Meluahkan rasa kasih sayang dan prihatin kepada orang tua kita, selain bertanya khabar melalui telefon, andai ada masa dan cuti yang panjang, jengok-jengoklah mereka di kampung.
Pasti, bila terlihat sahaja kelibat anak balik ke rumah sudah membuatkan ibu ayah tersenyum bahagian.
Ads
Manakala doktor ini pula berpesan, ambil juga peluang bercuti dikampung dengan kita lihat buku temujanji klinik, agar kesihatan orang tua kita dipantau dengan sebaiknya.
Ayuh ikuti lagi saranan doktor ini untuk kebaikan bersama.
Cuba sesekali apabila balik kampung, tengok buku temujanji klinik mak dan abah samada temujanji diikuti.
Ads
Cuba tengok pil-pil ubat mak dan abah. Tanyakan berapakah kekerapan ubat-ubat diambil samada menepati arahan doktor seperti tertulis di plastik bungkusan ubat.
Ads
Tiada masalah jika ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Masalah timbul apabila timbul komplikasi penyakit yang disebabkan culas ubat dan culas temujanji.
Cakna kesihatan mak dan abah pun adalah antara cara kita menunjukkan kasih sayang kita. Maka ambillah peluang apabila pulang ke kampung sempena cuti kali ini.
Demam, boleh katakan inilah yang kerap terjadi. Kalau bukan anak yang demam, diri kita sendiri pula.
Andai tiba-tiba suhu badan naik pada waktu tengah malam, dan ubat tiada. Bolehlah dicuba beberapa petua ini.
PETUA NAK TURUNKAN DEMAM PANAS ANAK.
”Kalau anak demam panas boleh guna cara nie.Mmg cpt turun suhu.”
Bahan-bahan :
Lemon 2-3 slice
Air sejuk semangkuk
Tuala kecil
Cara-caranya:
1. Satukan air sejuk dengan lemon.
2. Ambil tuala kecil dan rendamkannya di dalam air sejuk tadi.
3. Letakkan di dahi.
”Semalam danish suhu paling tinggi 38.9 Lepas tu turun 38.3 > 37.5. Sekarang dah 37.1″
Kredit : Hani Pembor
Selain cara ini, orang tua-tua dulu ada juga menggunakan bahan-bahan lain untuk meredakan demam.
Daun bunga raya
Ambil beberapa helai daun bunga raya kemudian diramas-ramas di dalam rendaman air yang sedikit. Kemudian letakkan di dahi dan di kepala.
Asam jawa
Ambil asam jawa, kemudian bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes yang pekat. Kemudian sapukan pes tersebut pada bahagian dahi.
Minum banyak air
Bila suhu badan meningkat, pastikan mengambil air putih secukupnya untuk menurunkan suhu panas tersebut.
Pun begitu, perlu diingat usaha ini hanya bertujuan membantu mengurangkan suhu panas badan, namun jika tidak serasi segeralah bertemu doktor untuk dapatkan rawatan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang beruntung jika berbudi pada tanah, ada rezekinya yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga.
Contohnya jika menanam kucai, pelbagai menu boleh disediakan dan enak juga dijadikan bahan campuran untuk menyediakan menu cucur udang, kue teaw goreng dan sebagainya.
Jadi apa kata kita menanam kucai dan bila terlalu sarat di dalam pasu, segera lakukan tanaman semula untuk dapatkan hasil lebih banyak.
Nak tahu step by stepnya, di sini dikongsikan untuk info bersama.
Kali ni nak share cara nak re-plant pokok kucai bila pokok dah penuh dalam pasu/polybag.
1. Keluarkan pokok dari pasu/polybag. Buang tanah lama.
2. Cuci untuk buang sisa-sisa tanah.
3. Buang akar sependek mungkin, botak pun takpa, dan ubi yang dah tua.
4. Bersihkan batang dari kulit yang dah reput.
5. Siap untuk tanam balik.
Jangan takut untuk buang akar, sebab akar tu tak berguna lagi.
Apabila kes Influenza meningkat dan media massa banyak membicarakan isu ini, terdapat pelbagai khidmat nasihat yang berlebih-lebihan pula disebarkan. Nampak terlalu panik dan obses pulak masyarakat dalam mencegah dan merawat kes selesema dan demam.
Elakkan daripada berada di tempat terbuka serta yang mempunyai ramai orang. Minum banyak air kosong, pakai mask apabila keluar rumah, kerap cuci tangan dan sebagainya lagi antara langkah mengelakkan tularnya virus Influenza.
Ikuti perkongsian doktor Suhazeli Abdullah empat langkah ini dalam mencegah penyakit Influenza. Moga bermanfaat.
