Bila Anak Suka Sangat Coklat Nutella. Buatkan Kek Ni, Confirm Licin Dimakan!

Share

Boleh dikatakan anak-anak kalau nampak Nutella depan mata, memang habis licin dikerjakannya. Jadi apa kata kali ini anda buatkan menu istimewa ini, Nutella Butter Cake.

Rasanya enak, bukan sahaja akan memikat selera anak-anak malah kita orang dewasa juga menggemarinya. Jika tidak percaya, kenalah cuba buat sekali menu yang dikongsikan oleh Cik Dayang Zuhaila

. Memang puas hati!

NUTELLA BUTTER CAKE

BAHAN A :

120g gula

3biji telur

10g ovalette

1/4 tsp garam

BAHAN B :

120g tepung self-rising

20g susu tepung

1tsp vanilla powder

BAHAN C :

70g butter (cairkan)

 

BAHAN D :

Strawberry emulco

Pandan emulco

Pewarna ungu

CARA-CARA :

1.Satukan kesemua BAHAN A & BAHAN B.

2.Kemudian putar menggunakan kelajuan yang laju sehingga adunan gebu dan kembang.

3.seterusnya masukkan BAHAN C dan kacau kaup balik sahaja cukup sekadar adunan sebati.

4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Kemudian letakkan BAHAN D dan kacau sebati. Nak letak pewarna sahaja pun boleh.

5.Alaskan loyang saiz 7” dengan baking paper.

6.Tuangkan adunan secara berselang-seli dan letakkan juga nutella disetiap layer.

7.Bakar pada suhu 150c selama 40minit. Bergantung pada oven masing-masing.

8.Akhir sekali tuangkan topping nutella di atas kek. Boleh hiaskan mengikut citarasa masing-masing.

Ekstra tip : Nak dapatkan nutella cair sebegini, tambahkan dengan sedikit minyak jagung.

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN