Mudah & tak banyak bahan, itu antara pilihan ibu-ibu tatkala memilih resipi biskut mahupun kek untuk dibuat sempena raya nanti. Dengan situasi PKP sekarang, pasti dua kriteria ini di ambil kira kan, lebih-lebih lagi semua nak berjimat.
Sesiapa pun sentiasa inginkan yang terbaik buat anak-anak. Begitu juga buat Fizo Omar dan Mawar Karim yang sepakat untuk memilih satu program terbaik buat anak sulung mereka, Wan Maryam.
Program yang diberi nama Program Timang Aktif Otak ini diperkenalkan oleh Prof Dr Hamid Arshat, selaku doktor yang merawat Mawar daripada proses awal kandungan hinggalah selamat melahirkan.
Selepas disahkan mengandung dan seawal usia kandungan empat bulan lagi, Mawar dan Fizo sepakat untuk menjalani program Timang Aktif Otak yang dilakukan sendiri oleh Prof Dr Hamid Arshat.
“ Doktor kata ketika roh sudah masuk iaitu seawal usia 4 bulan, anak harus diransang dan dibentuk mindanya. Malah kata doktor lagi otak dan minda anak tidak boleh dibiarkan kosong dan hanya mendapat ilmu bila tiba masanya. Kita sebagai ibubapalah yang harus meransang dan memberikan input-input ini ketika mereka masih bayi.
Dan Maryam dipilih untuk menjalani program ini selama dua tahun. Bila usia Maryam sudah dua tahun insyaallah dia sudah mampu bercakap empat bahasa seperti yang dinyatakan dalam silibusnya.
Program ini membolehkan ransangan awal ketika di dalam kandungan. Ketika awal kandungan dulu saya memang selalu bercakap-cakap dengan Maryam. Setiap hari apa sahaja aktiviti saya akan beritahu dan bercakap dengan Maryam.
Malamnya pula saya gunakan lampu suluh untuk tengok pergerakan Maryam dan sejauh mana dia bertindak pada cahaya ini. Seronok juga melihat setiap tindak balasnya waktu itu.
Lagi satu ketika mengandung dulu saya selalu pasangkan lagu Arab supaya nak uji kemahiran Maryam, kini alhamdulillah, saya nampak dia sentiasa tercari-cari bila saya pasangkan semula lagi Arab.
Kini selepas berusia lima bulan, setiap minggu akan ada cikgu yang datang mengajar Maryam. Antara pendekatan yang digunakan adalah menggunakan flashcard dan sebagainya untuk meransang minda Maryam,” kata Mawar berkongsi cerita.
Kongsi Ilmu Dengan Anak Lain
Selepas melahirkan anak, Mawar mengakui dia lebih prihatin kepada anak-anak kecil dan dia mula sedar bahawa proses membesarkan anak memerlukan kegigihan yang tinggi untuk memastikan anak penuh dengan ilmu.
Atas dasar itulah, ibu cantik ini turut melakukan program yang sama, seperti mana Maryam jalani kepada bayi-bayi terpilih lain. Menariknya program ini dilakukan secara percuma dan menjadi sebahagian kerja amal Fareeda.
” Bukan sahaja pada Maryam tapi saya juga lakukan program yang sama kepada 30 orang anak-anak terpilih secara percuma. Saya mahu anak-anak lain juga dapat ilmu dan merasa pengalaman yang dilalui Maryam.
Bagi saya semua ibu-ibu kena ada kesedaran untuk memberikan ilmu kepada bayi sejak kecil lagi dan kita sebagai ibubapalah berperanan untuk memberikan ilmu itu,” kata Mawar lagi yang turut merancang membuka sebuah nursery khas
untuk bayi dan ibu selepas berpantang.
Katanya, ibu yang selepas melahirkan anak selalunya tercari-cari apa yang terbaik buat anak mereka dan mereka harus diberikan panduan.
Bukan hanya dibekalkan dengan ilmu dan hala tuju malah ibu-ibu akan diberikan dengan pelbagai aktiviti yang membuatkan mereka berasa lebih yakin untuk menjadi ibu yang terbaik. Itulah misi wanita cantik ini.
