
Sebagai ibu ayah kita merasakan kurang manis bila anak-anak mula suka menyampuk bila kita suami isteri sedang berbual.
Sekali dua mungkin kita rasa boleh dimaafkan tetapi bila kerap sangat berlaku itu sebenarnya petanda yang anak-anak kita perlukan perhatian.
Anak Suka Menyampuk Orang Tua Bercakap?
Tengah bercakap dengan isteri pun dia suka kacau. Suka sangat menyampuk!
Ingat ada hal mustahak apa nak cakap rupanya,
“Papa tengok ni, pandai tak rania buat”,
Nak tunjuk dia buat Finger Snapping ( petik jari ) je!
Geram rasa. Mula rasa kurang adab bila anak suka menyampuk orang tua cakap ni.
Kadang secara tak sengaja termarah! Tertinggi suara! Tersuruh diam! Terbaran!
Lepas tu mula la, sentap!
Merajuk. Tak nak bercakap. Dari becok mulut berubah jadi diam sediam diamnya.
Sebenarnya anak yang kuat menyampuk atau kacau kita ni bukan sebab kurang adab.
Tapi sebenarnya mereka nak “Special Time”
Special time dengan mak ayah seperti berbual, bermain, dengar celoteh dia dan puji memuji.
Setiap anak sangat perlu Special Time dari mak ayah kerana,
✅ Dengan dengar suara mesra mak ayah ia dapat beri anak rasa selamat dan terkawal ( Safe & Secure )
✅ Mak ayah yang selalu luangkan masa dengan anak dapat bina Connection yang kuat dan menjauhkan anak dari pengaruh negatif
✅ Anak yang dapat Eye Contact dari mak ayah semasa bercakap akan lebih tinggi harga diri ( Self Esteem ) kerana dia rasa diri dia penting
✅ Hanya dengan luangkan masa 3 minit baca Bed Time story pada anak sebelum dia tidur dapat meningkatkan penghasilan Growth Hormon semasa anak tidur
Jika bacakan buku Teroka Sains bukan setakat Growth Hormon, sekali dengan IQ dia naik mendadak.
✅ 8 pelukan sehari dari mak ayah dapat buat anak happy dan senang hati kerana sentuhan dari mak ayah ada efek Mood Booster!
Sebab itu la selagi anak tak dapat Special Time ni, selagi itu la dia duk berkepit dengan kita dan mengacau kita.
Yang benar, anak bukan pengacau!
Tapi anak Peminat setia kita, macam paparazi selagi tak dapat perhatian dari kita selagi itu la dia ikut je bontot kita mana pergi. Huh!
Sesungguhnya mak ayah orang paling berpengaruh dalam hidup anak anak.
Wallahu A’lam,
Sumber : Mohd Fhais
– Parenting Influencer
Murtabak Jerantut Sedap Lain Macam Hingga Ada Yang Kirim Pos Laju. Permintaan Luar Biasa Di Bulan Ramadan!

Bulan Ramadan tentunya ramai yang tercari-cari hidangan berbuka puasa. Bazar Ramadan adalah destinasi wajib yang mesti dikunjungi untuk membeli juadah berbuka.
Antara menu yang popular untuk berbuka adalah Murtabak. ulan puasa, Murtabak Daging atau ayam adalah antara sajian pembuka selera yang popular. Makan pula dengan kuah bawang cuka atau kari.
Sempena Ramadan ini, menarik perkongsian seorang pengguna facebook, Azam Ramli yang berkongsi mengenai keunikkan Murtabak Bandar Jerantut. Lantaran rasa sedapnya yang unik, murtabak Jerantut menjadi pilihan ramai.
Biarpun perkongsian ini sudah sekian lama, ia kembali viral setelah banyak carian mengenai murtabak Jerantut.
Lebih menarik, Azam Ramli telah menyenaraikan lebih 20 nama murtabak Jerantut yang popular.
Malah, murtabak Jerantut bukan saja popular dalam kalangan penduduk tempatan, sebaliknya turut menarik perhatian pengunjung dari luar kerana kesedapannya berbanding di tempat lain.
Antara penyebab murtabak Jerantut sering digemari kerana dagingnya yang banyak, penuh ramuan dan rempah ratus yang enak. Boleh dikatakan setiap kunyahan ada daging.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
JERANTUT BANDAR MURTABAK
Jika Temerloh diberi jolokan Bandar Ikan Patin, Maran diberi jolokan Bandar Ayam Kampung, Jerantut pula diberi jolokan Bandar Taman Negara.
Tapi sebenarnya tak boleh dilupakan, Jerantut juga sangat sesuai jika diberi jolokan Bandar Murtabak, kerana di daerah ini terdapat banyak murtabak yang sedap dan popular. Berikut diberikan nama-nama murtabak di Jerantut (nama berikut bukan ditulis mengikut ranking):
1. Murtabak Fauzi
2. Murtabak Syed
3. Murtabak Manja
4. Murtabak Romas
5. Murtabak Saufi
6. Murtabak Sopi
7. Murtabak Sabri
8. Murtabak Feri
9. Murtabak Jerantut Feri
10. Murtabak Wahid
11. Murtabak Wahab
12. Murtabak Zameri Family
13. Murtabak Damak
14. Murtabak MK Curry
15. Murtabak Sardin TMG
16. Murtabak Tasnim
17. Murtabak 702
18. Murtabak Darussalam
19. Murtabak Mustafa
20. Murtabak Batu Balai
21. Murtabak Naim (Ulu Cheka)
22. Murtabak Jerantut (Brand – dijual di Lembah Klang)
23. Kak Bi Frozen – Murtabak Jerantut (Brand – dijual di Kuantan)
24. Murtabak Daging Rusa Kota Gelanggi 2.
* ketika bulan puasa, ada beberapa bazar Ramadan di Jerantut, yang agak popular ialah:
1. Depan pejabat MDJ (utama)
2. Depan TF
3. Di Jerantut Feri.
INI SEBAB RAMAI YANG SUKA
Mungkin ada yang ingin respon: “Alah, di tempat lain pun ramai orang jual murtabak, bukan di Jerantut je”.
Ya memang benar di tempat lain pun ramai orang jual murtabak tapi murtabak di Jerantut lain macam sikit sedap dia, siapa orang luar yang pernah datang dan rasa murtabak di Jerantut dia tahulah.
Dan juga, orang asal Jerantut yang berhijrah dan bekerja ke tempat lain, pasti akan bersetuju murtabak di Jerantut tetap lebih sedap dari di tempat yang mereka berhijrah atau bekerja.
Sesiapa yang ada kawan orang Jerantut, bila bulan puasa rugilah kalau tak minta belanja murtabak (ada yang frozen juga, boleh minta kawan-kawan kirim pos laju).
Penjual murtabak ramai di ketiga-tiga bazar di atas. Nama-nama yang saya nyatakan ialah sebahagian sahaja, ramai lagi peniaga yg saya tak tau nama mereka, murtabak mereka pun sedap juga.
Ada juga penjual murtabak ini yg tidak menjual di bazar, mereka menjual di kedai sendiri sahaja namun tetap dikunjungi pelanggan yang sanggup beratur panjang untuk membeli.
Harga murtabak di Jerantut ialah pelbagai. Ada yang rm6 sekeping, ada juga harga yang lain, paling tinggi ialah rm13 sekeping.
PERMINTAAN TINGGI BULAN RAMADAN
Ketika bulan puasa, permintaan murtabak di Jerantut adalah sangat tinggi. Penjual-penjual murtabak seperti nama-nama di atas, mampu menjual dalam kuantiti yang sangat banyak setiap hari, ramai juga penjual yang mencatat jualan sehingga beratus keping sehari malah ada penjual yang mencecah jualan seribu keping sehari.
Murtabak-murtabak yang paling biasa dijual di Jerantut ialah murtabak ayam dan murtabak daging. Ia jadi makanan yang sangat mengenyangkan kerana di dalamnya turut mengandungi bahan-bahan lain seperti ubi kentang atau kobis bergantung kepada penjual.
Untuk tambah menyelerakan, murtabak didatangkan bersama kuah sama ada kuah cuka bawang atau kuah kari terpulang kepada pembeli mahu yang mana.
Saiz murtabak di Jerantut ialah sekeping untuk makan sekeluarga. Paling kecil pun cukup untuk makan 4 orang. Saya boleh habiskan sekeping seorang, itu kes terpencil.
Selain dijual di bazar pada bulan ramadan, murtabak-murtabak Jerantut juga dijual pada bulan-bulan yang lain iaitu di pekan sari, di pasar-pasar malam malah ada yang menjualnya setiap hari di kedai makan mereka.
TEMPAT MENARIK DI JERANTUT
Jika anda berkunjung ke Jerantut, jangan lupa untuk menikmati murtabak. Selain itu boleh juga melawat ke tempat-tempat menarik yang berdekatan:
