Didik anak hidup cara sederhana dan erti kasih sayang, bukannya kebendaan, adalah antara cara asuhan selebriti Johan dan Ozlynn kepada anak-anaknya.
Lantaran itu, baru-baru ini ketika meraikan ulang tahun hari jadi anak kelima mereka, Nur Latifah Moleiq Hanania dilakukan secara sederhana.
RAIKAN HARI JADI ANAK BONGSU CARA SEDERHANA
“Selamat hari lahir my baby moleiq.. 17 june.. bukan mama x adil kerana meraikan kamu dlm keadaan yg sgt bersederhana.. tp mama n papa kamu sentiasa belajar.. belajar bersyukur dgn apa adanya..
Ads
“Kurniaan kamu dlm keluarga Hanania sgt2 berharga dan dinantikan.. biar memori kasih syg lebih terikat indah dlm ingatan bukan wang atau hadiah mahal yg jadi igauan.
“Kena belajar sedar diri.. esok dh besar kamu dpt nilai sendiri keluarga adalah segalanya..
“sayangi keluarga.. kasih syg kekal abadi.. supaya x menyesal kemudian hari kerana keluarga hilang tiada ganti..
Ads
“Menghormati mereka yg menerima kita seadanya.. kerana keluarga yg sebenar adalah yg menerima segala kekurangan kita dan bantu kita ketika kita leka dan lalai.. semoga kalian 5 beradik hidup dgn penoh kasih dan syg hingga syurga abadi aameen.”
Untuk makluman, Baby Moleiq lahir dengan berat 3.9kg merupakan anak bungsu daripada lima cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq. Pasangan selebriti telah berkahwin pada 25 Julai 2009 sering memaparkan kisah kehidupan mereka sekeluarga di instagram yang mendapat tumpuan netizen.
Foto : Instagram Ozlynn
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berkenalan sejak dibangku sekolah lagi, pasangan ini membuktikan tiada istilah cinta monyet. Jodoh yang kuat membawa mereka ke jenjang pelamin. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.
Menelusuri relung hati insan seni bernama Mohd Razlan Mohamed Yusof atau sinonim dengan panggilan Lan Solo mengakui dia dan isteri, Nur Sheila Hassim atau mesra disapa Sheila Razlan yang saling memahami dan sama-sama bekerja keras. Itu yang mengutuhkan kubu rumah tangga mereka sehingga kini.
“Selain menjadi suri dalam hidup saya, Sheila juga merupakan pengurus bagi kerjaya saya. Tak dinafikan, pengorbanan Sheila cukup besar untuk rumah tangga kami. Dia terpaksa melebihkan saya dibandingkan dengan anak-anak. Ada masanya dia terpaksa melepaskan anak-anak pada famili bagi menguruskan saya.
“Baik dalam rumah tangga mahupun kerjaya, kami berdua sama-sama bertatih dari bawah untuk menjadi seperti sekarang. Syukur kerana segala pengorbanan isteri berbaloi. Alhamdulillah, walaupun kini bergelar penyanyi solo namun tawaran tidak putus-putus. Inilah dinamakan rezeki anak-anak.
“Rezeki bila berkeluarga tu berbeza sangat-sangat berbanding saya waktu bujang dulu, kerana itu saya berasa sangat bersyukur. Saya selalu minta pendapat, berkongsi segala masalah saya bersama isteri saya dan dia sentiasa sokong saya susah senang saya dan bila kita usaha InsyaAllah kita akan dapat hasilnya itu nanti,” jelas Lan Solo lagi yang bakal berkolaborasi dalam satu projek bersama bekas anggota asal Kumpulan Kristal tidak lama lagi.
Tambah Lan lagi, dia percaya pada rezeki dan beruntung dapat isteri yang boleh berkerjasama menguruskan kerjaya.
“Alhamdulillah kami sama-sama sentiasa berusaha tanpa rasa putus asa. Sheila sentiasa ada bersama saya ketika jatuh bangun dalam karier sebagai anak seni. Sheila bukan sahaja pengurus yang memahami, malah ibu dan isteri yang bertanggung jawab.
Bawa isteri mengerjakan umrah
Sibuk macam mana pun dengan urusan kerjaya saya, dia masih sempat ‘curi masa’ urusan hal didikan anak-anak. Senang kata, dia boleh berfikir benda lain dalam masa yang sama, sedangkan saya tak mampu berbuat demikian.
