Mungkin ada juga antara kita yang begitu susah untuk bangun awal pagi. Terasa liat sangat tubuh untuk segera bangkit dari tempat tidur. Kalau boleh ingin terus ditarik selimut untuk menyambung tidur hingga matahari terbit.
Pun begitu, alangkah ruginya andai terlepas pula untuk mendirikan solat subuh. Malah bukan itu sahaja kelebihan dan keistimewaan bangun awal pagi juga tidak dapat dinikmati, American Psychological Association (APA) turut mendedahkan bahawa orang yang bangun awal pagi lebih cenderung memiliki perasaan gembira, senang hati dan bahagia berbanding mereka yang bangun lewat.
Dalam erti kata lain, bila bangun awal pagi akan menjadikan kita lebih bersemangat dan tidak hairanlah orang yang berjaya adalah orang yang bangun di awal pagi. Pengalaman yang sama juga ingin dikongsikan oleh saudari Nazia Suhaimi di akaun fbnya. Semoga perkongsian ini dapat juga memberi inspirasi buat kita untuk mempastikan bukan sahaja diri kita malah seisi keluarga akan memulakan hari di awal pagi. Jom semak.
Ini perkongsiannya.
Bila mendengar kisah-kisah orang berjaya, kebanyakkan mereka bangun pada awal pagi. Sebelum Subuh lagi. Dan mereka ini bukan sekadar orang yang berjaya, bahkan kaya-raya. Ya, kaya dari segi akhlak, bahasa dan harta.
Tak perlu cari contoh jauh-jauh, orang kita sendiri bersepah dengan ciri-ciri ini. Tunjuk dengan tak tunjuk atau kita nampak atau tak nampak je.
Pada awal permulaan saya nak berubah, saya paksa diri saya bangun awal. Dalam setengah jam sebelum Subuh. Masa mula-mula tu, saya pun mati akal nak buat apa. Kadang termenung sampai Subuh, kadang saya suka lipat kain sebab anak tak kacau, kadang saya buat je lah apa yang rasa saya nak buat. Sejak Disember tahun lepas, saya mulakan satu rutin harian iaitu bangun dan baca Al-Waqiah sementara tunggu Subuh. Orang kata, kalau amal surah ni boleh kaya. Siapa tak nak kaya, kan? Saya pun cubalah.
Ads
Alhamdulillah, hingga saat ini, memang betul apa nabi cakap. Kalau amal surah ni, memang tak pernah fakir.
Kenapa saya cakap macam ni?
Bayangkan suami saya kerja seorang. Beliau menampung kehidupan kami empat beranak (insya Allah bulan depan lima orang). Gaji tak besar. Bayar rumah kereta saja sudah RM1k. Belum masuk belanja sekolah anak, barang dapur, bil api letrik, dan lain-lain.
Kalau dulu, asal hujung bulan je mesti mengais-ngais duit sana sini sebab dah putus belanja. Pernah sekali, kami makan bubur tiga hari berturut sementara tunggu hari gaji. Duit yang ada hanya cukup-cukup beli susu anak dan duit minyak motor ulang alik pergi kerja.
Ads
Sekarang dah tak macam tu lagi. Alhamdulillah, selain duit tak pernah putus, makanan sentiasa cukup dalam rumah. Hidup tak mewah tapi hati tenang, tak kusut pasal duit.
Dan Allah sangat-sangat mudahkan urusan tentang kehidupan kami. Bukan setakat pasal duit je, bah kan dari segenap kehidupan. Sama ada keluarga, bisnes, penyaakit dan macam-macam lagi.
Baru saya sedar, nikmat yang sebenar bukan terletak pada duit. Tak. Nikmat sebenar adalah ketenangan.
Satu lagi, saya cuba berdoa dan berzikir selepas baca Quran, sementara tunggu masuk waktu solat Subuh. Kebetulan minggu lepas, saya terjoin group tadabur. Apa yang best, salah seorang di antara kami share ayat yang sangat memberi kesan di hati saya,
Ads
Allah SWT berfirman:
"(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada WAKTU SAHUR."
Ali 'Imran 3 : Ayat 17
Kita punyalah tengok orang barat sebagai contoh, sedangkan Allah dah bagi garis panduan siap-siap dalam Quran macam mana nak jadi orang berjaya dunia dan akhirat.
Memang betullah, bila kita tahu sesuatu formula berkaitan kira-kira, pastinya bila digunakan akan memudahkan urusan harian kita.
Begitu juga dapat memudahkan untuk mencari helaian muka surat dalam Al Quran yang ingin dibaca.
Jika sebelum ini kita tercari-cari setiap muka surat dalam al Quran, namun bila mengetahui kaedah ini, ianya lebih mudah dan pantas.
Nak tahu bagaimana, ini formulanya.
Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran
Contoh:
1) Kalau anda mencari juzuk 5 muka surat yang ke berapa..? cuba formula ini..
5 – 1 = 4
4 kena darab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8.
Letak nombor 2 lepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 pada muka surat ke 82.
Sekarang cuba buka Al-Quran.. Lihat juz 5 pada muka surat 82.
2) Juzuk 10 muka surat berapa??
10 – 1 = 9
9 darab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18.
Sama macam di atas.. Letak nombor 2 lepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 pada muka surat 182.
3) Juzuk 23?
23 – 1 = 22
22 darab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44.
Letak nombor 2 lepas jawapan..
Jadi, juzuk 23 adalah pada muka surat 442.
Seorang isteri bernama Atie ini jika dilihat dari luaran tiada siapa menyangka dirinya sedang bertarung melawan penyakit kanser. Begitu tabah dan cekalnya dia menjalani setiap ujian yang mendatang.
Walau diuji sebegitu, namun hatinya tidak pernah lekang mengucapkan syukur pada Ilahi. “Syukurlah Atie hanya perlu amalkan pil hormon ni selepas habis melalui kimoterapi and radioterapi. Berbanding orang lain, ada yang kena buat Herceptin, ambil Zometa dsbnya. Syukur…Syukur, nikmat mana lagi kita nak nafikan.”
Semangat dan aura postif yang ada di dalam dirinya, wajar dijadikan inspirasi buat wanita lain untuk bangkit andai senasib dengannya.
Ayuh kita ikuti perkongsian daripadanya.
Okey Atie story ye. Just to share experience masa Kimoterapi dijalankan. Lain orang, lain yang dia dapat kan. Ni pengalaman Atie untuk kimoterapi yang Atie lalui.
Semalam lepas nurse drip air, dlm 30 min lepas tu nurse masukkan ubat alergik sebab Atie ada dapat rashes sikit masa Kimo Cycle 4 Ubat Taxo. Tapi lepas cucuk 2 injection naik gelembung pada kulit Atie menunjukkan something wrong pada salur darah jarum yang ada. So nurse decide tukar jarum sbb ubat kimo tak cair sangat kan. Risau lg worst.
Tapi percubaan nak dapatkan salur darah yang sesuai agak susah memandangkan urat banyak dah keras, sempit and pendek. 4X cubaan masuk jarum sampai ada yang bengkak teruk. Akhirnya last choice kena guna kat bhg pelipat lengan juga. Harapnya Kimo Cycle 6 nanti tak terjadi lagi dan urat Atie boleh bekerjasama dengan baik.
Then drip air dalam 30 min lagi barulah drip masuk ubat kimo Taxotere 2 Tablet. Ini dos dah dikurangkan memandangkan badan Atie sangat low produce darah putih. Tak sampai 10 min drip ubat kimo, apa yang terjadi masa kimo cycle 4 terjadi lagi. Atie sesak nafas dan perut terasa panas. Kali ni memang dah standby button alarm kat tepi katil so terus tekan je and nurse meluru datang. Stopkan drip and check BP. Doktor datang checkkan kondisi badan Atie. Gas oksigen diberikan untuk menstabilkan kembali pernafasan Atie. Ini hanya reaction ubat pada badan.
Actually ianya tak membahayakan sangat. Sebab pengalaman Cycle 4 Atie memandai kontrol sendiri je sebab time tu 1st time experience jadi perkara tu and Atie panik. Memandangkan nurse pn busy uruskan patient lain untuk masukkan ubat kimo, jadi Atie cuba duduk je and rakan bed sebelah kebetulan tanya soalan pada Atie. So Atie jwb je dalam keadaan macam xada apa2. Then automatically Atie ok lps tu.
Tapi kali ni dah dapat pesanan nurse lepas diorg tahu apa terjadi ms cycle 4. So atie follow procedure.
So Atie kena drip 1 hrs lagi air, masukkan lg 300mg ubat alergik then drip ubat kimo secara perlahan ambil masa 3 jam berbanding 2 jam normal procedure.
