Ruang tetamu yang luas dan selesa pastinya idaman semua orang. Lebih menarik jika ciri-cirinya menjurus kepada konsep Islam. Sudah tentu aurat tuan rumah dan tetamu terjaga.
Menarik dengan perkongsian, Khairunnisa Hamzah di facebook miliknya berkongsi ilmu dekorasi yang memberikan ilham kediaman yang sesuai untuk tetamu.
Dia yang juga pengasas Rekabentuk 3D online berkongsi info menarik ruang tetamu yang sesuai untuk orang Islam. Jom lihat ilham dekorasinya.
Bagaimana ruang tetamu yang sesuai untuk rumah orang Islam
Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga.Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.
“Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.
Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.
Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
“Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ”
Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
Ads
Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.
Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.
Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas. Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.
“Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang”
Luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.
Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.
Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu.
Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.
Ads
Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).
Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat, ruang makan (semi publik).
Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.
Ramai kita sudah siap beli rumah dari pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?
Mungkin boleh buat begini:
1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
Ads
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.
Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment).
Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya. Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga.
Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)
Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Iaitu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, anak-anak sekolah bakal memasuki sesi persekolahan baru pada tahun ini. Persiapan akhir mama papa sudah lengkap?
Jika masih diperingkat awal apa kata buatkan check list ini supaya tidak ada barangan yang tertinggal.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki Tahun 1 pula pasti buntu memikirkan apa kelengkapan sesuai untuk anak.
Dengan adalah kelengkapan sekolah baru ini, barulah lebih semangat dan seronok untuk mereka ke sekolah nanti. Jom semak senarai ini.
Boleh juga isikan harga dan jumlahkan sebagai rujukan untuk perbelanjaan bajet bulanan / tahunan.
Senarai Semak Barangan Keperluan Sekolah 2025
Bagi tahun 2021 ini, ibu ayah jangan lupa sertakan kelengkapan khas bagi menyediakan hand sanitizer, face mask, dan tisu basah / pek tisu individu untuk memudahkan anak-anak menjaga kebersihan di sekolah.
Ini senarai penuh sebagai panduan ibu ayah di rumah:
Senarai Barangan Keperluan Sekolah
PAKAIAN
1. Baju Uniform Putih
2. Kain / Seluar (biru gelap)
3. Stokin
4. Kasut sekolah
5. Tudung / Songkok
6. Anak tudung
7. Baju sukan / T-shirt putih (PJK)
8. Seluar sukan
9. Sapu tangan
10. Lencana sekolah
11. Name tag
12. Tali leher
13. Singlet / baju dalam
14. Baju sekolah agama
15. Kapur kasut (putih) / kiwi kasut (hitam)
ALAT TULIS / KELENGKAPAN BELAJAR
1. Beg sekolah
2. Pensel 2B
3. Pemadam
4. Pembaris
5. Pengasah pensel
6. Gam
7. Gunting
8. Pensel warna
9. Bekas pensel
10. Pembalut buku teks
11. Pembalut buku latihan
12. Krayon
13. Warna air
14. Kertas lukisan
15. Berus lukisan
16. Fail
17. Botol air
18. Bekas makanan
19. Hand sanitizer
20. Face mask (jika tidak sihat)
21. Tisu basah
22. Tisu kering
LAIN-LAIN
1. Buku nota
2. Pensel mekanikal / ubat pensel
3. Pen
4. Set geometri
5. Kalkulator
6. Stapler
7. Puncher
8. Baju hujan
9. Topi keledar
10. Jam tangan
Setiap orang mesti ada sesuatu yang mereka inginkan dalam hidup kan, tak kira la apapun benda tu kalau hati memang nekad mahukannya, pasti akan tunaikan! Mungkin bagi kita yang dah bekerja mudah untuk dapatkannya, tetapi bagi anak-anak sama ada mereka merayu pada ibu ayah untuk tunaikan hasrat mereka tersebut, atau mereka usaha untuk dapatnya dengan peroleh wang dengan bekerja juga!
Itulah yang dilakukan oleh anak Pelawak Ajak Shiro demi melunaskan hasratnya sendiri untuk memberi telefon pintar dengan usahanya sendiri.
Ajak Shiro atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya Mohamad Jad Thaqif, 10, membeli sebuah telefon pintar dengan hasil wang yang dikumpulnya selama ini.
Menurutnya, dia pernah berhasrat membelikan telefon pintar tersebut untuk anaknya namun ditolak oleh Jad kerana mahu berusaha sendiri.
“Dia usaha kumpul duit, lama dah. Kita nak belikan, dia taknak. Nak belajar usaha katanya.
“Dia kumpul duit masa tolong atok dia. Duit raya dia, tiap hari pulak buat kerja rumah, bila dia tolong nanti ibu bagi upah. Tahniah Jad, akhirnya,” luah Ajak.
Ajak turut berkongsi video momen sewaktu anaknya membuka telefon pintar yang baharu dibelinya di akaun Instagram miliknya.
Tambah Ajak, dia puas dapat melihat anaknya tersenyum kerana segala usaha untuk memiliki telefon pintar dengan wang sendiri berhasil.
“Baba puas tengok Jad ketawa. Baba tau Jad ketawa sebab Jad tak percaya Jad dapat” katanya lagi.
Tak puas hati rasanya kalau menggayakan barang kemas yang setiap hari terlihat semakin pudar dan kusam. Kalau boleh biarlah warna kuning emas tersebut sama bersinarnya seperti ketika baharu dibeli.
Jika sebelum ini untuk mendapatkan kembali emas yang berkilau, pasti kita akan hantar ke kedai emas untuk dicuci. Pun begitu tahukah anda ada cara lebih mudah dengan lakukannya sendiri.
Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup ringkas dan tidak memerlukan kemahiran khusus. Ini sebagaimana perkongsian yang diberikan oleh Bunga Yanie diakaun fbnya.
Orang pompuan selain tudung, barang kemas lagi keutamaan…
Jom Sis share lagi sekali cara-cara nak cuci barang kemas 750 – 916 -999 .. Sis share berdasarkan pengalaman kerja ya.. Dun worry Emas uolsss tak akan lebur.Emas Korea jangan sesekali tiru ya