Malang tak berbau. Setiap kejadian yang akan terjadi secara tiba-tiba tanpa kita sempat bersedia untuk mengelaknya.
Begitu juga dengan kemalangan. Biasanya akan ada penarik kereta untuk menarik kereta di tepi jalan raya.
Namun ada juga menjadi mangsa penipuan oleh sesetengah pihak. Nak tahu tipnya ikuti panduan ini.
Tips berguna bila eksiden. Sila ambil tahu. Kalau tak nak tertipu. Tahukah anda jika kemalangan dan longkai (penarik kereta) datang dan longkai akan suruh tandatangan dokumen supaya mereka dapat komisen 10%?
Janganlah sesekali anda tandatangan dokumen tu dan tak perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu la ini la. Jadi apa tindakan anda?
Ads
Pertama jangan tandatangan dokumen tu. Kedua cakap kat dia saya cuma nak towing sahaja. Biasanya caj dalam RM200 je. Tarik kereta anda ke balai yang sepatutnya untuk buat laporan polis (ikut kawasan la). Lepas buat laporan suruh longkai tu hantar ke bengkel panel yang buat repair. Haaa yang kena ada pengalaman kalau tak ada pun tak apa just call insurance dan minta alamat panel yang buat repair kemalangan.
Lepas tu, hehehe ni bahagian yang best. Tibalah giliran anda pula untuk claim 10 peratus dari tokey bengkel.
Ads
Caranya esok adjuster insurance akan datang bengkel dan kira jumlah kerosakan. Katalah kereta mahal BMW ke Mercedes ke total repair RM100,000 so anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel.
Sebab tu la longkai bergaduh berebut kereta sebab nak dapat duit komisen dari bengkel kereta. Dan juga hati-hati ada bengkel kuat kencing sebab dia dapat claim dari insurance tapi dia tak tukar barang tu, dia just repair je.
Ads
Dan juga hati-hati kalau longkai kata hantar kat bengkel saya. Heheheh. Tu longkai penipu sebab longkai tak ada bengkel. Dia just pancing je. Ini pengalaman aku la. Dulu aku kemalangan kereta hancur total claim RM120,000. Jadi tokey bengkel tu terpaksa la bagi aku RM12k komisen dan juga lost of use 3 bulan sebab ambil masa lama untuk repair dan longkai hanya dapat duit towing je RM180. Hahahah memang panas longkai tu sebab tak berjaya nak makan aku. Dan juga call insurance dan suruh dia emel detail barang yang sepatutnya tukar. Lepas tu cek satu-satu lepas siap repair.
Kalau kurang satu korang minta duit kat tokey bengkel tu. Kalau tak korang gertak nak buat repot polis sebab dia tipu. Dulu tokey bengkel kena gertak dengan aku terus dia bayar kat aku. Hahahah.
TAHUKAH ANDA? Korang tau tak kalau korang kemalangan, selain boleh claim repair, korang jugak boleh claim Loss Of Use. Dia orang bagi pampasan RM30-RM50 sehari. Katalah kereta korang duk dalam bengkel 30 hari, insuran akan bagi RM30 sehari. Jadi, korang akan dapat RM900 selama kereta dibaiki. Tapi disebabkan rakyat Malaysia kurang perihatin akan hak pengguna, majoriti tak tahu pasal pampasan Loss of Use.
Sumber: Anymous Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelbagai idea kreatif muncul bila mana berlaku bencana. Semuanya demi untuk memberi kemudahan kepada yang memerlukan.
Itulah yang berlaku bila mana banjir besar melanda kawasan Shah Alam baru-baru ini. Seorang pengguna Facebook, Albert Chung, berkongsi idea lelaki berbangsa India yang membantu mangsa banjir yang tidak boleh mengecas telefon bimbit.
Lelaki ini berfikir di luar kotak dengan membawa generator untuk menyediakan perkhidmatan mengecas telefon bimbit secara percuma kepada mangsa banjir dan orang ramai yang berada di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam.
Lelaki itu membawa generator tersebut dengan menggunakan kenderaan 4×4.
Nak membantu orang, ada banyak cara, hebat brother ini sebelah khemah kami,” katanya.
Dalam keadaan yang gawat, bantuan seperti itu sememangnya sangat berguna dan boleh membantu melancarkan urusan orang ramai.
Memang terbaik idea yang dikongsikan ini. Bermanfaat untuk ramai yang memerlukan.
Perkongsian kali ini daripada Nara B bersempena sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun pada 15 ogos yang lalu. Nora B telah berkongsi rahsia penjagaan kecantikan wajahnya. Katanya dengan berkongsi ilmu di hari kelahirannya itu adalah sebagai satu cara bersedekah.
Ayuh kita ikuti perkongsiannya.
“Masker beras ni adalah produk natural jadi akan makan masa untuk merperolehi kulit yang sihat. Bergantung pada kulit masing-masing. Macam saya hampir 5 bulan juga untuk mendapatkan kulit yang bersih.
“Dulu saya mempunyai masalah kulit yang sangat teruk. Tak boleh pakai produk-produk luar habis naik jerawat nanah yang besar. Nak cover dengan make up pun tak cantik sebab berkerutu. Siap ada yang cakap muka berkerutu lagi. Selepas amalkan masker, alhamdulillah kulit dah semakin sihat. Apply make up simple2 n pakai bedak baby ja. Di sini saya sertakan bahan-bahan dan cara buat.”-Nara B
Manfaat masker beras pulut:
* anti penuaan
* mengurangkan kulit berminyak
* membuang sel-sel mati
* menganjalkan kulit
* mencerahkan kulit
MASKER BERAS PULUT
BAHAN-BAHAN
* Susu full cream
* Beras pulut ( tak perlu basuh )
CARA MEMBUATNYA
* Ambil beras pulut kemudian blander sehingga halus.
* Dah halus ambil dalam 2 sudu makan masuk dalam bekas dadih dan tuang sedikit susu full cream. Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat.
* Kemudian simpan semalamam dalam peti sejuk
* Boleh tahan sehingga seminggu
CARA PENGGUNAAN
* Apply di muka 2 hari sekali..nak cantik kena rajin
* Sapu perlahan-perlahans pada wajah dan biar sehingga kering. Time ni kulit muka akan tegang sangat.
* Kemudian boleh bilas dengan air dan lap dengan tuala bersih. Kalau boleh khas untuk muka sahaja.
* Bagi mendapatkan kulit muka lebih cantik haruslah pakai apa-apa moisturizer. Macam saya pakai Serum Vit C saja.
sumber : Nara B
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan kekreatifan berkenaan dengan makanan. Ada saja idea yang baru untuk menghasilka karya seni melalui makanan seperti menghasilkan pau bertemakan jalur gemilang.
Wanita ini meluahkan rasa terkilan dengan satu kumpulan media yang dipercayai terkenal, pada asalnya media tersebut membuat permintaan untuk hasilkan “Giant Flag Pau” dan membuat penggambaran dan akan memnyiarkan cerita berkenaan pau itu. Dipercayai mereka satu team bertungkus lumus dalam menyiapkan persiapan untuk menghasilkan ‘Giant Flag Pau’ namun beliau merakan seperti ditipu serta orang tidak menghargai usahanya
Setelah selesai photoshoot dan temuramah, didapati media tersebut tidak menayangkan kisah pau mereka.
“Anyway, kitaorang okay cuma time tu kecewa sikit lah dengan media tersebut sebab effort kita tak dipamirkan! And things like this never happened dengan semua media yang kita pernah kerjasama sebelum ni”
Meninjau ke ruangan komen, ada yang memberikan kata-kata semangat dan menjawab persoalan bagi pihak yang bekerja sebagai media. Kejadian ini terjadi pada bulan Kemerdekaan tahun lepas.
Tidak dinafikan, hasil tangan dalam menghasilkan pau yang bertemakan jalur gemilang ini memang mengagumkan. Mungkin dalam media, sesetangah tempat banyak prosedur dalam menghasilkan sesuatu artikel, ianya bergantung pada kehendak editor ataupun penceritaan yang menarik akan dipilih.
Mungkin rezekinya bukan disitu, tapi bila dah viral di laman twitter, Alhamdulillah rezki datang daipada situ. Apapun memang terbaik hasilnya! kreatif sungguh.
Gigi berlubang sering dipandang ringan oleh ramai orang. Walaupun kelihatan seperti masalah kecil, hakikatnya, ia boleh membawa risiko kesihatan yang serius jika tidak dirawat...