Bila Memandu Seorang Diri Waktu Malam, Kemaskini Keberadaan Melalui Apps Ni. Begini Caranya!

Share

Menempuh perjalanan yang jauh bersendirian di waktu malam bukanlah perkara asing dilakukan oleh sebahagian antara kita. Apatah lagi dengan memandu di waktu malam suasananya lebih tenang dan kesesakan lalu lintas dapat dielakkan.

Pun begitu, tidak dinafikan ada juga risikonya yang tersendiri. Hal ini turut menyababkan ahli keluarga mahu pun orang tersayang risau dan bimbang jika apa-apa perkara terjadi di tengah-tengah jalan, tiada orang menyedari mahupun dapat membantu.

Jadi kalau boleh biarlah keberadaan kita sepanjang perjalanan  itu diketahui oleh seseorang. Sekurang-kurangnya ada ikhtiar boleh dilakukan jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Umpanya sepertimana perkongsian daripada Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ini yang terpanggil untuk berkongsi tips apabila umum mengetahui berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat untuk semua.

Salam Takziah

Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.

Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.

Kurangkan Risiko, Lakukan Perkara Ini

Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).

Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.

Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:

1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.

 

2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas).

3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).

 

4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak).

 

5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.

 

6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.

Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.

Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.

Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.

Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
#NotaKesihatanDrKamarul

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI

 

IKLAN