Walaupun bukan mudah memaafkan orang yang suka menabur fitnah atas diri dan keluarga kita, yakinlah dengan memaafkan hati kita lebih tenang.
Dan menyentuh tentang pernah disakiti dan menyakiti hati orang lain, ustazah Asma’ ada berkongsi tazkirah berkenaan hal tersebut.
Semoga dengan membaca perkongsian ini kita akan terus hidup berkasih sayang dan sentiasa bersangka baik dan ikhlas dalam memberi kemaafan.
Bila kita disakiti, ingatlah kita juga pernah menyakiti. Bila kita dizalimi, ingatlah kita juga pernah menzalimi. Jika kita rasa sedih hari ini oleh seseorang, ingatlah kita juga pernah membuatkan orang merasa sedih.
Ads
Apabila orang yang menyakiti kita jatuh atau ditimpa musibah, ia bukan kerana karma atau kerana hebatnya doa kita. Itu adalah bahagian ujian masing², kita sendiri bakal hadapi ujian sendiri. Usah menanti derita orang lain. Tiada manusia akan bahagia atas penderitaan orang lain, kerana ia bahagia yang palsu.
Kita semua tidak sempurna, pasti berdosa pada Allah dan bersalah pada manusia, maka jangan selalu dihitung salah manusia pada kita, kerana ia membuatkan kita mudah lupa pada kebaikan orang pada kita. Ketika sayang bertukar menjadi benci, yang baik tetap harus diingati, maka kita tidak akan lupa diri.
Ads
Akhirnya, carilah damai dalam sesuatu peristiwa, memaafkan orang lain pada hari ini bererti kita memaafkan masa lalu kita. Mudahan orang yang pernah kita sakiti juga memaafkan kita hari ini.
Ads
Yang dilihat bahagia
Mungkin sedang derita
Yang nampak hina
Mungkin dia mulia
Yang dilihat salah
Mungkin ia benar
Tak rugi mengalah
Yang penting tetap sabar
Isteri tu sumber rezeki suami. Jika baik layanan pada isteri, murah lah rezeki suami. Dengan membahagiakan mereka, rezeki akan terus mengejar suami. Oleh itu, jika isteri minta sesuatu jangan terus kata, tidak mampu atau tidak boleh, tetapi usahakan untuk mendapatkan. Bagaimanapun jangan berjanji takut nanti akan dituntut pula sehingga jadi perselisihan faham.
Isteri pula sudah tentu tidak akan meminta diluar kemampuan suami. Jadi, suami jangan kedekut untuk membahagiakan isteri. Penuhi permintaan jika ia tidak membebankan walaupun ia mengambil masa yang agak lama. Begitulah yang dinyatakan oleh saudara, Firdaus Shakirin mengenai sikap suami yang seharusnya memberi layanan yang baik termasuk memenuhi permintaan isteri.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Bila isteri minta sesuatu, jangan kata “TAK BOLEH” lagi…Usaha dulu, tapi JANGAN JANJI.
Sebab bila berjanji, dia akan berharap…bila dia berharap, klu dia tak dpt, dia akan kecewa.
“Hari tu abg kata nak beli…dah 3 bulan ni, tak beli-beli lagi pun.”
Kita pulak nak marah bila dgr dia cakap macam ni…
TUNAIKAN PERMINTAAN ISTERI
Sentiasa tanam nawaitu utk cuba tunaikan permintaan isteri sbb apa yg dia minta tu bukanlah sesuatu yg mustahil utk kita tunaikan…ianya juga mengikut kemampuan kita…jarang2 sekali mereka nak minta sesuatu diluar kemampuan pasangan mereka…
Mereka pun masih waras dan boleh berfikir dengan baik…Takkanlah mereka nak membebankan dan menyusahkan pasangan mereka.
“Nanti abg akan usahakan…bulan depan kita beli…tunggu bonus ujung tahun, baru abang belikan…”
Bila kita cuba penuhi permintaan isteri, insyaAllah Allah s.w.t akan buka pintu rezeki kita sebagai suami dan mudahkan urusan kita…niat kita baik…boleh jadi apa yang isteri mintak tu, adalah sesuatu yang boleh memudahkan urusan dia…
Bila kita mudahkan urusan isteri, Allah s.w.t akan mudahkan urusan kita.
Simple ja formula yg Allah dah bagi kat hamba-hambaNya…mudahkan urusan org, Dia mudahkan urusan kita, bwk org kluar drpd kesulitan, Dia akan bwk kita kluar dr kesulitan…
Buat baik dibalas baik…
Buang batu atau kayu yg menghalang atau memudaratkan org lain pun pahalanya besar apatah lagi menunaikan permintaan mereka yg berada dibawah tanggungan kita…
Sebaik2 sedekah kan pd ahli keluarga kita sendiri…? Maka anggap setiap pemberian kita kpd ahli keluarga kita tu sebagai satu bentuk sedekah…
Sedekah ini adalah antara 3 amalan yg tidak akan terputus pahalanya walaupun kita dah MENINGGAL DUNIA…
Jgn berkata TIDAK lagi pada sesuatu yg diminta isteri, tapi usahakanlah dahulu walaupun kena menyimpan setiap bulan…
InsyaAllah, mesti Allah akan bagi jalan utk kita tunaikan.
Cara kita mendidik anak-anak hakikatnya semua antara kita mempunyai pendekatan yang berbeza. Ada yang bersifat terbuka, bertegas, malah tidak kurang pula mendidik dengan penuh kasih sayang.
Pun begitu, walau apa caranya sekali pun percayalah kita sebagai ibu dan bapa perlu bertindak terlebih dalu untuk menjadi role model dalam membentuk nilai yang ada pada anak-anak kita. Ini sebagaimana perkongsian pengalaman dari Doktor Siti mengenai anak lelakinya, walau diuji dengan tahap kesihatan namun tetap sabar dan tetap mahu menyumbangkan tenaga membantu ibu tercinta.
Apakah rahsianya?
Tentunya kita semua ingin ketahui bagaimana cara didikannya. Untuk itu, ayuh kita baca perkongsian penuh daripada Doktor Siti dan diharap dapatlah dijadikan inspirasi dalam usaha kita membina keluarga bahagia kita pula.
SAYA INGIN MULAKAN PERKONGSIAN KALI INI TENTANG ANAK LELAKI.
Ada hal yang penting tentang mendidik anak lelaki yang saya ingin kongsikan. Bukan perkara baru, hanya sedikit perkongsian untuk peringatan saya sendiri dan semoga ada manfaat buat yang membaca.
Tapi saya nak minta maaf banyak-banyak, sedikit cerita tentang anak lelaki saya ini hanya bertujuan untuk berkongsi nilai yang ingin disampaikan.
Baru-baru ini birthday anak soleh saya, Aqif Furqan. Bawa dia dan Kakak Yaya jalan-jalan di Genting Highland, main snow di Snowworld. Sejuk ya ampun. Suhu -6 tak silap saya. Punyalah sejuk, meleleh2 hingus dia. Tak pasal-pasal pipi pon merah. First time mama nampak pipi anak soleh mama ni jadi merah hehe.
Saya ajak dia keluar, dia tetap nak main. Masa yang diberikan cuma 40 min, jadi saya fikir takpelah..bagi dia peluang.
Akhirnya, malam tu juga dia demam. Huu kesian anak mama. Saya memang rasa bersalah sangat kat Aqif. Niat mama nak buat adik happy time birthday adik, tak pasal-pasal adik demam pula.
Masa otw ke klinik, satu waktu saya pandang dia di seat sebelah, “sorry adik..” kata saya sambil saya usap kepalanya. Panas
“Kenapa mama?” Dia tanya. Saya jawab, “Mama bawa adik jalan-jalan, jadi demam pula”. Memang saya benar-benar rasa bersalah. Kasihan anak manja saya ni. Nak happy-happy masa birthday, demam pula.
Aqif jawab, “Takpe mama. Mama kan tatau nak jadi macam ni” Allah! Lagi empangan kat mata mama ni nak pecah. You are such a grown up adik
Tapi, Aqif ni..yang buat saya lagi sebak..bila dia demam-demam pun masih sibuk nak tolong mama dia. Nak angkatkan baju. Mmg itu tugasan dia selalunya. Sidai baju, angkat baju. Kakak yaya pula akan lipat baju dan simpan di almari. Mama pula gosok baju hehe.
“Takyah angkat, adik. Adik kan demam”, saya cakap bila nampak dia kat ampaian. Dia kata dia boleh angkat. Saya pujuk dia, takyah. Then dia kata “ok adik angkat satu je”.
Ok adik, mama give up. I knew he really wanted to do it. “Ok satu je”
Saya pergi kat dia and saya cakap sambil peluk dia, “Thank you adik. Baiknya anak mama ni. Demam-demam pun nak tolong mama”. Aqif macam biasa, senyum dipuji. Kadang dia yang tambah pujian tu haha. Dia kata Allah sayang dia. Dia dapat pahala. Macam-macam lagi.
Gambar ini, masa kami nak ke klinik. Demam-demam pun masih sempat nak pakaikan mama dia stokin. Anak-anak saya ada habit ini. Pakaikan mama stokin dan kasut. Saya tak suruh, mereka yang suka nak buat. Kadang-kadang berebut nak pakaikan.
Ya Allah, sayu hati saya setiap kali.
Saya cuma harap, saya selalu berdoa..anak saya ini akan membesar menjadi seorang lelaki yang kasih dan hormat pada ibunya, pada isteri dan anak-anaknya.
Yang tinggi sifat belas ihsannya. Nampak isteri banyak kerja di rumah, datang rasa kasihan pada isteri. Terus bantu. Angkat kain. Cuci pinggan. Kemas meja makan. Isteri mana yang tak sayang suami yang macam ni.
Lelaki yang tak segan pakaikan stokin dan kasut mamanya. Lelaki yang tidak tinggi egonya. Cakapnya elok. Tidak meninggi suara. Jika dia bersalah, tidak kekok memohon maaf.
Tuan-puan, saya minta maaf kerana menggunakan cerita tentang anak lelaki saya. Bukan saya nak puji anak sendiri. Saya seorang ibu yang khilaf sana sini. Kurang serba serbi. Anak saya juga bukan insan sempurna.
Tapi semoga sedikit perkongsian ini jadi asbab kita mendidik anak-anak lelaki kita menjadi lelaki yang tahu tanggungjawab. Pandai membahagiakan ibu ayah dan keluarganya. Menjaga perasaan isteri dan anak-anak.
Semuanya itu tidak akan terjadi secara tiba-tiba bila mereka sudah besar. Tetapi melalui kebiasaan apa yang kita corakkan dalam kehidupan mereka sejak kecil.
Jika mereka terbiasa dan dibiasakan untuk menyayangi, mereka akan menjadi seorang anak, seorang suami dan seorang bapa yang penyayang.
Jika mereka terbiasa dan dibiasakan dengan tanggungjawab, mereka membesar menjadi lelaki, suami dan bapa yang bertanggungjawab.
Jika mereka terbiasa dan dibiasakan dengan adanya Allah dalam hidup mereka, dengan hati seperti itulah yang akan memberi “lampu suluh” dalam perjalanan hidup mereka.
Tapi, siapakah yang perlu membiasakan semuanya ini?
Kita.
Ibu ayah mereka. Yang bersama mereka sejak kecil. Setiap hari.
Kitalah yang perlu terlebih dahulu membiasakan diri menyayangi mereka. Agar mereka tahu menyayangi diri mereka dan orang lain.
Kitalah yang perlu membiasakan mereka memikul tanggungjawab. Jangan terlalu manjakan anak. Jangan biarkan anak leka dengan gadget.
Namun satu perkara yang saya nak nyatakan.
Lakukanlah semuanya dengan kasih sayang.
Kerana tak mungkin kita memaksa anak untuk sayang kita. Kasih sayang bukan macam pekerja yang kita boleh paksa. Tak buat, buang kerja.
Kasih sayang bukan macam mainan yang kita boleh beli dengan wang ringgit.
Tapi kasih sayang itu kita dapat bila kita beri. Itu saja.
Kalau kita nak anak sayang kita dan pandai sayang keluarganya nanti, kitalah yang terlebih dahulu perlu beri mereka kasih sayang itu.
Mahu anak belajar pikul tanggugjawab, juga lakukan ia dengan kasih sayang. Jangan dipaksa dimarah diherdik anak itu. Ia hanya akan buat hati anak keras. Benci pada tanggungjawab. Kita boleh saja cakap elok-elok, inshaAllah anak boleh dengar. Kerana yang sebenarnya hati seorang anak lebih ikhlas, lebih suci berbanding kita sendiri.
Jika anak tak mahu dengar, jika anak tidak rapat dengan kita, nilailah kembali sejauh mana cukupnya kasih sayang dan perhatian kita pada mereka.
Mungkin kita yang alpa.
Mungkin kita yang sibuk dengan kerja.
Mungkin kita yang suka marah-marah anak.
Mungkin yang anak perlukan bukan mainan baru tapi peluk cium kita, borak-borak gelak-gelak dengan kita.
Pokok pangkalnya kita. Apa yang kita beri, itu yang kita akan tuai.
Selebihnya doa dan pergantungan pada Allah. Dialah sebaik-baik penjaga anak-anak kita.
Ya Allah, kami sayang anak-anak kami. Mereka anugerah dariMu, untuk kami menumpang rasa bahagia dan gembira. Untuk kami mengirim bekal buat akhirat kami asbab kebaikan yang mereka buat.
Jadikanlah anak-anak kami anak-anak yang baik hatinya, yang soleh solehah, yang suka membantu orang lain. Kami tak pandai menjaga mereka ya Allah. Kami silap sana sini. Ampunkan kami ya Allah. Kaulah sebaik-baik penjaga mereka dunia dan akhirat.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Berandam Surai cucunda baginda iaitu Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar pada Rabu lalu.
Waris sulung Tengku Puteri Iman Afzan dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah itu diputerakan pada 23 Julai lalu.
Instagram House of Pahang berkongsi berita dan turut memuat naik beberapa keping gambar untuk tatapan ramai sepanjang berlangsungnya istiadat penuh tradisi itu.
Pada hari Rabu 2 Oktober KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat ke Istiadat Berandam Surai cucunda baginda iaitu YM Tengku Zayn Edin Shah Bin Tengku Abu Bakar.
YM Tengku Zayn Edin Shah ialah putera sulung YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YM Tengku Abu Bakar Ahmad ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah.
Turut berangkat ke istiadat yang penuh tradisi ini ialah Kerabat DiRaja Pahang.
YM Tengku Zayn Edin Shah telah diputerakan pada 23 Julai lalu.