Siapa kata anai-anai langsung tak beri kesan dalam kehidupan kita. Kehadiran anai-anai di kediaman kita sememangnya satu ancaman besar.
Mana taknya, bukan hanya perabot dan kayu-kayu habis di makan anai-anai ini bahkan baju-baju yang tersimpan kemas di dalam almari juga turut musnah.
Rekahan dinding atau lubang pada kawasan rumah antara penyebab utama anai-anai mula mendekati kediaman kita. Tak perlu gunakan racun untuk menghalau anai-anai ini sebaliknya usahakan cara ini dulu untuk pulihkannya. Jom cuba.
Petua Halau Anai-anai
1. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
Ads
2. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
3. Air Kapur sirih
Ads
Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.
Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.
4. Air Cucian Beras
Ads
Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.
5. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Entah di mana muculnya, secara tiba-tiba Keke Challenge mula mendapat perhatian masyarakat. Baik selebriti mahupun orang biasa mencuba tarian tersebut.
Ada yang melakukannya secara gurauan, ada pula yang nampak betul bersungguh-sungguh.
Walaupun nampak sekadar untuk suka-suka, namun tidak kurang yang menyelar perbuatan tersebut kerana kurang sopan dan tidak sesuai dengan budaya kita. lebih-lebih lagi wanita.
Trend tersebut seakan-akan menjatuhkan maruah kaum wanita. Lebih-lebih lagi ada yang sanggup menari dan berjoget dengan gaya lentik dan menampakkan susuk badan adalah tidak wajar.
Perbuatan tersebut mendapat respond dari PU Azman dan memberi nasihat padu buat kaum wanita di luar sana yang suka melakukan perkara sedemikian.
Nmapak bersahaja, tapi apa yang PU BAzman itu memang benar dan menusuk ke jiwa. Kalau tak faham juga tak tahulah nak cakap apa kan!
Menurut PU Azman, jika ada kaum wanita yang ingin berbuat demikian memadai rekod hanya untuk tatapan sendiri dan tidak perlu memuat naik di laman sosial kerana ia boleh mengundang fitnah.
Setiap keluarga mempunyai rumah yang berbeza dari segi lokasi, reka bentuk,binaan rumah, dan ruang penting di dalam rumah. Rumah juga seharusnya menjadi tempat paling selesa dan terbaik untuk anak-anak dan seisi keluarga menjalani kehidupan seharian. Bagi kita yang mempunyai rumah hendaklah bersyukur kerana memiliki kediaman yang selesa walaupun rumah tersebut hanya disewa.
Menyentuh tentang keselesaan, selain faktor kebersihan yang harus dititik beratkan, bab menghias kediaman juga adalah satu aspek penting. Diakui, dengan adanya sentuhan dekorasi akan mampu mencipta mood yang istimewa dan luar biasa kesannya. Pun begitu ada yang beranggapan untuk merias kediaman memerlukan bajet yang besar. Atas sebab ini juga keinginan untuk memiliki ruang yang cantik terbantut akibat kekangan bajet.
Namun lain pula halnya dengan studen UPM iaitu Nur Diyana ini, dia berjaya merealisasikan impian memiliki ruang kamar yang cantik dan selesa dengan bermodalkan RM 300++ sahaja. Ketahui bagaimana dia lakukan, jom semak.
Saya dah setahun menyewa sebuah bilik single di Putrajaya. Dalam setahun tu saya kumpul duit semata-mata nak buat bilik sewa saya ala-ala Scandinavian. Student kan, mana mampu nak keluarkan duit banyak sekali gus.
Tuan rumah pun ok sebab kita tak merosakkan harta benda,kebetulan cat lama pun dah merekah jadi keping. Saya dah beli katil dan meja study masa mula-mula masuk dulu.
Jadi untuk make over kali ni. Kebanyakan barang saya beli di Kaison dan Ikea sahaja. Bilik pun saya cat dan kemasan semua saya buat sendiri masa cuti semester hari tu hihihi . Pada saya berbaloi sebab saya akan tinggal dalam bilik ni lebih kurang 2 tahun lagi.
Saya sertakan bajet + gambar sebelum dan selepas bilik kecil saya.
Kesibukan bekerja membuatkan ibu bekerja tidak cukup masa untuk mengemas rumah setiap hari. Bila pulang dari pejabat, malamnya adalah masa menguruskan anak-anak dan menyediakan sajian buat makan malam.
Sudahnya di mana masa untuk ibu-ibu mengemas rumah setiap hari. Hujung minggu adalah jawapannya.
Pun begitu jika mengemas rumah secara besar-besaran ketika hujung minggu, mak-mak boleh jadi kepenatan kerana melakukan kerja-kerja sepanjang hari. Sebenarnya ada banyak cara bagi memudahkan kita untuk mengemas rumah dengan lebih pantas dan efisyen.
Tulisan ibu ini di blog peribadinya, fydanoh.com boleh kita jadikan tip untuk mengemas lebih pantas dan efisyen, sesuai dengan kesibukan ibu bekerja. Jom ikut caranya.
Tips kemas rumah
Ibu-ibu memang superwoman dan kuat, tapi apa kata kita jimatkan tenaga pada hujung minggu?
1. Basuh pakaian sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu
Elakkan kumpul baju seminggu dan tunggu hujung minggu baru nak basuh baju. Sebaliknya, agak-agak muat 1 mesin basuh boleh terus basuh. Saya sediakan
jadual untuk membasuh baju, iaitu setiap 3 hari dalam seminggu. Seboleh-bolehnya saya elakkan basuh baju pada hari minggu. Waktu saya membasuh baju ialah
hari Selasa dan Jumaat.
Keluarga kami kecil sahaja, jadi boleh lah masuh 2 kali seminggu. Mungkin jika keluarga yang lebih besar perlu basuh lebih kerap atau mungkin perlu basuh
pakaian setiap hari.
Ibu saya memang basuh baju setiap hari semasa beliau masih kerja dulu. Setiap kali balik kerja, beliau akan masak sambil tu mandi dan terus basuh baju.
Sampai sekarang masih tertanya-tanya macammana sambil basuh baju dia boleh agak lauk dah masak.
2. Cara mudah uruskan kain baju
Bila dah basuh baju, tentulah perlu jemur dan lipat kan? Aktiviti mana agaknya yang paling susah dan malas nak buat? Bagi saya lipat baju, dan saya percaya kebanyakan ibu pun macam tu. Biar saja berlonggok, nanti dah tinggi barulah gelabah nak melipat.
Tips paling mudah ialah gunakan penyangkit sewaktu menyidai pakaian. Contohnya pakaian yang perlu digosok seperti kemeja ataupun baju kurung. Jadi, angkat
terus sangkut dalam almari.
Tips kedua untuk melipat baju ialah dengan melipat sambil menonton TV. Ini memang saya paling suka buat, terutamanya rancangan TV yang saya suka
tengoklah. Sedar-sedar cerita habis, baju yang dilipat pun habis.
3. Pandai mengambil peluang
Contohnya, kalau kita nak membasuh baju dan menyapu lantai, kita boleh setkan dulu mesin basuh dan boleh menyapu lantai. Ataupun seperti ibu saya tadi, sambil mandi, basuh baju dan memasak sekaligus. Hebatkan wanita?
4. Membuat kerja ikut arah jam
Maksudnya di sini, kita tetapkan titik permulaan kita untuk kemas rumah. Contohnya bermula dengan dapur, kemudian pusinglah ikut arah jam. Cara ini lebih sistematik dan tiada ruang yang akan tertinggal.
5. Bermula dari atas ke bawah
Mulakan proses mengemas dengan membuang sawang-sawang di siling dan bersihkan habuk yang melekat dikipas terlebih dahulu. Kemudian barulah di sapu lantai.
Jika rumah 2 tingkat pula, eloklah kemas tingkat atas dulu kemudian barulah tingkat bawah. Ibu sibuk dan kerjaya, buat kerja mengikut jadual dan berdisiplin, tak perlu lagi jadi sotong.
6. Sambil mengemop lantai, sambil bersenam
Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari, sebaliknya selang sehari atau seminggu sekali sudah memadai, kecuali memang lantai benar-benar kotor. Sebelum mengemop lantai, habuk dan sampah sarap perlu disingkirkan terlebih dahulu sebaiknya di vakum. Kalau tak sapu sahaja dah memadai.
Untuk mengemop pula, mulakan bahagian tengah kemudian bergerak ke bahagian tepi, dalam gerakan membulat. Teknik ini saya belajar semasa ‘cuci pesakit’ dalam dewan bedah. Kerana kita tahu bahagian tengah tentunya lebih bersih daripada kawasan dekat dinding. Kalau mulakan bahagian tepi dulu, tentulah habuk-habuk akan ditarik ke tempat yang sudah bersih.
Mengemop dan menyapu adalah aktiviti yang paling saya sukai, kerana saya akan pasang muzik kegemaran saya dan gerakkan badan mengikut alunan muzik. Memang
cepat sahaja buat kerja.
7. Gunakan bantuan mesin
Bagi yang berkemampuan, boleh lah gunakan alat-alat bantuan ni. Contohnya gunakan vakum dan robot untuk mengemop lantai. Jadinya, kerja kita akan menjadi lebih ringan dan mudah berbanding menggunakan cara tradisional.
Jadi, siapa kata ibu berkerjaya tidak boleh memiliki rumah yang tersusun dan kemas sentiasa? Asalkan ibu boleh mengamalkan disiplin dan konsisten dengan
kerja.