1. Mendaki Bukit istana Jerantut
2. Taman Negara Malaysia
3. Galeri Mat Kilau
4. Makam pahlawan Mat Kilau
5. Makam Pawang Nong
6. Makam raja di Bukit Ketupat
7. Feri Water Front
8. Air terjun Lata Meraung
9. Taman i-City Jerantut
10. Taman Warisan Gua Kota Gelanggi
11. Tekam Plantation Resort
12. Mendaki Gunung Tahan
13. Mendaki Bukit Seladang
14. Eksplorasi Red Forest Jerantut
15. Mendaki Bukit Bongkok
16. Eksplorasi Gunung Senyum
17. Rabbit Park
18. Air terjun Lost Waterfall
19. Air terjun Lata Permaisuri
20. Burger Pakcik Sulong
21. Pizza Anak Dol
22. Restoran-restoran gulai asam rong, gulai tempoyak, pais.
23. Sekolah beruk Paya Rajin
24. Pasar Besar Jerantut (ala-ala Pasar Siti Khadijah Kota Baru)
25. Pekan Sari (Ahad)
26. Pasar Malam Utama (Sabtu malam)
27. Air terjun Lata Berkoh
28. Jeti ke Taman Negara (naik bot)
29. Menunggang kuda di Madrasah Sungai Salan
30. Bersewang di kampung Sungai Kiol
31. Memedap dan mengemping di kampung Gintong.
32. Gerai aneka makanan pagi di depan pasar. (meriah)
33. Dataran minum petang di sebelah masjid lama. (meriah)
34. Mandi swimming pool di Hotel Darul Makmur.
35. Lihat bunga rafleksia di Gunung Benom (Ulu Cheka).
36. Air terjun Lata Berembun
37. Rock climbing Via Ferrata Paya Gunung
dan banyak lagi.
Sumber: Azam Ramli
Tak Perlu Jerit Nak Anak Dengar Cakap. Cuba 10 Trik Ni.

Mengapa menjerit? Alasannya, jeritan akan membuat anak berasa takut dan ikut arahan yang diminta. Ada juga menjadikan jeritan sebagai salah satu cara untuk memastikan anak mengikut suruhan dengan cepat terutama ketika keadaan menjadi kelam kabut di awal pagi.
Amalkan tip dan teknik ini dan anda tidak perlu menjerit dan dijerit. Teknik ini perlu dilakukan secara konsisten dan jadikan ia sebagai amalan seumur hidup. In sha Allah akan berhasil jika anda benar-benar mahukan perubahan ini.
Terima kasih dan maafkan saya.
1. Rutinkan ucapan terima kasih dan maafkan saya sebagai ucapan harian yang wajib ada di rumah atau di sekolah. Ucapan ini melatih anak untuk rasa dihargai dan menghargai.
Tenang dan kawal
2. Bertenang, bertenang dan bertenang walaupun keadaan kelam-kabut. Kanak-kanak adalah pemerhati terbaik dan mereka akan lihat dan ikut bagaimana anda urus diri anda ketika waktu tenang atau waktu kelam-kabut. Ketika anda mulai rasa kelam-kabut, ambil masa 10 saat untuk bernafas dengan baik dan bertenang. Kawal emosi anda dan anda akan lihat keadaan menjadi tenang dan terkawal. Katakan “Semuanya terkawal dan saya amat tenang sekali”.
Suara lembut dan sopan
3. Ajari anak menggunakan suara lembut dan sopan. Tunjukkan melalui teladan. Anak-anak perlu diajar cara bercakap dalam keadaan suara yang lembut dan sopan. Guru terbaik adalah anda. Jika anda mahu anak bercakap dengan suara yang lembut dan sopan, anda juga perlu berbuat demikian. Hasilnya anda tidak perlu menjerit dan dijerit oleh anak-anak.
Teknik bisikan
4. Anda boleh menggunakan teknik bisikan apabila ingin meminta anak anda lakukan sesuatu. Dengan bisikan, anak anda akan lebih peka dan teruja untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan. Lakukan ia seperti permainan. Contohnya: Dalam nada berbisik “Aiman… tolong mama simpan baju dan seluar biru dalam almari”/ “Siapa boleh tolong mama simpan semua mainan paling pantas dalam kotak? Satu… dua… tiga…”
Pandangan mata
5. Pandang mata dan tunduk ketika bercakap dengan anak. Apabila bercakap atau memberi arahan kepada anak-anak. Pastikan anda memandang mata mereka dengan pandangan kasih dan sayang dan tundukkan sedikit badan atau duduk sedikit supaya anak tidak perlu mendongak ketika bercakap dengan anda.
Cara ini membantu anak menerima arahan anda dengan jelas dan sepenuh perhatian. Cara ini juga perlu digunakan ketika anak anda berbual dengan anda. Memberi sepenuh perhatian ketika anda atau anak sedang bercakap mendidik anak secara tidak langsung untuk memberi perhatian tanpa perlu menjerit.
Kaedah beri arahan anak lelaki dan perempuan
6. Kaedah beri arahan kepada anak lelaki dan perempuan tidak sama. Otak anak lelaki adalah monotrek bermaksud otak anak lelaki fokus pada satu perkara dalam satu masa. Ini bermakna, anak lelaki perlu diberi satu arahan dalam satu masa. Selepas anak menyelesaikan tugasan tersebut, barulah ditambah dengan arahan seterusnya. Cara ini membantu anak untuk faham arahan dengan mudah.
Otak anak perempuan bersifat multitasking. Anda boleh memberi 2 hingga 3 arahan kepada anak perempuan untuk diselesaikan dalam satu masa. Contohnya: “Sofea, tolong ibu angkat pingan, cawan dan sudu dan letakkan di dalam sinki.”
Pasang ayat-ayat Al Quran
7. Pasang ayat-ayat Al Quran, zikir munajat atau lagu- lagu bertemakan alam contohnya ‘Nature soothing music‘ untuk meredakan keadaan yang tidak terkawal. Keadaan rumah atau sekolah yang tidak terkawal menyebabkan tekanan. Tekanan inilah yang menyebabkan kita akan menjerit dan dijerit. Adakan satu sesi dalam masa 30 minit – 1 jam setiap hari secara konsisten untuk bertenang.
Berikan Pujian
8. Berikan pujian, sokongan, kata-kata semangat, pelukan, tepukan atau hadiah berupa makanan berkhasiat, peralatan tulis atau stickers kepada anak sebagai hadiah galakan dan motivasi ketika mereka mendengar kata, berjaya melakukan tugasan yang diminta dan bertutur dengan sopan.
Minta anak ulang arahan
b
9. Anak-anak perlukan masa untuk memahami arahan yang diberi. Jadikan ayat suruhan anda ringkas dan sesuai untuk anak selesaikan. Antara cara terbaik untuk memastikan anak faham atau tahu apa yang anda inginkan. Minta anak ulang semula kata-kata anda. Contoh: “Haikal, tolong mama angkat tuala putih dan biru atas lantai. Haikal, tadi mama minta tolong apa?”
Tunjukkan caranya
10. Arahan seperti: kemas bilik, cuci pingan, sapu sampah adalah suruhan yang tidak semua anak faham apa yang dimaksudkan dengan kemas bilik. Tunjukkan caranya apa itu kemas bilik, cuci pingan dan sapu sampah. Walaupun bagi anda perkara-perkara di atas adalah remeh dan anak telah biasa lihat bagaimana anda mengemas. Tunjukkanlah caranya agar anak lebih faham tugasan-tugasan yang dibeikan.
Anda adalah contoh utama dan pertama yang akan diikuti oleh anak-anak. Perbuatan dan perbualan anda perlu seiring dan sejalan dengan apa yang anda mahukan dari anak-anak. Jika mahu anak mendengar kata tanpa menjerit dan dijerit, berbuallah dan bertindaklah dengan tenang dan konsisten.
Sumber: awal.my
Bapa Terkejut Anak 6 Tahun Pesan Makanan Senyap-Senyap, Guna Nama Isteri!

Siapa sangka kanak-kanak berusia enam tahun mampu memberi kejutan buat seisi rumah bila berjaya memesan makanan menerusi atas talian.
Bapa kanak-kanak itu terkejut apabila penghantar makanan muncul di hadapan pagar rumah bagi menghantar pesanan yang telah dibuat menerusi sebuah platform.
Bagaimanapun, reaksi si bapa ketika menerima bungkusan makanan tersebut telah mencuri perhatian ramai kerana tidak menyangka ia adalah dari pesanan anak kecilnya yang baru berusia enam tahun.
Si comel berusia enam tahun itu memesan lapan pek ayam goreng. Memang bijak.
Menerusi video berdurasi seminit 17 saat dimuat naik di TikTok, dilihat penghantar makanan itu menyebut nama ‘Seri Rahayu sambil menghulurkan bungkusan makanan kepada seorang lelaki.
Selepas bertanya kepada ‘orang rumah’, lelaki berkenaan memberitahu Seri Rahayu yang juga isterinya tidak membuat sebarang pesanan makanan.
“Banyaknya! Siapa order ni? Isteri saya kata dia tak order.
“Betul ke ni alamatnya bang (penghantar makanan)? Cuba abang check. Betul dah ni.
“Tapi saya dan isteri takda order,”ujar lelaki itu.
Ternyata anak lelaki berusia 6 tahun pasangan itu yang membuat pesanan makanan tanpa memberitahu kepada ibu bapanya.
“Anak yang order la. Kami berdua tak tahu apa-apa. Anak saya yang order senyap-senyap,”jawabnya sambil tersenyum.
Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi di mana rata-rata warganet turut terhibur dan berkongsi pengalaman masing-masing.
Menarik: Sijil Lahir Anak Hilang, Ni Cara Mohon Semula Secara Online Di JPN. Mudah!
Bantuan Awal Persekolahan 2025 BAP Diteruskan, Ini Tarikh & Semakan Mak Ayah!
Lima Peralatan Rumah Boleh Jadi Beban Kalau Tak Guna, Fikir Dulu Sebelum Beli!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my