“Bila Sel-Sel Otak Sedang Berhubung.” Gelagat Si Cilik 2 Tahun Masuk Dapur Bikin Netizen Terhibur.

Share

“Dari umur 1 tahun lebih hingga sekarang 2 tahun 2 bulan, apa yang saya buat dia akan follow.”

Demikian perkongsian seorang ibu menerusi sebuah group mengenai anak bongsunya yang langsung tidak kekok membasuh pinggan dan menyediakan bahan-bahan memasak walaupun baru berusia 2 tahun.

Ayu Amani memuat naik beberapa video memaparkan anak perempuannya ‘beraksi’ di dapur di facebook.

Katanya, setiap kali masuk ke dapur untuk memasak, anaknya itu akan ikut sama dengan meniru apa yang dilakukannya.

Biarpun agak rimas apabila diganggu ketika sibuk di dapur, Ayu Amani beranggapan ia adalah lumrah bagi seorang kanak-kanak yang sedang membesar yang akan melakukan penerokaan di persekitaranya.

“Ibu peninggg. Habis kerja dia, dapur ibu akan bersepah. Tak pelah la orang kata sel-sel otak sedang berhubung, alhamdulillah.”

 

 

Dalam pada itu, melihat diruangan komen, rata-rata netizen memberi respon memuji dan berkongsi cerita turut mengalami situasi yang sama seperti wanita berkenaan.

Sumber: Ayu Amani

 

IKLAN