“Dalam membesarkan anak-anak, tak dinafikan Sheila lebih tegas saya pula jenis jarang bersuara. Tetapi sekali bersuara anak-anak takut. Memandangkan saya sibuk ke sana ke mari, jadi kalau ada masa terluang, hal anak-anak saya yang uruskan termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah. Inilah saja ruang yang ada untuk menikmati momen sebagai seorang ayah,” ujar Lan yang bakal membawa isteri kesayangannya ini mengerjakan umrah tak lama lagi.
Dari me time jadi our time
Melihatkan kesibukan sebagai pengurus dan juga isteri, penulis sempat menitipkan soalan sama ada Sheila ada ‘me time’ untuk melakukan aktiviti yang digemarinya.
“Sejak kahwin sedekad lepas, saya tak pernah ada me time. Sebab saya hanya ada Lan sebagai kawan. Kekok kalau dia tak ada. Kalau pergi meeting yang dia tak ada pun misalnya, saya akan wattsapp atau voice note untuk dia sama-sama bagi keputusan. Bukan saja saya, malah Lan pun tak pernah ada me time dia. Jadi me time adalah masa kami berdua. So jadi la our time,” seloroh Sheila lagi.
Jelas Sheila, kesibukan menguruskan kerjaya Lan tidak membuatkan dia mengabaikan tanggung jawab kepada rumah tangga dan anak-anak terutamanya.
“Kalau tak ada urusan,memang saya sepenuhnya bersama anak-anak. Apabila anak-anak masuk tidur dan siapkan kerja rumah, baru saya sambung balas wattsapp atau apa sahaja pasal kerja.
“Saya dan Lan sangat mementingkan komunikasi dan sentiasa berbincang. Jadikan pasangan keutamaan dalam apa jua situasi. Elakkan berkongsi masalah dengan sesiapa sahaja waima famili sendiri. Dugaan itu yang mengeratkan hubungan. Orang luar tak tidur sebantal dengan kita. Mereka tidak tahu apa, jadi kita tak perlukan orang luar untuk mencorakkan rumah tangga kita,” tegas Sheila lagi.
Lan sensitif tentang anak-anak
Pasangan ini juga pernah diuji ketika Sheila mengandungkan anak keempat apabila bayi tersebut dikatakan mempunyai masalah.
“Apabila xandra disahkan sumbing (klef), saya macam hilang upaya. Saya takut Xandra tak diterima. Jadi,saya korbankan masa kerja untuk bagi sepenuh perhatian pada bayi kami ni berbanding Lan dan anak-anak yang lain. Mujurlah masing-masing memahami dan Lan juga banyak membantu.
“Lan sebenarnya seorang yang sangat sensitif bila bercakap perihal anak. Bukan hanya perihal Xandra, malah hal kakak-kakak dan abang Xandra juga. Dia gigih belajar cara yang betul untuk susukan Xandra supaya Xandra dapat rasa sama seperti yang lain-lain.
“Malah, Lan juga bersengkang mata untuk 30 hari yang pertama untuk belajar apa jua perkara baru tentang Xandra. Bancuh susu, tukar lampin sehingga bila Xandra selsema, Lan belajar untuk sedut hingusnya,” ungkap Sheila lagi.
Lelaki lindungan kaabah
Ditanya mengenai kes kecurangan yang berlaku dalam rumah tangga selebriti sehingga membawa kepada penceraian, jelas Sheila sebagai isteri dia hanya mampu menjaga diri sendiri untuk pandangan suami.
“Selagi namanya lelaki, selagi tu la nafsu dia ada kat mana-mana. Jadi kes sondol menyondol ini bergantung kepada si suami itu sendiri. Setia atau tidak, nampak macam lelaki lindungan kaabah. Tapi apabila orang perempuan melintas pun, menjeling jugak! Fitrah lelaki kan,” ulas Sheila lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak kiralah apa topik sekali pun, sebenarnya seorang isteri suka untuk bersembang dengan pasangannya. Apatah lagi jika suami sudi menjadi pendengar setia untuk berborak, semakin rancak jadinya.
Namun bilamana sikap suami yang acuh tak acuh, sering juga menyebabkan isteri berasa ‘malas’ untuk menyembang. Sedangkan komunikasi itu sangat penting dalam perhubungan.
Menyentuh tentang sikap suami dan tindakannya dalam berkomunikasi serta kesannya dalam perhubungan, ayuh kita baca perkongsian kisah yang dikongsikan oleh Muhammad Yusof ini, semoga memberi manfaat.
Masa saya tunggu order kat kedai makan, ada sorang mak cik dan ada sorang pak cik duduk depan saya. Saya perasan alangkah romantiknya pak cik dan mak cik ni.
Strictly, no hand phone.
Saya perhatikan mak cik tu yang banyak bercakap. Yang pak cik tu dengar je apa yang bini dia tot tet, tot tet. Yelah, perempuan kan dilahirkan untuk bercakap sekurang-kurangnya 20,000 patah perkataan sehari(tak tahu betul ke tidak fakta ni )
Pada saya, ‘seni menjadi pendengar setia’ macam pak cik ni perlu ada pada setiap lelaki. Ya, semua yang bergelar lelaki atau spesifiknya yang bergelar suami.
Kenapa saya cakap macam tu?
Ada orang kata perempuan ni bila dia dah berkahwin, automatik dia hilang semua kawan yang dia ada time dia bujang.
Masa bujang punyalah ramai kawan-kawan yang pi hang out dengan dia, tapi bila dia dah kahwin takde dah dia fikir nak pi keluar dengan kawan-kawan dia yang ramai tadi tu.
Perempuan ni bukan macam lelaki. Kalau lelaki malam-malam boring-boring, depa boleh pi mengeteh, pi main futsal, pi memancing, pi karaoke dengan kawan-kawan. Tapi, perempuan lain.
Bila seorang perempuan berkahwin, kawan yang tinggal hanyalah suami dia. Ya, suami dia.
Pada suamilah mereka nak bercerita, nak berkongsi, nak bergurau, nak makan bersama, nak bergosip, nak mengumpat rakan sekerja setelah penat bekerja.
Kadang-kadang, ada cerita yang dah 30 kali dorang cerita kepada suami depa, tapi bila berbual mereka akan cerita lagi cerita yang sama buat kali ke 31.
Tapi nak buat macamana, perempuan memang dilahirkan untuk bercakap kan?
Masalahnya, ada suami yang tak berapa faham tentang benda ni. Ada suami yang acuh tak acuh je layan bini dia. Bila bini ajak berbual, suami buat layan tak layan je. Tapi bila sembang dengan kawan-kawan punyalah meriah tak ingat dunia.
Suami-suami, kita kena ingat isteri kita adalah separuh jiwa kita.
Suami-suami memang tak berapa nak rasa sebab kadang-kadang yang laki ni depa boleh pi jumpa huha huha mengeteh dengan kawan, pi nak basikal atau pi memancing untuk realese tension depa.
Tapi perempuan takde banyak benda yang dorang boleh buat untuk realesekan tension dorang. Sebab tu bila dalam kereta, bila balik kerja, bila nak tidur, mereka cari suami dia nak bercerita tentang apa yang mereka apa yang berlaku seharian dalam hidup dia hari tu.
Pada mereka, dengan bercerita pada suamilah, mereka dapat realese segala yang terbuku dalam jiwa dorang. Bila mereka dapat cerita dan luah, mereka akan rasa lega dan dapat tidur lena malam tu.
Tapi perkara ini, ramai suami yang terlepas pandang. Mereka fikir isteri mereka just nak membebel je kat telinga depa. Boring depa kata. Ramai sebenarnya suami gagal jadi pendengar yang baik. Inilah masalah utama orang lelaki.
So, suami-suami, takkan bila isteri kita dah takde baru kita nak start teringat nak dengar suara dia? Dah terlambat la masa tu. Menangis air mata darah pun takkan mampu buat isteri kita kembali.
Sebagai seorang suami, saya pun masih banyak lagi benda yang perlu saya belajar.
Cuma malam ni saya nak ajak semua suami, jom kita sama-sama belajar ‘seni untuk jadi pendengar yang setia’ buat isteri kita yang tercinta macam pak cik yang saya jumpa tu.
Cekal sungguh wanita ini. Nyata, terbukti, tanpa usaha, rezeki tidak akan datang mengolek. Kepada Nur Fariza, semoga kental setiap cabaran yang mendatang. Selamat berjaya!
Sumber: Instagram Ahmad Faiz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di