Anak menangis memang perkara biasa. Malah ia merupakan salah satu cara untuk anak meluahkan rasa emosinya. Malah ada segelintir ibu ayah akan menafikan hak anak untuk menangis. Malah akan memarahi anak.
Sedangkan cara ini sepatutnya tidak harus berlaku. Sepatutnya ibu bapa harus memberikan kata-kata semangat. Ini kerana setiap tangisan anak ini punya makna tersendiri.
Sudah beberapa insiden orang dewasa memujuk kanak-kanak menangis di depan saya dengan nada yang boleh menjatuhkan self-esteem dan judging.
Ads
Kanak-kanak juga seperti orang dewasa. Mereka juga ada pasang surut. Ada waktu kuat, ada waktu lemah. Ada waktu gembira, ada waktu sensitif dan mudah sedih. Mereka juga struggle mengurus emosi mereka.
Ini beberapa tip menghadapi kanak-kanak menangis. Elakkan dialog dan respon di bawah.
#1 Empati
“Dah jangan nangis. Danikan kuat. Orang kuat tak nangis”❌
“Ok, Dani sedih. Mana yang sakit? Cikgu gosokya. How do you feel? Rasa okay sikit?”✅
Ads
#2 Alihkan_perhatian
“Dah jangan nangis, nanti tak cantik. Apa nangis-nangis ni”❌
“It’s okay Dhuha nangis. No harm. Apa kata Dhuha tolong ummi masak. Dhuha selalu tolong ummi masak, ummi suka Dhuha tolong ummi. Dhuha masak sedap”✅
Kadangkala masalah kewangan dalam sesebuah keluarga yang berpendapatan rendah sering juga terjadi disebabkan bebanan untuk membayar bil-bil utiliti.
Hal ini sehingga ada yang menyebabkan mengambil keputusan menangguhkan bayaran untuk kelangsungan hidup anak beranak cukup makan pakai.
Namun hakikatnya tindakan itu menjadikan masalah semakin serius dek kerana dari bulan ke bulan jumlahnya pasti bertambah!
Jadi alangkah beruntungnya kalau dapat bekalan air bersih secara percuma, tak payah bayar bil!
Apa yang pasti itu bukan lagi sekadar harapan malah menjadi kenyataan buat keluarga yang menetap di Selangor dengan berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
Pun begitu, syaratnya kena buat pendaftaran antara 30 September hingga 31 Disember 2019 ini.
Wow, suatu keistimewaan yang rugi jika dilepaskan begitu sahaja. Kena segera buat dan bagaimana caranya?
Andai ada yang belum tahu, ini caranya dan memang mudah sangat.
Cara 1
Ibu ayah boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui laman sesawang Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat di www.ssipr.selangor.gov.my.
Cara 2
Borang Permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan boleh juga dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:
• Laman web: www.airselangor.com
• Kaunter Perkhidmatan di semua sepuluh pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
• Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Negeri
• Hubungi talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan
Borang permohonan yang diisi dengan lengkap boleh dihantar melalui e-mel kepada iprair@airselangor.com atau diserahkan di kaunter perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor.
Pendaftaran baharu ini diperkenalkan dalam usaha penjajaran semula program air percuma, yang dinamakan Skim Air Darul Ehsan, bermula pada 1 Mac tahun depan.
Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, proses itu bagi mengumpul dan mengemaskini data pemohon yang layak melalui semakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Proses semakan silang hanya akan bermula selepas tarikh tutup permohonan dan pemohon akan dimaklumkan berkenaan status permohonan mereka selewat-lewatnya penghujung Februari 2020,” katanya.
Katanya lagi, sehingga tarikh tersebut kesemua 1.6 juta pengguna yang sedang menikmati Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu akan terus menikmati rebat sehingga 29 Februari depan.
Sudah sampai masanya kita mempunyai ilmu dalam pembelian emas. Jika selama ini kita hanya membeli emas dan mempercayai penjual sahaja, sekarang kita akan lebih yakin dengan pembelian.
Mentaliti kedai itu murah, kedai ini bagus, kedai itu bagi diskaun banyak, kedai ini upah sikit, kedai itu harga emas rendah dan sebagainya, sebenarnya tidak memberi apa-apa erti selagi kita tidak kira.
Ada yang rasa “apa susahnya kira?” Tak susah mana pun jika tahu. Ini yang saya senaraikan khas buat yang belum tahu supaya sekarang, lebih ramai lagi yang berilmu dan tidak diambil kesempatan sewenang-wenangnya.
1. Formula kira upah yang kedai kenakan (jika tidak diberitahu).
Jumlah perlu dibayar – (berat emas x harga emas kedai)
Contoh
Berat emas : 10 gram
Harga emas kedai : RM259
Jumlah perlu dibayar : RM2835
= RM2835 – (10 x 259)
= RM2835 – RM2590
= RM245 ialah upah yang diambil.
Nota : Ada kedai yang tidak bertanggungjawab dan menyembunyikan caj upah. Ada yang langsung tidak tunjuk di resit. Yang ada hanya berat x harga emas dan jumlah perlu dibayar. Ini pentingnya guna formula ini supaya tidak diambil kesempatan.
2. Formula kira harga emas SEBENAR selepas dikira upah.
(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas
Contoh
Berat emas : 10 gram
Harga emas kedai : RM259/g
Jumlah upah : RM245
= (10 x 259 + 245) ÷ 10
= (2590 + 245) ÷ 10
= 2895 ÷ 10
= RM289.50 ialah harga SEBENAR emas kedai tersebut selepas dikira upah.
Nota : Jangan terpedaya dengan harga emas kedai yang diberitahu selagi tidak menggunakan formula ini.