JANGAN TERLALU OBSES
EMPAT langkah ini sudah memadai dalam mencegah penyakit Influenza. 1. Jaga Etika batuk. Di mana anda perlu menutup mulut ketika batuk/bersin samada menggunakan tisu atau sapu tangan. Jika tak sempat capai tisu atau sapu tangan, tekup dengan tapak tangan pun ok. Jangan hembur wap batuk atau bersin itu kepada orang sebelah. Adat sopan perlu dijaga. 2. Memakai penutup mulut dan hidung dengan topeng muka (mask). Pemakaian mask ini pun tidak perlu keterlaluan sehingga masuk bilik mandi pun terpaksa pakai mask. Bagi pergerakan biasa kita yang tidak mengalami gejala influenza, pun tidak perlu memakai mask. Hanya kes dan individu tertentu yang berisiko seperti anggota kesihatan, pesakit kurang daya imun badan atau berada di kawasan padat yang amat disarankan memakai topeng muka ini. 3. Kerap Mencuci tangan. Kaedah ini amat penting supaya kita senantiasa menjaga kebersihan. Tangan adalah anggota paling aktif dalam kehidupan kita. Berjuta kuman berada di tangan tanpa kita sedari. Virus influenza dari orang yang positif boleh merebak kepada orang lain melalui pernafasan atau sentuhan badan. Sudah tentu apabila kita bertemu dengan rakan taulan, tangan adalah anggota utama kita berjabat salam. 4. Pencegahan paling ampuh setakat ini adalah vaksin. Tetapi jangan anda semua sasau-minda (panik) untuk mendapatkan vaksin. Bagi golongan tertentu sahaja yang amat-amat memerlukan vaksin kerana terdiri dari kumpulan berisiko. Keutamaan vaksin Influenza diberikan kepada: 1. Kanak-kanak umur bawah 5 tahun dan orang berumur lebih 65 tahun. 2. Orang dewasa yang berisiko seperti penghidap penyakit kronik, kencing manis, lelah dan seumpamanya. Bincanglah dengan doktor adakah anda perlu ambil atau tidak. 3. Petugas kesihatan atau penjawat yang berdepan dengan orang ramai seperti polis, imegresen, pegawai khidmat pelanggan dan sebagainya. 4. Individu yang merancang ke luar negara yang tinggi kejadian influenza. 5. Bakal haji/umrah. 6. Ibu Hamil. 7. Berlebihan berat badan.
Virus influenza tidak kekal lama di persekitaran. Kajian menyatakan antara 5 minit hingga 2 jam sahaja. Kemudian jika virus tidak memasuki manusia sebagai perumah tetap mereka, akan mati di persekitaran. Virus influenza juga boleh melekat di peralatan rumah atau pejabat yang mempunyai sentuhan terus dari pesakit yang positif influenza. Tidak perlulah terlalu obses dengan spray / sembur semua peralatan rumah. Hinggakan kipas dan TV pun kena spray. Keterlaluan tu. Kita bukannya bercium berpeluk dengan TV pun. Memadai persekitaran kita senantiasa bersih. . Janganlah beri nasihat yang melampau kepada masyarakat sehingga isu influenza ini menjadikan negara seperti darurat. Tidak perlulah semua orang wajib berkurung dalam rumah, membeli barang harian pun secara online sahaja. Nasihat keterlaluan itu menimbulkan sasau-minda orang ramai. Jika anda atau anak-anak mempunyai tanda-tanda influenza, berjumpa segera dengan doktor bukannya berkurung dalam rumah. Cuma jika mempunyai gejala, hadkan pergerakan anda supaya tidak berada di kawasan tumpuan orang ramai. Kuarantin dilakukan atas nasihat doktor bukannya jurujual produk. . Satu lagi, vitamin C bukan gantian kepada vaksin ye. Ya betul vitamin C itu ada kefungsian untuk menjaga integriti sel tubuh. Ianya anti oksida agar tubuh kita senantiasa segar. Tetapi ianya bukan antivirus atau gantian vaksin yang boleh mencegah influenza secara spesifik. Jangan terpengaruh dengan dakyah antivaksin supaya ambil vitamin C megadose. Mereka nak lariskan produk kesihatan mereka sahaja.
Begitu juga dengan petua tabur bawang merah sekeliling rumah. Tidak perlu membazir. Bawang merah bukan anti virus. Kesian pula rumah anda jadi bersepah dengan bawang di segenap penjuru. Cukuplah bawang merah atau putih itu menjadi resepi masakan sahaja.
Kekalkan gaya hidup sihat, selalu bersenam, pemakanan seimbang, cukup minum air seharian dan banyakkan berdoa agar dihindari penyakit. Sekian pesanan dari suhazeli.com fb.com/Suhazeli.abdullah 14.1.2020 Putrajaya .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.