuruskan kemudian dihantar oleh ambulans atau pun aset kerajaan hingga dikebumikan dengan tiada kos yang dikeluarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media maya Tabung Covid-19, Anda Tanya Nadma Jawab menerusi aplikasi Zoom hari ini.
Tabung Covid-19 dilancarkan pada 11 Mac 2020 untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik.
Dana Tabung Covid-19 adalah sumbangan daripada kerajaan, institusi Diraja, anggota pentadbiran, sektor korporat dan individu prihatin yang disalurkan kepada pemohon Bantuan Khas Hilang Pendapatan dan Bantuan Khas Pengurusan Kematian.
Mengulas lanjut, Dr Aminuddin berkata, bagi Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19, RM16.2 juta sudah disalurkan membabitkan 3,235 waris.
“Sementara itu, RM22.2 juta Bantuan Khas Covid-19 sudah disalurkan membabitkan 16,722 pemohon. Ia insentif bantuan RM100 sehari bagi pesakit terjejas punca pendapatan.
“Apa pun, secara keseluruhannya, permohonan adalah sangat kecil berbanding jumlah kes baharu serta kematian harian yang dicatatkan dalam negara,” katanya.
Garis Panduan Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 Nadma
Siapa tak kenal wanita hebat bernama Rozita Ibrahim, Dulu namanya cukup gah sebagai pengasas produk kecantikan dan kesihatan sehinggalah sekarang.
Beliau yang juga merupakan ibu kepada Dato Sri Aliff Syukri dan mentua Datin Sri Shahida juga antara ikon yang sering menjadi tumpuan dalam media sosial.
Selain berkongsi tentang produk yang dihasilkannnya, Bonda Rozita juga sering memuat naik kisah anak-anak dan keluarganya.
Baru-baru ini beliau berkongsi satu video tentang gelagat keluarganya di dalam kereta ketika bercuti.
“Sy suka anak sy kahwin muda sbb nk jaga agama.. Ajim dh 22 sy nak kawinkan tp xd calon yg sy suka..he he wajjb fasih Quran syarat utama sy
Tujuan sy supaya mereka x buat maksiat.. lagi cepat bina keluarga.. lagi cepat rasa bertanggungjawab.. lagi kuat family..
Itu padangan sy..senda gurauan kami di dalam kereta alahai kalau syukri mmg sifatnya suka membahan org.. lawak dn meninggi diri.. kami dh tahu prangai dia.. mmg xtahan dia buat lawak.. dia je semua good ..lawa..hensem..kami semua hodoh..!!
Sampai ida ckp nak bersalin je takut “sy bersalin mak.. takut sgt.. apa komennya kalau comel muka anak xpa..kalau hodoh hadoi..Nasib baik comel terus dia cakap muka syukri.. kalau hodoh.. muka sy mak”,”ujar Bonda Rozita.
Dalam masa yang sama, beliau meminta netizen memaafkan anaknya, Dato’ Sri Aliff yang sering ‘lepas cakap’ Bahkan menurutnya sebagai ibu, beliau sendiri sering dikutuk oleh anaknya itu.
Ha ha dah lama kawin kenal dh perangai dia..Sy cakap Ida Gurau dia mmg kita jadi kereta kebal bkn setakat ajim ajah.. sy emaknya pun dia hina..
Dia kata muka mak skrg adalah muka ketinggalan zaman.. kalau dgr kata2nya bukan setakat nk lempang.. rasa nak cangkol.. nak pijak.. nak simbah air panas.. semua ada.. mmg mulut insuran tinggi betul dia ni.. lawak tahappp klu org xblh paham dia melawak atau menghina konfius.
Baik sgt2 kri ni kami je kenal..followers smua maafkan anak sy kri ya ..Dia ni dah 30an pun kena matah kena pukul lagi dgn sy..!! Kalau sy nangis baru dia berhenti buat hal..Ni kat Australia ni pun dia nk merapu ..sy libaskan je dia apa ada kat tangan..geram sgt,”ujar Bonda Rozita lagi.
Berakhir sudah penderitaan yang ditanggung adik Nur Umairah Jannah yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak atau hydrocephalus sejak lahir lagi. Penderitaan yang dialaminya itu menyebabkan kepalanya semakin membesar disebabkan terkumpulnya air dari otak.
Terbaru, menerusi Facebook Syahir Syafiq, lelaki itu berkongsi berita bahawa adik Umairah telah pergi menghadap ilahi. Lebih menyedihkan, dia sepatutnya menjalani pembedahan hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Perancangan Allah lebih hebat
Syahir sebelum ini memuat naik satu perkongsian memberitahu allahyarham bakal menjalani pembedahan. Menurutnya, berkat doa seluruh rakyat Malaysia, pembedahan membuang cecair tersebut bakal berlangsung. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila dia dijemput dahulu oleh Ilahi.
Dalam pada itu, Syahir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan dan berdoa kepada adik Umaira selama ini. Dia turut mendoakan kanak-kanak itu tenang dan gembira bermain di dalam syurga.
Selain Syahir, turut berkongsi berita yang sama adalah SweetDhuha.
Pemergian Jannah sangat mengejutkan kerana dia sepatutnya menjalani 0peration di HUKM kali pertama dalam hidupnya. Sebelum itu, dia juga pernah beberapa kali mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di pusat rawatan sama sambil dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perak yang telah menyumbangkan sebuah unit kenderaan ambulan khas bagi tujuan tersebut.
Terdahulu, pergerakan adik Jannah difahamkan semakin terbatas sejak dia berusia 8 bulan dan hanya mampu berinteraksi sambil dalam posisi baring apabila keadaan kepalanya yang semakin membengkak.
Rata-rata netizen yang membaca kisah adik Nur Humaira mengakui sedih dengan berita tersebut dan mendoakan semoga keluarga allahyarham sabar dengan dugaan tersebut.