Andai ternampak kawan sepejabat setiap hari membawa bekal yang dimasak oleh isterinya, tentu kita juga berasa bangga dengan isterinya itu bukan? Maklumlah setiap hari sempat urus masa untuk sediakan bekal untuk suami tercinta. Bukan menu biasa-biasa yang dibawa tetapi hidangan yang menyelerakan. Besar sungguh pengorbanannya!

Begitulah kisahnya tentang seorang suami bernama Syafiq Ridhwan ini. Isterinya begitu rajin menyediakan bekalan untuk suaminya. Dan atas sebab itu juga, dikongsikan cara bagaimana dia pula menghargai isteri yang telah melakukan itu semua untuknya. Jom semak perkongsian menarik ini, moga menjadi tauladan untuk suami dan isteri yang lainnya juga.


Dulu masa baru kahwin, pernah saya cakap dengan bini. “Nanti bolehlah awak tolong buatkan saya bekal makanan setiap hari untuk pergi kerja”. Bini saya kata “boleh saja” sambil tersenyum.

Tahun pertama kahwin. Setiap hari saya bawa bekal ke office. Dan setiap kali tu juga, bila keluar makan dengan kawan-kawan, saya tak kisah menjinjit beg makanan dan makan bersama-sama dengan mereka.

Bila Suami Hari-hari Bawa Bekal Ke Pejabat, Sebenarnya Isterilah Yang Hebat!  En Suami Sila Hargainya Seperti Lelaki Ni Sarankan!

Tahun seterusnya, saya dikurniakan cahaya mata. Rezeki. Pertambahan ahli keluarga membuatkan kehidupan kami menjadi semakin utuh. Tapi sedikit sebanyak ia telah mengambil masa bini untuk melebihkan masa di dapur.

IKLAN

Kalau dulu, bini akan habiskan masa yang agak lama di dapur. Setiap hari dia akan mencuba resepi-resepi baru. Malah ada jua satu ketika, pelbagai lauk dimasak walhal kami berdua je yang makan.

Bila ada anak, masa di dapur menjadi semakin kejap. Kadang-kala, tak sampai beberapa minit ke dapur, dia sudah kembali ke dalam bilik untuk menyusukan anak, lepas tu saya ambil alih, dia bersihkan diri dan terus solat.

Itu belum cerita anak menangis ketika dia baru pegang kuali. Kagum betul saya. Tak pernah dia tinggal tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ajaibnya, masakan dia masih rasa yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sedap!

IKLAN

Bila Suami Hari-hari Bawa Bekal Ke Pejabat, Sebenarnya Isterilah Yang Hebat!  En Suami Sila Hargainya Seperti Lelaki Ni Sarankan!

Tapi ada juga bila hari yang dia cuti, saya kerja. Bila saya balik kerja, dia akan cakap “Hari ni saya tak makan lagi. Anak tak boleh tinggal. Asyik menangis je nak berteman”. Tanpa banyak soal, saya minta dia bersiap, start kereta dan bawa saja ke mana tempat dia mahu makan.

Hargai pengorbanan 

IKLAN

Besar tanggungjawab seorang isteri. Pengorbanan melahirkan anak sudah cukup besar, belum lagi dia berusaha yang terbaik memberikan untuk si suami.

Sebagai suami, buatlah yang terbaik untuk isteri. Walaupun dengan sekadar mengurutkan kaki ketika dia mengeluh kepenatan, dan meminjamkan telinga ketika dia cuba meluahkan setiap masalah yang dihadapi di pejabat.

Dan mengucapkan terima kasih untuk setiap hidangan dan mengatakan “sedap awak masak” juga mampu mengurangkan sedikit kepenatan yang dia lalui.

Benar. Kita pada akhirnya, akan bersama kelak dengan orang yang kita sayang. Dan kita masih punya masa lagi untuk belajar lebih menghargai antara satu sama lain.

sumber : Syafiq Ridhwan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI