Kes tular seorang ibu yang kehilangan bayinya baru-baru ini meruntun hati dan emosi seorang ibu. Ibu mana yang mahu meninggalkan anaknya sendiri. Tak mungkin!
Bagi mengelakkan kes yang sama berulang lagi atau bimbang kita leka pada persekitaran, seorang doktor perubatan, Dr Ita Jusnita berkongsi tip menetapkan ingatan atau reminder ini menggunakan aplikasi Waze yang sentiasa menjadi pembantu kita sepanjang memandu.
Sekurang-kurangnya dengan ingatan ini, sebaik sampai ke destinasi, Waze membantu. Mak ayah wajib tetapkan di telefon sekarang!
5 LIFE SAVING STEPS- BAGAIMANA WAZE MUNGKIN MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA KANAK-KANAK
Baru-baru ini seluruh Malaysia hiba di atas musibah yang melanda seorang ibu yang juga merupakan Doktor Perubatan, yang saya pasti tidak sengaja dan bukan atas kehendak dirinya, terlupa bahawa bayinya ditinggalkan di dalam kereta. Salam takziah buat seluruh ahli keluarganya.
Ini bukan kes baru. Pernah beberapa kali juga musibah ini kita dengar berlaku. Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan risiko kejadian ini berulang?
Saya juga baru mengetahui fungsi di aplikasi Waze ini atas tunjuk ajar seorang sahabat (credit to Kak Muhaida).
Ads
Saya berpendapat ianya wajar dikongsi dan mungkin dapat MENYELAMATKAN NYAWA ANAK-ANAK.
Aplikasi Waze boleh set “Child Reminder” dan peringatan akan keluar apabila anda sampai ke destinasi.
Saya tunjuk 5 langkah untuk set reminder ini di ruang gambar dan caption.
Langkah #1 Buka aplikasi Waze dan klik icon 3 garisan seperti dalam gambar.
Langkah #5 Boleh customise mesej yang anda mahu. Saya pilih untuk Waze remind saya dengan tanya di mana anak-anak saya, Fateh dan Faisal? Dengan mesej ini, ianya membuatkan saya berfikir sejenak, di mana anak-anak saya ketika itu?
Mesej akak pop-up sejurus kereta sampai dan BERHENTI di destinasi. Contoh di video akhir. Tonton sehingga video tamat ya.
Ramadan menjengah kembali, pastinya bulan mulia ini disambut penuh kesyukuran, lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik yang kian pulih kini.
Bagi yang memiliki anak-anak kecil, ada cara tersendiri untuk memastikan mereka berpuasa dengan baik. Ada yang boleh bertahan sehingga petang manakala tak kurang yang separuh hari.
Bagi ibu bernama Shaeriani A Hamat,dia punya cara ‘unik’ untuk mengelakkan anak-anak terlupa sedang berpuasa sehingga makan atau minum di dapur.
First day… alhamdulilah diberi kenikmatan bertemu RAMADHAN lagi…
“Tradisi dari turun temurun …..ikat peti. Bimbang ada yg ‘TERLUPA’ nanti…..Lebih baik mama berjaga jaga..(6 yg puasa).
“Sebab anak 6 puasa tinggal yang kecil tidak sebab baru berumur setahun setengah.
“Kalau tak buat demikian, susah nak kawal. Sebab dah kebiasaan anak mmg selalu bukak cari air atau makanan.
“Jadi untuk elakkan terlupa minum jadi kita akan buat ikatan bila nk bukak automatik akan terlintas di fikiran kenaapa mama ikat. Ada 3 ikatan yang Saya buat. Tetapi kadang-kadang bukan anak-anak je lupa, mak ayah pun sama” ujarnya lagi.
Memiliki tujuh anak perempuannya, pastinya setiap seorang punya karenah perangai masing-masing. Namun akui ibu ini, anak-anaknya sangat mudah diajar berpuasa.
“Umur 4 tahun dah start didik ..yang paling penting saya akan bangun pagi2 untuk masak makanan mereka panas2 sebab kalau bersahur dia orang akan bersemangat untuk makan.
“Semua wajib bersahur dr hari pertama sampai last puasa. Semua mesti makan sebab saya tak nak bila bersekolah diaorang x larat untuk belajar.
“Bila kakak kakak semua puasa adik tak akan buka. Stok makanan pun saya akan sembunyikan dari pandangan mereka. Semua di simpan dalam almari. Yang penting pastikan anak bersahur,” jelasnya lagi.
Ditanya persiapan raya, jelas Shareani segalanya sudah tersedia untuk anak-anak.
“Saya ni jenis yg x suka shopping lagi2 tempat yg ramai org ..bukan apa sebab anak ramai takut hilang ke apa…so far , lau raya sebelom ni saya akan buat persiapan awal contoh adik kawin baru ni, saya dah beli baju dan saya akan pakai pulak..sebab baju kurung atau gaun ni jarang2 jer pakai jd lau simpan jer membazir saja.
“Saya lebih suka beli baju pun lebih besar kerana boleh lama pakai. Setakat ini mama yang Akan memilih tema warna.
“Tetapi biasanya bab tema color memang saya akan ‘meeting ‘ dengan anak-anak.Salam ramadan dari kami 7 puteri muslimah..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Geram jugak ibu apabila melihat anak sudah pandai tunjuk peel. Suka marah apabila tak puas hati!
Yang peliknya gerak tubuh atau bahasa yang digunakan hampir sama lagaknya apabila si ibu marah.
Menurut perkongsian coach parenting,Mohd Fhais Salim cara anak marah seakan sama dengan ibu memang berlaku!
Nak tahu lanjut jom ikuti perkongsian ini.
Cara Anak Marah, ‘Sebiji’ Ikut Cara Kita Marah!
Terkesima lihat cara anak marah!
Sebijik! Raut wajah dia, gerak tubuh dia dan kata-kata yang keluar dari mulut dia.
“Hah! Buat lagi buat lagi”
Terkesima saya lihat cara si kakak marah si adik, sebiji sama macam saya marah dia dulu.
Betul la, kita ni tak boleh beriya sangat masa nak marah anak-anak.
Jangan ‘over’, risau anak akan terikut-ikut dengan gaya dan cara kita ketika marah.
Kalau kita kuat memukul anak, tak mustahil anak pun akan kuat memukul orang lain.
Sebaiknya control sikit cara kita nak lepaskan kemarahan.
Bak kata pakar komunikasi, nada suara dan bahasa tubuh kita 93% peratus lebih mudah di tiru oleh anak-anak berbanding dari kata-kata.
Jadi tak pelik la, apa yang kita cakap jarang anak nak ikut tapi apa yang kita buat senang senang je dia ikut.
Rupanya sebelum kita nak betulkan anak, cara berkomunikasi kita tu perlu di perbetulkan dulu.
Cara terbaik bila nak marah ialah dengan PELUKAN.
MasyaAllah, kuasa pelukan ni kalau nak tahu bukan sahaja boleh redakan emosi malah ada kuasa ‘menyembuh’ ( Healing Power )
1 – Sebelum nak marah terus peluk anak, gosok belakang dada dia, usap umbun umbun kepala dia, tak sampai 5 minit rasa marah kita tu akan beransur hilang dengan sendiri. Cubalah.
2 – Bukan rasa marah kita je reda, malah rasa takut anak pun akan berkurang. Daripada rasa takut kena marah, terus jadi bertambah sayang pada kita.
3 – Setiap sentuhan kita pada anak walaupun 5 minit dah cukup untuk tingkatkan hormon ‘gembira’ dalam tubuh. Dari nak bergaduh terus dua-dua jadi gembira.
4 – Pelukan juga boleh bina ‘rapport’ kita dengan anak. Rapport ni maksudnya hubungan, dari hati berhubung ke hati anak. Ada rapport ni, baru setiap teguran kita mudah anak nak serap.
5 – Self Esteem anak juga akan meningkat dengan kuasa pelukan dari kita tau. Ye la, bila selalu kena peluk dengan ibu ayah ‘keyakinan diri’ anak pun jadi meningkat sama.
6 – Ada masalah stress atau anxiety? Hah, peluk la anak-anak kita setiap hari, comfirm 2 masalah tu akan berkurangan.
7 – Pelukan juga adalah simbol paling besar untuk ‘Love & Support’. Kadang-kadang anak tak tahu yang kita sayang pada mereka, pelukan ni sahaja boleh bagitahu mereka.
Peluk memeluk ni pun cara mudah kita nak buat Self Care, Self Love dan Self Healing.
Jika marah buat hati anak makin jauh, pelukan pula buat hati anak makin mahu dekat dengan kita.
Makin dekat hati makin tambah sayang, makin tambah sayang maka makin kurang la nak rasa memarahnya..
Didik anak dengan penuh kasih sayang baru la hati dia dan hati kita bersatu saling membahagiakan.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aktiviti mengemas rumah seperti mengemop lantai memang selalu kita buat setiap hari. Rutin harian ini nampak mudah pada pandangan mata kita. Mudah pada pandangan mata tetapi sebenarnya ada banyak ilmu yang harus kita pelajari.
Mengemop lantai hingga benar-benar bersih dan diistilah bersih di sisi islam, Ustaz Syed Shahridzan buat pencerahan ke atas permasalahan ini. Jangan pandang mudah. Pastikan rumah kita, syurga kita anak beranak ini bebas najis dan bersih.
AIR MOP LANTAI BERCAMPUR NAJIS
Banyak orang zaman sekarang, bila ada najis seperti muntah, tahi lipas ke, cicak ke, dia buang dulu najis kmudian mop, cuma, dia tak guna air mutlak, dia guna air mop lantai (sabun lantai). Adakah semua kawasan lantai yang dia mop menjadi najis atau kawasan najis tu sahaja selepas mop?
Menurut mazhab Syafi’ie, air yang berkapasiti 2 kolah (230 liter) dan ke atas bercampur dengan najis, maka air tersebut tidak bertukar menjadi najis melainkan berubah salah satu dari 3 sifat air tersebut, iaitu bau, warna atau rasa. Ini berdasarkan sepotong hadith yang menyebut:
Maksudnya: Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadith: “Tidak bernajis”. (Diriwayatkan oleh Imam empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)
Jadi jika air mutlak 2 kolah dan ke atas berubah salah satu sifatnya contoh jernih berubah warna kekuningan disebabkan najis, maka air itu bukan lagi air mutlak malah kategori air mutanajjis (air najis). Ini berdasarkan hadith baginda -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang menjelaskan:
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ – صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ، إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ، وَلَوْنِهِ». أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ
Maksudnya: Abu Umamah al-Bahily RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang menajiskan ia kecuali sesuatu yang dapat merubah bau, rasa dan warnanya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Manakala air di bawah kapasiti dua kolah, jika bercampur dengan najis maka secara automatik ia berubah menjadi air mutanajjis (air najis) meskipun tidak berubah sifat sama sekali. Ini kerana kekuatan menolak kesan najis hanya ada pada air yang berkapasiti 2 kolah dan ke atas sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda -sallalhu ‘alaihi wa sallam- dalam hadith di atas.
Berbalik kepada air mop yang bercampur najis seperti najis dan muntah. Mengikut kaedah mazhab Syafi’ie, air mop di dalam baldi bercampur dengan najis maka air itu menjadi air mutanajjis. Bahan bernajis seperti air mutanajjis haram dimanfaatkan termasuklah mop lantai menurut mazhab Syafi’ie. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie antaranya Imam al-Khatib al-Syirbini -Rahimahullah-, sepertimana kata beliau di dalam karangannya ‘al-Iqna Fi Hall Alfaz Abi Syuja’:
لو أخذ دما أجنبيا ولطخ به نفسه أي بدنه أو ثوبه فإنه لا يعفى عن شيء منه لتعديه بذلك فإن التضمخ بالنجاسة حرام
Maksudnya: ” Begitu juga seseorang yang mengambil darah orang lain(ajnabi) kemudian melumuri dirinya iaitu badannya atau pakaiannya maka ia tidak dimaafkan sedikit darinya kerana lumuran darah yang melampau pada dirinya, sesungguhnya meletakkan(menyentuh) najis adalah haram”.
Oleh disarankan sesiapa yang mop lantai agar mengelakkan dari membersihkan lantai yang dengan air yang sudah bercampur dengan najis. Ini kerana kapasiti air di dalam baldi ternyata di bawah kadar 2 kolah, maka ia bernajis apabila bercampur najis meskipun tidak berubah sifatnya. Ini kerana air yang bernajis tidak dikira mampu menyucikan sesuatu tempat dari najis.
Jika lantai yang sudah dimop dengan air yang bercampur najis yang tidak dimaafkan, maka wajib lantai dibilas/disapu dengan air mutlak sehingga hilang kesan-kesan najis pada tempat itu. Apa pun terpulang kepada kebijaksaan masing-masing untuk melaksanakan cara penyucian tempat yang bernajis mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara najis yang dimaafkan ialah najis cicak yang terlalu sedikit. Sebagai contoh najis cicak dua tiga butir termasuk ke dalam air baldi, ia dikategori najis yang dimaafkan selagimana ia tidak merubah sifat air. Ini kerana tahi cicak antara najis yang sukar untuk dielakkan. Jika ia banyak maka tidak dimaafkan iaitu menajiskan air yang sedikit walaupun tidak berubah sifat.
Bolehkan membersihkan tempat bernajis dengan air sabun? Menurut mazhab Syafi’ie, tempat atau benda yang terkena najis wajib dibersihkan dengan air mutlak dan tidak sah dengan air mutlak yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun. Tiada masalah untuk menggunakan air sabun untuk basuhan awal namun basuhan kedua mestilah menggunakan(bilas) air mutlak.
Menurut mazhab Hanafi, air mutlak yang berubah sifatnya dengan bahan lain seperti sabun maka ia tetap suci dan menyucikan. Pendapat mazhab Hanafi boleh diamalkan jika melibatkan kawasan terlalu besar seperti kilang dan proses pembersihan melibatkan mesin canggih yang menggunakan sabun, ini termasuk kategori darurat. Manakala tempat yang kecil seperti rumah maka jangan lari dari kaedah mazhab Syafi’ie.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Kredit: Ustaz Syed Shahridzan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.