
Tidak lama lagi kita akan berpuasa dan selepas itu, insyaAllah akan beraya. Jadi bolehlah kita panas-panaskan oven yang telah lama tidak digunakan itu dengan menyediakan menu biskut conflake nestum yang mudah dan enak dimakan.
Ini resipinya dan selamat mencuba.
Biskut paling simple dan sedap, tak dapat banyak pun sebab baru keluar oven 2 hero dah amik seorang dekat 3 keping, resepi dekat bawah ya saya share resepi biskut nya, saya panggil biskut conflakes nestum or biskut diet, sebab kalau lapar makan biskut ini jadi kenyang.
Bahan-bahan
conflakes 300g (beli dekat bakery je, kalau nak guna yang kotak pun boleh terpulang)
1 peket nestum 500g
6 sudu makan madu
250g @1 cawan majerin cap pelangai (nak guna butter cup ke apa tak kisah)
1/4 cawan gula aising (kalau suka manis boleh tambah, ini sebab mak dan abah nak makan manis kena kurangkan..hihi)
Cara2
1. Ramas conflakes sehigga hancur… (manja2 je)selepas itu masukkan nestum…
2. Gaul madu, gula n majerin sehingga sebati(guna senduk je)
3. Masukkan majerin, madu dan gula yang dah sebati ke dlm conflakes n nestum td
4. Gaul sehigga kelihatan melekat dan basah-basah sikit.
5. Masukkan ke dalam acuan mini muffin..dan Padatkan dengan cawan
6. Bakar pada suhu 200°c selama 10minit.. Bergantung pada oven masing-masing,” (panaskan oven selama 10 minit sebelum tu ye)
Sumber : Nor Zahidah Kamal
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Buat Sendiri Peraman Lemon Untuk Segarkan Tekak. Begini Cara Buatnya!

Air lemon dikatakan bagus untuk diminum bagi tujuan menjaga kesihatan. Malah jika diambil bersama madu rasanya juga sangat enak.
Pun begitu, mungkin tidak ramai yang tahu buah lemon ini jika diperam bersama madu dan dicampurkan bersama air, terkandung banyak khasiatnya.
Ini dikongsikan oleh Nur Aida dan dikatakan air rendaman lemon juga bagus untuk melegakan tekak yang rasa tidak selesa. Nak tahu lanjut tentang pembuatan air peraman lemon, jom baca selanjutnya.
Ada yang tanam lemon tatau nak buat apa? Jom buat peraman lemon+madu. Sesuai diminum sepanjang masa dan menyegarkan tekak yang sakit.
Aida punya pokok lemon tak berbuah jadi guna lemon beli. Tapi kena cuci betul-betul dulu sebelum buat.
Khasiat lemon+madu:
1. Melancarkan pencernaan
2. Untuk detox
3. Mencantikkan kulit
4. Meningkatkan sistem imun tubuh
5. Meningkatkan metabolism
6. Merawat batuk
7. Menambahkan tenaga tubuh
Resepi Peraman Madu+Lemon
Peram dlu 2 hari dlm peti dan nikmatila air lemon madu yang segar.
Bahan2:
Lemon dan madu shj
Cara cuci lemon:
1. Cuci dulu lemon bersih2 buang kotor dan wax.
2. Rendam garam sekejap dan cuci.
3. Potong hujung dan gosok hujung seluruh lemon untuk pastikan lemon benar-benar bersih untuk kita buat peraman lemon.
Cara buat:
1. Hiris lemon nipis2 buang biji
2. Ambil bekas kaca. Lapisan pertama letak madu
3. Susun hirisan lemon. Tekan-tekan lemon untuk keluarkan jus.
4. Selang dengan madu, lemon madu sampai habis
5. Siap
6. Peram 2 hari dalam peti sejuk dan sedia digunakan!
Selamat mencuba.
Sumber : Nur Aida Md Zainuddin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Tengok Cermin Sambil Menangis Setiap Hari.” Nana Mahazan Dedah Pernah Alami Kulit Breakout, Suami Suntik Semangat!

Mengalami kulit wajah bermasalah membuatkan sedikit sebanyak keyakinan diri merudum, begitu juga dengan Nana Mahazan yang menghadapi masalah kulit wajah. Bagaimanapun dia beruntung kerana suaminya, Mohammad Raqeem Brian ini masih sentiasa memberi nasihat dan tip agar tidak berasa sedih.
Kulit wajah teruk breakout
Bekas pelajar rancangan realiti TV, Akademi Fantasia musim pertama ini mengambil masa setahun lebih untuk bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.
“Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit ‘breakout’ atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.
Suami penyokong & terima kekurangan diri
“Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini.
“Dia penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya,” ujar Nana membuka cerita.
Tertutup pintu rezeki pasti ada punca lain
Bertitik tolak daripada itu, dia mendapat idea memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri pada tahun 2020.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka,” ungkap Nana yang kini memiliki produk jenama sendiri yang diberi nama Mahazan Beauty.
Dia dalam pada itu percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya.
“Saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.
“Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik. Tertutup pintu rezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya.
“Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan. Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa. Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan kini,” jelas ibu kepada sepasang cahaya mata yang mengambil keputusan untuk berhijab sejak tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!
BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
“Murung Lepas Ibu Meninggal Dunia.” Ayah Bina Bangsal Sebesar Reban Ayam Jadi Rumah Untuk Tiga Anak Lembam & Mental, Elak Bertindak Agresif.

Berat mata memandang, berat lagi bahu si ayah yang memikul. Mungkin nampak kejam dan tidak berhati perut, namun si ayah ini tidak punya pilihan lain apabila menempatkan tiga anaknya di sebuah bangsal sebesar reban ayam.
Ini bertujuan mengelakkan ketiga-tiga mereka bertindak agresif. Di situlah dunia dan tempat ketiga-tiga mereka yang dikategorikan lembam dan juga mental berteduh.
Menurut Mamat @ Mohd Zain Idris, 70, dia membina bangsal tersebut berhampiran rumahnya apabila terpaksa mengasingkan ketiga-tiga anaknya itu bagi mengelak bertindak agresif terhadap empat cucu yang tinggal bersama.
Bangsal daripada kayu dan zink terbuang itu menjadi tempat tinggal dua anak yang mengalami masalah mental, Mohd Fakrul Anuar, 46 dan Mohd Aris, 36, serta anaknya lembam Mohd Hanafiah, 34.
Ihsan sedekah orang ramai
Mamat berkata, tiga bangsal itu dibina apabila empat cucu berusia 6 hingga 15 tahun tinggal bersamanya dan isteri, Aminah Harun, 55, selepas tiga anak perempuan bercerai dan meninggalkan mereka.
Dua lagi anaknya juga lembam, Nor Albaniah, 27, sudah berumahtangga serta disara suaminya manakala Samsuri, 25, tinggal di dalam rumahnya yang diubah suai dan dipisahkan dengan batu-bata.
“Saya sara 9 ahli keluarga dengan ihsan sedekah orang ramai kerana tak larat untuk bekerja buruh lagi. Mujurlah adik saya yang tinggal sebelah rumah hulurkan makanan setiap hari untuk kami 10 sekeluarga
“Kalau ada beras atau makanan boleh dibuat lauk yang disedekahkan orang ramai, saya masak sendiri,” katanya.
Ulang-alik hantar cucu
Menurutnya, selain menguruskan makan minum empat anak mental dan lembam, dia juga berulang-alik menghantar tiga cucunya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pohon Tanjong dan tadika menaiki motosikal.
“Cucu yang sudah sekolah menengah pergi sendiri ke sekolah. Membesarkan empat cucu ini sudah menjadi tanggungjawab saya, nak harapkan kepada anak-anak bantu, mereka pun saya jaga.
“Mohd Fakrul Anuar kerja cari besi buruk tapi perlu ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu setiap bulan untuk rawatan susulan penyakit mentalnya.
“Mohd Aris yang sering merayau pula setiap bulan perlu disuntik ubat penenang kerana dia agresif,” katanya.
kemurungan selepas ibu meninggal dunia
Mamat berkata, penyakit mental ini dihidapi kedua-dua anak lelakinya itu sejak remaja disebabkan kemurungan kerana ibu mereka yang juga isteri pertamanya meninggal dunia.
“Anak-anak saya tak ada kad orang kurang upaya (OKU) sebab belum mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Isteri ada masalah jantung dan tiroid
Menurutnya, isteri yang bekerja sebagai pembantu kantin sering menolongnya menyara keluarga sebelum terpaksa berhenti kerja setahun lalu.
“Isteri saya mempunyai masalah jantung dan menghidap tiroid. Dia pula perlu dibedah pada 25 Mei ini,” katanya.
Dalam pada itu, keluarga berkenaan juga mendapat perhatian Imam Masjid Mukim Paloh, Muhamad Husin dan menjadi antara asnaf yang sering menerima bantuan zakat dan beras.
Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Mamat @ Mohd Zain 153039270207 atau hubunginya di talian 012-9685549.
Sumber: Sinar Harian