Suami Peneman Setia
Husband belikan lunch, Atie mkn. Tgk telemovie kat TV. Siap habiskan tonton Ysabel dulu. Then baru Atie tidur jam 1600-1730. (Tak sedar dah ubat kimo habis, nurse dah drip air balik, nurse tak sampai hati nak kejut utk check BP). Husband temankan kat hujung kaki dengan setianya tanpa tidur apa semua. I love you abang. Peneman setiaku ingat akhir hayat, doakan ye. Aamin.
Balik kimo Atie sihat je. Tak ada alami apa-apa kesan lain lagi. Semalam pun ada kawan datang htrkan hadiah badal haji yang Atie buat utk arwah Ma. Layan je wife & anak-anaknya berbual. Kebetulan ayah ada, panjang pula ceritanya tentang Makkah and Madinah ni kan. Orang lama banyak pengetahuannya. Alhamdulillah. Tumpang dengar, terus tahu. Selera makan masih Ok. Cuma mengah tu adalah. Kena banyak2 rehatkan diri.
Pesanan Atie : Jangan takut Kimoterapi. Just laluinya dengan tenang. Doktor lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Just let doktor know what happen to us within the process and side effect yang kita alami. Doktor know what to do and apa action need to be taken.
Satu lagi cerita Atie nak share. Semalam ada makcik Bed sebelah. Umurnya dah 60 lebih. Dia tahu dia ada kanser since last 8 years ago. Masa tu baru Stage 1. Makcik just buat rawatan alternatif. Yes, Makcik mampu bertahan. But at last badannya mula sakit, payudara mula berubah bentuk, kanser dah merebak ke tulang, paru2 dsbnya. Skrg stage 4. Jalani kimo macam Atie. Kata makcik lepas Kimo, badannya dah kurang sakit. Alhamdulillah.
Usaha, Tawakal & Doa
So yang diluar sana, kalau dah CONFIRM CANCER, jangan lengahkan perubatan hospital ye. Ke hospitallah kita dengan ikhlasnya. Baru kita boleh baik tau. Alternatif tu boleh, tapi pilihan ke 2. Atie sendiri Arwah Ma memang ada kanser. Dulu Arwah Ma pn ke hospital tapi dalam masa yang sama kami buat alternatif juga. Jadi kacau bilau dan nak fokus mana satu pun dah tak tahu. Cuma apa yang Atie boleh simpulkan kanser arwah Ma terlalu aktif untuk dilawan pada tika itu. Asbab je kematian arwah Ma disebabkan kanser. Ye kanser, kanser yang sebabkan semua fungsi badan gagal. Jadi meninggal disebabkan sistem badan tak berinteraksi lagi. Arwah Ma kanser pangkal rahim, merebak ke usus kecil dan last sekali merebak ke tulang belakang.
Kanser akan menemui kegagalan dan tak kurang kejayaan. Apa yang kita boleh lakukan adalah berusaha. Usaha, Tawakal dan Doa. Melawan penyakit juga adalah satu jihad. Jadi kenapa kita perlu bersedih. Lalui hidup kita dengan cekal & tabah walau apapun dugaan & cubaan yang mendatang dan pastikan kita lebih dekat dengan ALLAH, bukan semakin menjauhiNya. Dugaan yang ALLAH beri maknanya Dia sayang pada kita. Terlalu sayang pada kita sehingga Dia nak kita mengingatiNya selalu. Betapa kita Patut Bahagia kan
Ini perkongsian daripada Atie pada tahun lalu di akaun fb miliknya dan Alhamdulillah hari ini bila dihubungi ini responnya, “Alhamdulillah Atie skrg menjalani hidup seperti biasa. Masih bekerja dan aktif menjalankan jualan online pelbagai produk. Ujian mamogram ada buat selepas setahun detect kanser, and ulangan 6 bulan utk kepastian result tersebut. Alhamdulillah. Setakat ni x ada apa-apa yang merisaukan. Skrg doktor bekalkan tamoxifen iaitu ubat hormon bagi membantu mengurangkan simptom kanser berulang.”
Selian itu untuk jaga kesihatan, Atie kena banyak makan sayur and buah.
Atie kurangkan makan ayam dan fast food shj. Pastu Atie ada ambil Vit Tri.e, Vitamin C and Minyak Ikan. Juga ada amalkan Olive Oil sekali sekala. Bab bersenam tu Atie belum buat. Sepatutnya kena buat” – Atie Nesh
Ini pula perkongsian di fbnya baru-baru ini.
Dah setahun amalkan rupanya. Rutin pengambilan pun setiap appointment dengan onkologi dapat/beli 2 kotak. Sekotak lagi balance IKN suruh dtg ambil after 2 months. So selalu ambil kat Hospital Shah Alam je. Time kerja pun boleh lari kejap gi ambil ubat. 5 tahun kena amalkan and Atie tak boleh preggy bila amalkan Tamoxifen. Kalau termengandung, ubat ni memang kena stop terus sampailah bersalin. 5 tahun di dalam pengawasan doktor . Pray that they will do the best for me.
Masa awal-awal ambil tamoxifen ni, kesan hot flush tu hanya tuhan je tahu. Tidur mesti dalam air-cond . Sakit lutut sebelah kiri memang sampai banyak bulan. Kalau siapa perasan, Atie sekarang memang pakai sport shoe. Bukan nak bergaya, tetapi tu je cara Atie jaga lutut and kaki Atie. Alhamdulillah, sekarang semua tu dah hilang. Makan tamoxifen dah macam makan vitamin. Dah tak rasa apa-apa kesan pun. Melainkan ianya bekerja kat dalam “fight for me “.
Syukurlah Atie hanya perlu amalkan pil hormon ni selepas habis melalui kimoterapi and radioterapi. Berbanding orang lain, ada yang kena buat Herceptin, ambil Zometa dsbnya. Syukur…Syukur, nikmat mana lagi kita nak nafikan.
Andaikata kita rasa dugaan kita ni berat, pandang ke hadapan. Pasti kita nampak bahu org lain lg rebeh dengan dugaan yang lebih berat. Ada yang diduga dengan sakit2 biasa…tetapi kerap. Ada yang diduga dengan sakit berat…tetapi sekejap. Ada yang juga sihat walafiat tetapi diduga dengan kesusahan yang lain. Itu semua berlaku kerana ALLAH Nak. Jadi senyumlah. Sebab kita sedang melakukan semuanya ini hanya kerana ALLAH.
SENYUMLAH DAN TERUS TERSENYUM. PASTI KITA AKAN TENANG DENGAN SETIAP DUGAAN DAN CABARAN DALAM HIDUP KITA DI DUNIA INI.
Meskipun terlihat wanita itu cukup lembut sifatnya, namun seorang wanita juga diberikan kekuatan dalam menanggung beban dan ujian hidup. Tidak dinafikan juga wanita itu dikatakan punya kesabaran yang tinggi.
Apatah lagi bila adanya anak disisi, tiada apa lagi yang mustahil untuk dilakukan agar terus bangkit meneruskan perjuangan dalam membesarkan anak-anak.
Begitulah situasinya kini jika ingin digambarkan kehidupan yang pernah dilalui oleh Siti Norhidayah Mohd Ali, balu Allahyarham Abam Bocey.
Tahun 2020 menjadi detik sukar buat dirinya apabila suami yang menjadi tempat bergantung pergi mengadap Ilahi. Tinggallah dirinya seorang diri untuk membesarkan permata hati, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sebagai sumber kekuatan buat dirinya meneruskan kehidupan.
Apa yang nyata, bukan senang untuk senang. Pelbagai usaha serta penat lelah dilalui dalam meneruskan kehidupan, mencari rezeki untuk membesarkan anaknya Hamzah. Dan kini terlihat semua terbalas sudah.
Hidayah kini mampu tersenyum apabila berjaya memiliki sebuah kenderaan yang cukup besar dan selesa untuk kegunaan mereka anak beranak.
Ini sebagaimana gambar yang dikongsikan oleh Hidayah di akaun Instagram miliknya pada Hari Raya Aildiladha yang lalu. Dilihat Hidayah berdiri di hadapan kereta Vellfire berwarna hitam sambil ditemani anak kesayangannya.
Difahamkan Hidayah membeli kereta tersebut berkat kerja keras hasil bisnes jual sabun daun sukun dan serum Dieya Beauty.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang bangga dan gembira dengan kehidupan yang dilalui oleh Hidayah dan Hamzah ketika ini.
Dapat Tunai Kembali Hasrat Arwah Aba
Alhamdulillah… Akhirnya dpt jgk dayah tunaikan kembali hasrat arwah beli kereta besar untuk keselesaan hamzah dan keluarga dayah… Semoga dayah berjaya dunia dan akhirat… 🥰💞
Alhamdulillah.. kereta hasil usaha sendiri.. cantik ❤️
Akhirnye Dayah dpat beli dgn hasil usaha sndiri..berkat doa orng teraniaya
Dulu dikata xmampu byar.. Skrg bukti yg usaha xkn mngecewakn.. Hasil dpt bli sbji.. Taniah kak.. Membanggakn.. ❤️❤️❤️❤️
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.