Kredit Foto: @mawar_karim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi isteri yang sangat sibuk terutamanya yang bekerja, cili kisar sangat penting untuk disediakan bagi memudahkan anda ketika hendak menyediakan hidangan untuk keluarga. Selain membeli cili kisar segera di kedai, ada juga yang lebih gemar menghasilkan bahan ini sendiri menggunakan cili kering.
Namun, tidak ramai mengetahui cara untuk mengekalkannya sehingga tahan berbulan lamanya dan tidak berkulat putih. Justeru itu, mari lihat resepi cara membuat cili kisar yang boleh tahan berbulan seperti yang dikongsikan oleh Puan Mim Yusof.
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tahu kan? Tapi tak apa, nak share jugak lah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tahu kan.
Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan. Insha Allah, buat macam ini tahan lama, sebulan dua tak berkulat.
BAHAN-BAHANNYA:
* 400gm cili kering.
* 3 labu bawang putih.
* Air tapis.
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Potong cili kering (buang biji) dan kupas bawang putih sebelum dicuci bersih-bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3. Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi cuma tos saja sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
4. Biarkan sekejap agak-agak sejuk sedikit.
5. Kemudian kisar dengan menggunakan air tapis jangan guna air paip ye. Guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Insha Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba.
Sebut sahaja namanya, pasti ramai yang kenal. patah lagi ayat-ayat penuh berseni sering menjadi wadah tatkala berkata-kata.
Mengenali susuk tubuh bernama Ahmad Fedtri Yahya ini, pasti ramai bersetuju beliau juga seorang suami dan ayah yang hebat. Biarpun sibuk dengan kerjaya, namun dia tidak mengabaikan keluarga.
Seringkali anak kelahiran Pantai Remis Perak ini memuat naik perkongsian bersama anak dan isteri. Caranya melayani anak-anak cukup membuatkan warganet kagum.
Terbaru, Fedtri berkongsi luahan rasa sempena ulang tahun perkahwinannya bersama Nurul Anati Ismail.
Salam Jumaat. Alhamdulillah, today is our 10th anniversary 🤲🌸
Pantas waktu berlalu, sudah 1 dekad berjuang membina kehidupan bersama isteri dan 4 orang cahaya mata. 4 kali bertarung nyawa melahirkan. 4x juga pernah keguguran.
Pengorbanan isteri dalam membina keluarga ini, hanya Allah yang dapat membalas sebaik-baik ganjaran. Rumah tidak lengkap dipanggil rumah, kecuali setelah ada wanita solehah dan ibu misali di dalamnya.
Terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan kami 🤲❤️
Semoga kebahagiaan milik kita semua. Amin ya Allah 🤲🥰
Dalam satu temubual sebelum ini, Pengacara terkenal ini mengakui, bab mendidik anak-anak dia dan isteri sentiasa ada masa untuk berbincang.
“Walaupun antara kami, saya paling sibuk, kalau tak jumpa kami akan hantar mesej atau call. Termasuklah bab sekolah, tadika dan sebagainya. Biasanya memang kami suka berbincang dalam semua hal.
“Walaupun sentiasa sibuk, tetapi anak-anak dan isteri jadi keutamaan. Biasanya saya akan buat jadual dan pastikan keperluan penting untuk keluarga terjaga. Dalam bab mendidik, saya tak nafikan, isteri memainkan peranan penting dalam semua hal. Malah, antara saya dan isteri, dia lebih tegas dengan anak-anak,” ujar Fedtri.
Fedtri dan Nurul Anati yang berkahwin pada Mei 2011. Pertemuan pertama kali disebuah masjid akhirnya membawa pasangan ini ke jenjang pelamin.
“Perwatakan dan ciri wanita solehah yang ada pada dia (Nurul Anati) antara sebab kenapa saya terpikat dengannya. Malah, dia wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihan saya selain sangat memahami kerja dan kesibukan saya dalam bidang ini. Sehingga kini, dia tak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan hal-hal yang remeh.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.