3. Formula kira upah setiap gram yang kedai kenakan.
Ikut langkah formula 1 untuk jumlah upah jika tidak dimaklumkan. Kemudian bahagikan dengan berat.
Contoh
Berat emas : 10 gram
Jumlah upah : RM245
= 245 ÷ 10
= RM24.50 ialah amaun upah yang dikenakan pada setiap gram.
Nota : Ada kedai yang mengenakan upah setiap gram yang mahal. Yang paling utama ialah untuk tahu nilai emas per gram yang sebenar selepas upah di formula nombor 2 di atas.
4. Formula kira beli emas baru dengan trade in emas lama.
(Berat emas baru x harga emas kedai + upah) – (Berat emas lama x harga trade in kedai)
Contoh
Berat emas baru : 10 gram
Berat emas lama : 5 gram
Harga emas kedai : RM259/g
Harga trade in kedai : RM230/g
Jumlah upah : RM245
= (10 x 259 + 245) – (5 x 230)
= (2590 + 245) – 1150
= 2835 – 1150
= RM1685 ialah amaun yang perlu ditambah untuk beli 10g emas baru setelah trade in 5g emas lama.
Nota : Sudah hampir tiada istilah susut nilai 25% dari harga emas masa beli. Semuanya bergantung kepada harga emas trade in bagi kedai itu.
5. Formula perbandingan kedai ADA UPAH vs kedai FREE UPAH.
Ada 2 formula dalam kategori ini. Formula pertama yang paling ringkas iaitu bandingkan jumlah kena bayar kedua-dua kedai jika berat emas yang ingin dibeli sama.
Formula kedua yang lebih terperinci dalam kategori ini ialah dengan membandingkan harga untuk 1 gram kedua-dua kedai.
Ikut langkah Formula kira harga emas sebenar selepas dikira upah dan bandingkan dengan berat x harga emas kedai FREE UPAH seperti Gull Jewellery.
Contoh
Kedai Emas A ADA UPAH
Kedai Emas B FREE UPAH
Berat emas : 10 gram
Harga emas Kedai A : RM259/g
Harga emas Kedai B : RM270/g
Jumlah upah Kedai A : RM245
Jumlah upah Kedai B : FREE UPAH
Kira harga emas sebenar Kedai A ADA UPAH
(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas
Kedai A ADA UPAH lebih mahal RM19.50 untuk setiap gram berbanding Kedai B FREE UPAH.
Nota : Jangan buat kesimpulan awal dengan membandingkan harga emas kedai sebelum dikira bersama upah. Gunakan formula ini dan jika kedai dengan upah hasilnya murah dari kedai yang FREE UPAH, bermakna kedai itu upahnya murah dan belilah di kedai itu. Yang penting, WAJIB TAWAR UPAH. Jika tidak tawar, anda akan membayar lebih.
6. Formula bandingkan yang mana lebih untung trade in di kedai atau simpan di Ar Rahnu.
(Berat emas x harga trade in kedai) – (berat emas x harga Ar Rahnu x 70%)
Berat emas : 10 gram
Harga trade in Kedai emas : RM230/g
Harga emas Ar Rahnu : RM272/g
Kadar peratus pinjaman : 70%
= (10 x 230) – (10 x 272 x 70%)
= 2300 – (2720 x 70%)
= 2300 – 1904
= RM396 ialah lebihan nilai yang dapat jika trade in di kedai berbanding simpan di Ar Rahnu (Ar Rahnu belum masuk upah simpan).
Nota : Jika masih sayang emas yang lama, simpanlah di Ar Rahnu. Jika memang sudah bosan atau mahukan rekaan yang baru, trade in sahaja di kedai. Tetapi pastikan kira dahulu. Ambil tahu harga emas Ar Rahnu dan harga Trade In kedai.
Semoga dimanfaatkan ilmu ini sebaiknya. Silakan tekan butang share buat manfaat semua. Dilarang copy paste ye.
#CabaranRM3 masuk hari ke 74 hari ini (17 Ogos 2020) dan jumlah terkumpul yang anda perlu ada dalam tabungan ialah RM222.
Cabaran ini adalah untuk menggalakkan semua menyimpan atau menabung untuk membeli emas dengan menyimpan RM3 setiap hari selama 180 hari. Selepas sampai sasaran hari, kita akan ada cukup duit untuk beli sekurang-kurangnya 2 gram emas. Menabung sendiri dan beli sendiri nanti. Saya hanya memberi motivasi dengan membuat post peringatan setiap hari untuk #CabaranRM3 ini.
Ilmu yang amat berguna jika memilih emas sebagai aset pelaburan jangka masa panjang Selamat merancang simpanan buat keluarga!
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila anak saudaranya, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.
Dapat tawaran bidang perubatan, lebih memilih undang-undang
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, Aiman merupakan anak arwah adiknya. Ketika arwah meninggal dunia, beliau sedang dalam misinya di angkasa lepas dan Aiman baru berusia tiga tahun.
Sejak dari itu, beliau menggalas tanggungjawab untuk menjaga Aiman seiring dengan permintaan arwah adiknya. Sebagai penjaga yang sah, Sheikh Muszaphar bersyukur dapat melihat setiap kejayaan yang diraih oleh Aiman.
Tambah Sheikh Muszaphar yang berkongsi kisah di laman Instagramnya, Aiman seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, Aiman telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
Namun, anak saudaranya itu memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang. Walau apa jua keputusan yang dibuat, Sheikh Muszaphar berkata dia sentiasa berdoa dan memberi sokongan buat Aiman.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian buat Dr Sheikh Muszaphar kerana berjaya mendidik dan menjaga Aiman dengan baik. Tambah warganet, kasih sayang yang diberikan oleh Sheikh Muszaphar kepada Aiman sama seperti kasih sayang yang diberikan kepada anak-anaknya sendiri.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.