Biskut Nescafe Badam, Resipi Mudah Nak Buat Dengan Sukatan Cawan. Masuk Bahan, Gaul & Bakar. Siap!

Share

Mudah & tak banyak bahan, itu antara pilihan ibu-ibu tatkala memilih resipi biskut mahupun kek untuk dibuat sempena raya nanti. Dengan situasi PKP sekarang, pasti dua kriteria ini di ambil kira kan, lebih-lebih lagi semua nak berjimat.

Jadi, nak buat biskut yang sedap dan mudah, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Siti Zahrah Bistamam‎ menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Nenek sertakan resepi untuk sahabat yang ingin cuba niaga atau untuk keluarga.

Biskut nescafe badam.

Bahan-bahan
(A)
1cawan butter
1cawan gula perang
1biji telur grade A+
2camb susu tepung
1cmt necafe

(B)
2cawan tepung gandum serba guna
3camb tepung jagung
1camt baking powder

(C)
3/4 cawan badam
1/4cawan coklat chip

Cara membuat:

  • Satukan semua bahan A dan pukul hingga kembang.
  • Masukkan bahan B dan gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan C.
  • Gaul hingga semua bahan mesra….
  • Sudukan dalam dulang dan bakar 170c hingga perang. Siap!

 

 

IKLAN