Jangan buat main bila rasa diri sedang mengalami depresi. Tekanan hidup termasuk masalah tempat kerja, hilang punca pendapatan atau masalah dengan pasangan adalah antara faktor utama ramai yang mengalami tekanan hingga melakukan tindakan di luar kawalan. 

Tragedi suami kelar isteri dalam pantang yang tular sejak semalam telah membuatkan ramai yang meruntun jiwa. Hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak perempuan dan cucu yang masih dalam pantang diperlakukan begitu. 

Tinjauan di media sosial, rata-rata meluahkan rasa sebak kejadian itu, Ada juga yang meluahkan rasa marah dan terkejut ia berlaku dalam masyarakat. 

Terkesan dengan tragedi, Terapi Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi berkongsi pandangan mengenai tragedi ini. Malah turut menjelaskan mengenai perbezaan mengenai depresi wanita dan lelaki. 

 

“Berangin betul”

Saya terbaca “caption” di atas bersama-sama dengan berita gempar semalam tentang seorang lelaki membunuh anak dan isterinya. Sakit pula hati, walaupun orang luar.

Kalau kita orang luar tidak tahu cerita, tolonglah jangan komen bukan-bukan. Walaupun perbuatan tersebut adalah salah dan menyayat hati tetapi cukuplah dengan mendoakan mangsa dan keluarga yang terlibat.

Sebak bila baca statement bapa mangsa, yang anak dan menantunya tiada masalah dan hubungannya sangat rapat. Jiran pun beritahu yang tidak pernah mendengar mereka bergaduh.

Ramai Yang Tertekan, Terapi Cara Kerja Jelaskan Beza Depresi Lelaki Dan Wanita. Siap Bagi Ujian Tahap Stres!

Baru kahwin. Akhir bulan ini baru buat kenduri kahwin. Bayi umur 25 hari. Masih masih dalam pantang. Baru diberhentikan kerja / tiada kerja tetap.

Dengan kos barang dah meningkat, separuh troli pun dah beratus ringgit. Nak beli barang keperluan bayi lagi, isteri berpantang lagi.

Orang yang sedang berfikiran waras tidak akan melakukan perbuatan itu. Tetapi tetap ia bukan lesen untuk melakukan jenayah.

Oleh itu, saya mohon padamlah video suspek, kita jaga aib dia insyaAllah aib kita pun terjaga. Jaga kata-kata dan komen kita juga.

Beza Depresi Lelaki Dan Wanita

Tahukah kalian yang:

  1. Simptom depresi lelaki dan wanita berbeza.
  2. Kalau wanita jumpa doktor, mereka akan lebih beritahu tentang masalah emosi tetapi lelaki akan beritahu tentang masalah fizikal (sakit badan, masalah penghadaman dll).
  3. Pendekatan yang berbeza untuk membantu masalah depresi, lelaki susah untuk mendalami masalah emosi jadi penting untuk mereka kenalpasti simptom dahulu.
  4. Lelaki juga sukar untuk mengakui dan kenalpasti yang mereka memang ada masalah depresi.
  5. Walaupun wanita lebih ramai menghidap depresi tetapi kes bunuh diri lelaki 2 kali ganda daripada wanita.

Teringat saya semasa berklinikal 2 bulan dalam bidang psikiatrik, 1001 cerita yang ada. Semasa kendalikan kes fizikal, badan penat. Tapi semasa kendalikan kes psikiatrik, otak yang penat.

IKLAN

Balik rumah kepala rasa “panas”.

Sebab itu staf kesihatan yang bekerja dalam bidang psikiatrik dapat cuti khas 14 hari tambahan setahun. Sangat besar cabarannya sebab kadang-kala terbawa-bawa masalah pesakit balik ke rumah.

Ramai orang ingat yang depresi hanya boleh ada pada orang yang banyak masalah, tak tahu yang depresi ini adalah satu penyakit. Orang yang tak ada masalah hidup pun boleh dapat.

Teknik Tenangkan Pesakit

Ramai Yang Tertekan, Terapi Cara Kerja Jelaskan Beza Depresi Lelaki Dan Wanita. Siap Bagi Ujian Tahap Stres!

Ramai tak tahu yang Occupational Therapist juga ada yang bekerja dalam bidang psikiatrik.

Tugas kami adalah untuk tingkatkan kefungsian hidup pesakit, teknik yang biasa digunakan:

  1. “Relaxation technique”
  2. Cara lepaskan kemarahan (anger management)
  3. Latihan skil sosial (social skill training(
  4. Latihan vokasional (untuk pesakit kembali bekerja)

Banyak lagi teknik dan cara yang boleh digunakan untuk membantu pesakit psikiatrik.

Cuma setakat ini servis ini hanya banyak di hospital kerajaan, tidak meluas lagi di swasta. Mungkin sebab stigma masyarakat menebal lagi buat orang malu untuk dapatkan bantuan terapi.

Kalaulah pendedahan tentang OT bahagian psikiatrik dapat diperluaskan lagi, mungkin dapat bantu lebih ramai pesakit yang memerlukan.

IKLAN

Saya puji dengan Sistem Saringan Minda Sihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor, kalian boleh lakukan ujian DASS (Depression, Anxiety dan Stress) sendiri dan dapatkan temujanji dengan pakar.

Ujian Tahap Stres

Ujian DASS

Orang Johor:

http://appsjknj.moh.gov.my/qrdass/

Selain Johor:

https://www.ramlimusa.com/…/depression-anxiety-stress…/

Atau

https://ipsikologi.johor.gov.my/v2/modules/dass21/

(Nanti keputusan dari ujian ini kalian boleh print dan pergi klinik pesakit luar terdekat, doktor akan refer ke klinik psikiatri sekiranya memerlukan)

IKLAN

Berbalik kepada kes diatas, kita tak tahu apa puncanya lagi. Mohon sama-sama kita doakan keluarga mangsa dan suspek diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan.

Terima kasih, semoga bermanfaat untuk semua.

Maryam Jamadi

Pediatric Occupational Therapist

Suka bekerja dalam dalam bidang psikiatrik juga

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

Ramai Yang Tertekan, Terapi Cara Kerja Jelaskan Beza Depresi Lelaki Dan Wanita. Siap Bagi Ujian Tahap Stres!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI